Bab 49 | Pinky Promise

Começar do início
                                    

   Aku yang sedari tadi cuba untuk menahan air mata dari gugur akhirnya gagal. Aku tak mampu menahan perasaan sebak aku. Perlahan-lahan air jernih dari tubir mata mengalir di pipi. Tanpa kata, aku pantas mendakap tubuh tegapnya. Aku melepaskan tangisan di dada bidangnya.

   "Shh... Don't cry my dear..." pujuknya. Tangannya mengusap belakang badan aku lembut.

   Hah biasanya kalau dengar orang pujuk ni, bukan makin terpujuk, makin menjadi-jadi sedihnya! Aku tak tahu lah. Aku semakin mudah menangis sekarang. Lagi-lagi perkara yang buatkan aku terasa hati begini. Lagi lah aku rasa macam aku ni tak berguna. Lama aku melepaskan tangisan di dada Qash. Setelah emosi aku kembali stabil, aku meleraikan pelukan. Haih, mesti selekeh muka aku sekarang ni.

   Qash menyeka sisa air mata aku di pipi menggunakan tangannya. Anak rambut aku dia selitkan di celah telinga. Ya, memang aku tak bertudung sekarang ni. Pintu bilik Qash pada waktu malam memang aku kunci. Risau bila masa tidur, ada barang yang hilang.

   "Dah okay dah?" soalnya dengan senyuman nipis di bibir.

   Aku mengangguk kecil. Tangan aku meraup wajah perlahan.

   "Hmm dah, jangan sedih-sedih. Tak nak fikir bukan-bukan macam tadi dah. Janji?" pintanya. Jari kelingking Qash diangkat.

   Aku merenung jarinya lama sebelum senyuman simpul terukir di bibir aku. Jari kelingking aku bersatu dengannya. Pinky promise!

   "Janji." balas aku.

   "That's my wife." ujarnya seraya mengusap kepala aku. Aku tergelak kecil. Terasa seperti budak-budak pulak bila dia buat macam tu.

   Kemudian keadaan kembali sunyi.

   "Esok pukul berapa awak balik?" soal Qash bagi memecahkan keadaan sunyi.

   "Lepas solat subuh lah kot. Sekali tu saya nak beli sarapan sekali. Awak nak saya beli atau awak nak makan makanan hospital ni?" soal aku.

   "Awak beli lah untuk saya sekali. Makanan dekat sini tak sedap. Dah lah tawar. Rasa tak kenyang tau makan." rungutnya dengan wajah kelat.

   Aku ketawa kecil melihat wajahnya yang kelat. Jarang-jarang Qash nak tayang muka  macam tu. Biasanya dia akan tayangkan muka macho je.

   "Yelah. Esok saya belikan." balas aku.

   Dan keadaan menjadi sunyi sekali lagi. Aku yang sedang duduk bersandar di kerusi itu bermain dengan telefon pintar aku.

   "Sayang..." kedengaran meleret sahaja suaranya.

   "Ya?" jawab aku. Lain macam je si Qash ni. Nak apa?

   "Lepas saya keluar dari sini kan, boleh tak kita duduk dekat rumah Maktok?" pintanya dengan sengihan di bibir.

   Berkerut dahi aku memandangnya.

   "Kenapa sampai nak duduk dekat rumah Maktok?"

   "Saja. Kalau duduk dekat sana, rasa tenang sikit. Saya suka duduk dekat rumah Maktok. Maktok boleh lah masakkan untuk saya yang sedap-sedap nanti." ujarnya dengan sengihan nakal.

   Aku bercekak pinggang. Oh, itu tujuan dia sebenarnya ya?

   "Habis tu, bistro awak tu macam mana? Kalau saya pun takda dekat sini. Siapa nak pergi tengokkan?"

   "Takpa. Harith ada boleh tolong tengokkan." jawabnya selamba. Aku sudah memicit dahi. Senangnya lah dia cakap. Aku yang risau nak tinggalkan studio ni.

   "Hmm, tengok lah macam mana. Saya tak boleh nak tinggalkan studio macam tu je. Kesian dengan diorang. Nanti saya kena bincang dengan Fiya." balas aku.

Mr Annoying Vs Miss BekuOnde histórias criam vida. Descubra agora