Bab 53 | Hutan

Começar do início
                                    

   "Eh, kenapa ni?" soal aku kalut.

   "Wait, just stay like this for a while." bisiknya perlahan di telinga aku.

   Aku pula yang masih lagi blur hanya biarkan Qash memeluk aku. Dan lima minit pun berlalu. Qash pula masih tiada tanda-tanda mahu meleraikan pelukannya.

   "Lama lagi ke?" soal aku setelah agak lama mendiamkan diri.

   "Sekejap..." gumam Qash perlahan.

   "Awak ni kenapa? Demam ke?" tangan aku menyentuh lengannya yang berada di pinggang aku. Kemudian tangan aku beralih pula di dahi Qash. Tak panas pun.

   "Haah." jawabnya lagi menambahkan keanehan aku.

   "Demam apanya? Tak panas pun." tutur aku dengan kerutan di dahi.

   Qash jeda seketika.

   "Bukan demam yang tu." dia bersuara.

   Terangkat kening aku. "Habis tu?"

   "Demam rindu." terus berubah raut wajah aku. Daripada pamerkan raut wajah bimbang kepada tidak percaya.

   Lah? Dah kenapa dengan laki aku ni? Tiba-tiba je. Aku ni tiap-tiap hari ada depan muka dia, nak rindu apanya lagi?

   "Apa yang awak mengarut ni? Awak tu tiap-tiap hari menghadap muka saya yang cun ni tau. Rindu apanya lagi?"

   Qash menayangkan senyuman kecil.

   "Rindu nak bermanja-manja dengan awak." balasnya. Dan ya kawan-kawan, dia masih lagi tak nak berenggang dengan aku.

   Terbuntang mata aku. Astaghfirullahalazim... Wahai encik suami, saya tersalah bagi awak makan ubat ke apa ni? Kenapa macam makin mengada-ngada awak sekarang ni?

   "Ya Allah... Mengadanya dia ni. Eee sudah lah tu. Maktok tu tengah tunggu kita tau, nak sarapan sekali." ujarku seraya menampar lembut lengan sasanya yang berada di pinggang aku.

   Sejurus itu, Qash mula meleraikan pelukannya.

   "Yelah, yelah..." jawabnya malas. Aku pula hanya mampu menggeleng kecil.

   Aku memberikan tongkat kepadanya. Dan tangan aku pula beralih memaut lengan kekarnya untuk memapah. Perlahan-lahan aku dan Qash berjalan menuju ke dapur. Sebaik sahaja tiba di dapur. Maktok sudah pun berada di dapur menunggu kedatangan kami berdua.

   "Amboi lamanya Sha pi panggil Qash. Buat apa lama-lama dekat dalam bilik tu?" tegur Maktok dengan nada mengusik.

   Aku? Tak terkata apa! Habis tu, takkan aku nak kena jawab yang Qash nak mengada-ngada dengan aku dekat dalam bilik tadi? Itu cari bahan untuk bergurau namanya!

   "Takda apa lah Maktok. Qash yang sengaja nak duduk lama-lama dalam bilik tu. Nak be..."

Pap!

   Pantas aku menampar lengannya geram. Aku menjegilkan mata ke arahnya. Qash ni dah gila ke apa nak cerita semua benda dekat Maktok?

   Qash pula hanya mempamerkan sengihan nakal. Eee rasa nak cubit-cubit je dia ni! Suka sangat nak buat perangai gila dia tu. Tak padan dengan sakit!

   "Hmm... Macam-macam lah hangpa ni. Dah, mai duduk makan. Nanti sejuk lauk ni, dah tak sedap." ujar Maktok yang sudah mula duduk di kerusi. Aku dan Qash juga turut melabuhkan punggung di situ.

   "Haa Sha. Sat lagi boleh tolong Maktok tak?" soal Maktok sekaligus memecahkan benteng suasana sunyi sejak tadi.

   "Tolong apa tu Maktok?" soal aku. Sesekali itu aku menyuapkan nasi ke dalam mulut.

Mr Annoying Vs Miss BekuOnde histórias criam vida. Descubra agora