"Eh takda lah. Awak tak pernah ganggu saya sayang. Jangan cakap macam tu." sangkal Qash.

   Spontan senyuman kecil terukir di bibir. Satu perkara aku suka tentang dia, dia soft spoken.

   "Hmm okay lah. Saya nak tidur dulu. Assalamualaikum." pamit aku.

   "Waalaikumussalam butterfly."

   Sekali lagi aku tersenyum. Panggilan dimatikan. Telefon aku campakkan di atas katil. Aku menghempaskan diri aku di katil. Terbit keluhan berat di bibir.

   Jujur aku cakap, mimpi tadi masih berlegar di fikiran aku. Aku menggelengkan kepala cuba melenyapkannya dari fikiran aku. Aku harap tu hanya sekadar mimpi buruk. Tak lebih dari tu. Aku tak bersedia untuk kehilangan dia. Aku tak sanggup. Ya Allah, kau lindungilah suami aku dan orang-orang yang aku sayang. Jangan ambil mereka dari aku.










   PINTU yang diperbuat daripada kayu itu aku tolak perlahan. Kaki aku mula melangkah masuk ke dalam rumah. Terhidang di hadapan mata aku ruang tamu yang bersih dan kemas. Tiada barang bersepah di lantai. Semuanya masih tersusun atur sepertimana waktu kali terakhir aku meninggalkan rumah ini.

   Ya, aku membuat keputusan untuk pulang ke rumah. Benar lah kata Fiya. Sampai bila aku nak duduk berasingan dengan Qash? Sampai bila aku nak bersikap dingin dengannya? Ya, memang aku tak suka dengan situasi aku dan Qash sekarang. Aku akan cuba lupakan perkara yang dah lepas. Aku akan cuba buang kenangan masa silam aku.

   Kaki aku perlahan-lahan memijak anak tangga. Bilik tidur aku dan Qash dituju. Daun pintu dikuak perlahan. Kosong. Tiada kelibat Qash di dalam bilik itu. Mana dia pergi?

   Beg galas aku letakkan di atas katil. Punggung aku dilabuhkan di birai katil. Hmm, keadaan bilik ni pun kemas. Macam tak terusik langsung. Qash ke yang kemas semua ni? Ah, bodohnya soalan. Dah isteri dia ni lari merajuk, dah tu siapa yang nak tolong kemaskan kalau bukan dia?

   Aku rasa mesti Qash keluar dengan Harith. Dah itu sahaja kawan rapat yang dia ada. Nak-nak pulak hari ni hari hujung minggu. Nak duduk rumah, bukannya ada sesiapa pun.

   Tudung bawal yang tersarung di kepala, aku lucutkan. Tudung itu disangkutkan di kerusi meja solek. Kemudian aku diam berfikir sejenak. Nak buat apa eh? Mengemas? Rumah dah bersih dikemas oleh Qash. Masak? Hmm, macam okay jugak. Okay! Jom masak!

   Setelah setengah jam berperang di dapur, akhirnya hidangan sudah tersedia di atas meja makan. Aku tersenyum simpul. Puas hati tengok air tangan aku sendiri. Sekarang, cuma kena tunggu Qash pulang. Sementara tunggu Qash pulang, aku mengambil keputusan untuk membersihkan diri terlebih dahulu. Dah berperang dekat dapur, mesti lah berpeluh.

   Selesai membersihkan diri, aku kembali menuju ke tingkat bawah. Sedang aku memijak anak tangga satu persatu, aku terdengar bunyi pintu rumah dikuak. Langkah kaki aku makin laju menurun tangga. Sebaik sahaja tiba di anak tangga terakhir, Qash di ruang tamu seperti tercengang melihat aku. Aku pula melemparkan senyuman nipis buatnya.

   "Hai?" sapa aku.

   Qash pula seperti sedang keliru.

   "Hai...," sambutnya.

   "Jom makan? Saya dah masakkan untuk awak." ajak aku berkira-kira ingin menuju ke meja makan.

   "Wait." tahannya. Dan tak semena-mena langkah kaki aku terhenti.

   "Yes?"

   Qash berjalan mendekati aku. Kedua-dua belah lengan aku dipegangnya.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now