23'❝ ʏᴏᴜ ʙᴇᴛᴛᴇʀ ᴋɴᴏᴡ ❞

Start from the beginning
                                    

" Mak kamu di hukum mati kan selepas pihak polis jumpa ayah kamu ? Betul Kan ? " sambung seorang lagi makcik itu

" maaf , Kami pergi dulu " senyum Yeonjun sebelum membawa Jiha keluar dari restaurant itu

" aish kau ni , kenapa kau cakap macam tu kat budak tu ? "

" betullah apa yang aku cakap , dia tu memang anak perompak . Aku tengok dari Berita , Persidangan mak budak tu dah berlangsung beberapa hari lepas . Mak dia akan dikenakan hukuman mati dengan ayah dia sekali lepas pihak polis jumpa ayah dia "

" Ye aku tahu parents dia kena hukuman mati , Tapi kau tak patut cakap macam tu kat budak tu . Itu ibu bapa dia , kau cakap macam dia tu terlalu kuat untuk terima "

Sudah hampir 30 minit gadis itu berdiam selepas kejadian di restaurant tadi . Jiha masih merasa risau dan sedih selepas mendegar kata kata yang keluar dari mulut makcik di sana

" hukuman mati ? Aunty tak ada cakap pun Mama kena hukuman mati .... Aunty just cakap mama dapat hukuman selepas Papa ditangkap saja ... tapi makcik tu pula kata yang mama dan papa memang akan dikenakan hukuman mati ?? "

            Kereta diberhentikan tepat di hadapan balai polis , Jiha yang masih termenung pada luar tingkap dipandang " Kita dah sampai "

Gadis itu berdehem dan melap air matanya sebelum memandang Yeonjun dengan senyuman " uhm , Terima Kasih dah tolong hantar aku ... Jumpa Nanti "

Langsung saja Jiha turun dari kereta si lelaki , Yeonjun memandang beberapa wartawan yang berdiri di hadapan pintu balai polis sebelum melangkah keluar dari keretanya

Lengan gadis itu ditahan , Perlahan Yeonjun memusingkan tubuh Jiha untuk menghadapnya " use this , aku tahu kau tak nak lagi hadap kejadian macam kat restaurant tadi " kata Yeonjun sambil memasangkan mask hitam pada gadis itu

Jiha yang kelihatan seperti mahu menangis ditatap lama " Don't worry , i'm here with you "

Jiha hanya mengangguk dan menunduk . Yeonjun mula menarik nafasnya dalam dan Memegang tangan si gadis untuk melangkah pergi

Melihat Mamanya yang sudah berada di depan mata , langsung jatuh air mata si gadis yang ditahannya sejak tadi . Terlalu rindu dan sedih

Wajah Puan Oh penuh dengan kesan lebam yang teruk seakan baru habis di pukul . Yeonjun yang berdiri di samping si gadis yang duduk hanya mendiamkan diri . Lelaki itu turut sedih melihat keadaan ibu kepada rakannya

Puan Oh tersenyum dan meletakkan tangannya pada kaca yang menjadi penghalang untuk menyentuh anak perempuannya " Jiha... "

" kenapa .. Kenapa mama dan papa buat semua ni ... Muka mama kenapa... ? " soal Jiha dengan tangisannya

" Jiha ... Mama dan Papa buat semua ni sebab nak bahagiakan Jiha ... Mama tak nak Jiha hidup dalam kemiskinan sebab mama dan papa sebenarnya tak ada kerja lain "

Jiha menekup wajahnya menangis , tidak henti henti air mata gadis itu mengalir " kalau mama dan papa dah terdesak sangat nak cari duit untuk Jiha sampai sanggup merompak dan bunuh , Lebih Baik Jiha tak payah hidup ma .. "

" Tapi ini semua untuk Jiha "

" JIHA TAK MINTA LAHIR PUN KAT DUNIA NI MA ! " jerit gadis itu

[C]SCHOOL 2021 :                                               ◤ ᶜʰᵒⁱ ʸᵉᵒⁿʲᵘⁿ ◢Where stories live. Discover now