Daripada seekor burung merpati, dia bertukar menjadi rupa asalnya memerhatikan lampu diatas yang tergantung indah

Orang yang lalu lalang jalan menembusi tubuh Juyeon seperti tubuh lut sinar. Keistimewaannya. Manusia tidak dapat melihat Juyeon. Younwoo dikecualikan

Tak cukup sepasang mata untuk melihat kiri kanan depan dan belakang teruja melihat tempat baharu

"Ni ke manusia buat? Daebak!" Pujinya lagi hinggalah hidung dia menangkap satu bau

krurrrr

Perut dia tiba tiba berbunyi

"Ahh... lapar..." Bau lazat makanan tersebut buatkan perutnya berkeroncong. Tanpa berlengah, Juyeon mengikut bau tersebut hinggalah dia sampai di sebuah gerai menjual tteokbokki di seberang jalan

Satu cawan tteokbokki yang sepatutnya untuk si pembeli diambil Juyeon dengan polos. Langsung tidak tahu apa yang berlaku

"Semuanya 4000 won"

"Eo? Tak cukup satu mangkuk lagilah"

"Eh yake? Maaf ya, saya buat lagi satu"

Juyeon berjalan sambil mengunyah tteok di dalam mulut

Anak mata Juyeon tak berhenti melilau melihat keliling. Sungguh kagum dengan ciptaan manusia

"Balik ni, kena bagitahu Changmin!" Ujarnya teruja


Semasa dia sibuk berjalan, lengan Juyeon ditarik sesuatu membawa dia ke sebuah lorong gelap

"Warggh--"

Mulut Juyeon ditekup kuat

"Shuh! Diamlah kau ni! Ey! Ni aku, Kevin" Perlahan lahan Kevin menurunkan tangan dari menekup mulut Juyeon

"Tak mungkin! Kevinie?"

"Annyeong, chinguya. Tak sangka boleh jumpe balik" Kevin memaparkan senyuman manis pada Juyeon

"Maknanya kau hidup lagilah kan? Aku ingatkan kau da mati dah"

Kevin menggeleng kepala kecil. Mata tertacap pada tangan Juyeon. Sedari tadi dia memperhatikan gerak geri jejaka ini tadi

"Mulut kau tuu! Kurang ajar betul. Kau suka hati je kan ambik makanan ni? Kena bayar kau tahu tak?" Dahi Juyeon berkerut dengan bibir yang dimuncungkan

"Bayar? Guna apa?"

"Duit. Mesti sebab kau baru keluar dari hutan tu kan? Haa~ Tulah aku suruh kau keluar dari dulu taknak. Look at me. I'm the most gorgeous mythical creature on this planet" Kevin mendepakan tangan menayang baju mewah yang dia pakai

"Kau cakap apa ni? Aku tak faham. Kevin ah... Kau dah jadi macam manusia"

"Tch! Ini fashion! Kau tak faham. Tapi takpe, biar aku ajar kau macam mana nak sesuaikan hidup dekat sini. Let's go! I mean- ikut aku!" Kevin menarik tangan Juyeon masuk ke lorong gelap

Hinggalah tiada cahaya, mereka berdua bertukar menjadi kucing hitam dan putih

"Juyeon sekarang kau duduk dekat mana?"

"Dekat rumah manusia"

"APA?!!! YAH! KAU TAHU TAK BAHAYA!"

"Dia boleh nampak rupa aku"

"WHAT DEF-- Itu lagi bahayalahh!! Malapetaka datang dekat kau nanti! Kau tak dengar ke cerita moyang dulu dulu?"

"Ala tapi... apa benda teruk yang akan jadi? Manusia tu baik. Dia selamatkan aku dari hampir mati"

"Ish... suka hati kaulah Juyeon. Aku cakap taknak dengar. Asalkan kau hidup dahla. Ada apa apa jadi jangan cari aku"

TBZ

TBZ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐒𝐡𝐚𝐩𝐞𝐬𝐡𝐢𝐭𝐟𝐞𝐫: 𝐖𝐡𝐢𝐭𝐞 𝐂𝐚𝐭 ᴶᵘʸᵉᵒⁿ Where stories live. Discover now