01

111 14 109
                                    

~ I'm your man, please rely on me ~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~ I'm your man, please rely on me ~

_2027_
Seoul, South Korea.

TITIT

TITIT

Aku mencelikkan mata apabila mendengar deringan penggera daripada telefon pintarku. Pukul 9 pagi sudah. Lama betul aku tidur.

Dengan malas aku bangun lalu bersandar pada kepala katilku. Aku melihat sisi katilku kosong. Pasti dia sudah bergerak ke tempat kerja tanpa beritahu kepadaku buat sekian kalinya. Dia terlalu berbeza dengan lelaki lain di luar sana. Sangat berbeza.

Siapa 'dia' ?

Dia ialah...

Eh sebelum itu, aku nak perkenalkan diri aku terlebih dahulu. Nama aku Song Hyorin. Aku berumur 23 tahun pada tahun ini. Aku mempunyai sebuah kedai bunga di Bandar Seoul.

Aku ni sejenis yang pemalas belajar jadi mungkin sebab tu aku tekad nak buka kedai bunga. Lagipun aku memang sukakan bunga dari kecil lagi. Aku selalu berangan satu hari nanti, seorang putera raja akan melutut pada aku sambil menghulurkan sejambak bunga ros merah segar.

Childish kan?

Tapi itulah cita-cita yang paling susah untuk aku capai dalam kehidupan sebenar sehingga sekarang.

Ouh ya, siapa 'dia' ?

Dia ialah Na Jaemin, satu-satunya teman lelaki aku yang paling aku cinta. Kami dah berkenalan lama. Sangat lama. Aku dan Jaemin sama-sama membesar di sebuah rumah anak yatim yang diusahakan oleh seorang wanita tua yang dipanggil 'Halmeoni Song.' Disebabkan itulah nama keluargaku ditukarkan kepada Song.

Kami ditinggalkan di tangga rumah anak yatim tersebut pada waktu yang sama. Ketika hujan lebat, aku ditinggalkan di dalam kotak sewaktu aku masih beberapa hari lahir ke dunia manakala dia baru berumur 3 tahun pada ketika itu. Mungkin disebabkan itulah kami begitu rapat.

Beberapa tahun kemudian, Jaemin diambil oleh sepasang pasangan kaya raya yang tinggal di Jeonju-si ketika dia berumur 17 tahun. Aku pula yang masih berumur 13 tahun ditinggalkan di rumah anak yatim itu sendirian. Jujur aku amat merindukannya. Sangat-sangat rindukan lelaki itu.

Namun, siapa sangka setelah 10 tahun berlalu dia kembali padaku semula. Setelah berjumpa semula, aku dapat merasakan dirinya terlalu berbeza dengan dahulu. Jaemin sudah tidak menjadi seorang yang banyak mulut dan periang malah dia menjadi pendiam dan dingin.

Mungkinkan tempoh 10 tahun itu telah mengubahnya menjadi insan baharu?

Terfikir tak macam mana kami boleh bercinta?

Mestilah aku yang mulakan langkah pertama. Buat pertama kalinya aku menyatakan isi hati aku kepadanya. Dengan rasa tidak percaya dia terima begitu sahaja tanpa banyak persoalan.

Walaupun kami sudah bergelar pasangan kekasih, dia tetap sahaja melayan aku tidak ubah seperti seorang adik atau lebih tepat kawan baik. Tiada layanan istimewa atau kata-kata cinta daripadanya. Hanyalah kata-kata sinis dan layanan dingin diberikan kepadaku.

Adakah cinta aku bertepuk sebelah tangan selama ini?

TING

Bunyi notifikasi telefon pintar menyedarkan aku daripada lamunan panjang.

- My Love -

Kau tak pergi kerja ke?

Kedai bunga kau tutup lagi.

Aku tersenyum. Laju sahaja tangan menaip.

Saya tak buka kedai hari ni. Kepala saya sakit sikit.

Kenapa? Awak nak jumpa saya ke?

1 saat

Dia sudah membaca mesej aku. Aku tersenyum lagi.

2 saat

Senyuman aku mula pudar apabila mesej aku tidak dibalas olehnya. Dia offline begitu sahaja.

3 saat

Mungkin dia busy. Sebab itu tak sempat nak balas mesej aku.

TING

Aku kembali tersenyum.

- MKN -

0 KRW Pakai pelitup muka & jaga jarak fizikal selamat di kawasan tumpuan pelancongan. Anda mungkin terdedah dgn risiko jangkitan Covid-19 jika mengabaikannya.

Mati senyuman aku. Lain yang aku harap, lain yang aku dapat. Malas ah gini.

Kaki dibawa menuruni katil. Cadar yang berkedut aku rapikan sebelum menuju ke dalam tandas. Setelah selesai mencuci muka dan menggosok gigi, aku keluar. Dapur dituju. Perit pula tekak aku ketika ini.

Baru sahaja hendak meminum segelas air kosong, satu bungkusan plastik dicampakkan ke atas meja. Aku memandang sisi. Terkejut aku dibuatnya apabila melihat Jaemin di sisiku ketika ini. Baru sahaja dia memalaukan mesej aku tadi, kini dia berada di sebelah aku.

"Cepatnya awak balik. Ada tertinggal barang ke?"

"Tu aku ada belikan ubat sakit kepala untuk kau. Kau demam ke?"

Pertanyaan aku tidak dijawabnya malah dia menghampiri aku. Aku kaku di atas lantai. Walaupun kami sudah berkenalan lama, dia tetap mampu meluruhkan jantung aku. Tangannya dilekapkan pada dahi dan leherku.

"Tak panas pun. Sengaja ponteng ah ni. Mengada."

Dia menjeling lalu bergerak menjauhi aku. Kunci motosikal diambil lalu menuju ke pintu utama. Itulah Jaemin aku. Tak pernah lari dengan kata-kata sinis dan sentap.

"Aku ada belikan bubur ayam favourite kau juga. Hati-hati makan, jangan sampai tercekik pula."

Itu sahaja pesanannya untuk aku? Ingat aku ni ular sawa ke? Terus telan makanan tanpa mengunyah terlebih dahulu. Huh!

Laju sahaja kaki aku berlari ke arahnya apabila dia berura-ura untuk membuka pintu. Lengannya aku paut lembut dan sisi wajahku disandarkan pada bahu tegapnya.

"Awak dah nak pergi ke? Temanlah saya hari ni. Kepala saya sakitlah, serious tak tipu. Kalau saya pengsan macam mana?"

Bersusah payah aku fikirkan cara untuk buat dia risaukan aku dan ada masa untuk menjaga aku. Aku lihat dia berkerut. Janganlah marah, sayang.

Tolonglah berjaya taktik aku kali ni. Dia merapatkan tubuhnya padaku. Belakang badanku dipeluk olehnya. Aku sudah rasa seram sejuk ketika ini. Apa dia nak buat ni?!

Tbc

[H] Protective Boyfriend Where stories live. Discover now