" Saya taknak kawan cikgu." dia mengalihkan pandangan ke luar kelas. Sedikit pun tidak dia kalihkan pada cikgu Taufiq. Merajuk.

Merajuk darkweb minta penampar..

" Saya tak reti pujuk." alahai Cikgu ni pun jujur sangat apedehal.

Afan masih lagi statik berdiri tanpa menoleh. Sofina yang dari tadi melihat perangai tak semegah Afan berdiri bangun dari kerusi.

" Woi Afan kau nak kena penampar ke geram pulak aku tengok macam budak kecik pahal?" Sofina mencekak pinggang. Dah macam mak marah anak pulak.

Afan mengalihkan pandangan pada sofina. " Apa cikgu yang salah kau marah la cikgu."

Kita pulak yang kena.

" Eh saya tak buat apa apa pun, saya pulak yang kena. "

" Tapi cikgu yang taknak pujuk saya kan?" Halah Afan ni gedikla.

" Saya taknak nanti orang ingat saya gay pulak lepastu siapa yang nak kahwin dengan saya?" haaa...haaa Jawab

Afan menggaru kening yang tidak gatal. Betul jugak. Belum sempat Afan nak membalas seorang lelaki mengetuk pintu kelas. Mata mata tadi fokus melihat cikgu Taufiq dan Afan terus beralih pada lelaki di hadapan pintu tersebut.

" Assalamualaikum cikgu saya nak jumpa dengan Dahlia."

Tanpa intonasi.

Tanpa senyuman.

Dahlia menggulingkan bebola mata. Dia ni memang tak reti senyum ka aku pun naik heran.

Dapat keizinan dari Cikgu Taufiq, Dahlia berjalan keluar dari kelas dengan longlai. Tetiba nak jumpa bagai.

" Ya wahai cik abang.. " Senyuman terpaksa dia ukirkan.

Lunch box dihalakan betul betul hadapan mata Dahlia " Nah."

" Eh macam mana boleh ada kat hang" lunch box bertukar tangan. Bau nasi lemak menganggu rongga hidung dahlia.

Sedap.

Tapi macam mana dia ni ada lunch box aku? Rasanya aku tinggai kat rumah tadi? Ka dia ni.... Dahlia menekup mulut. Mata menilik dryan atas bawah

Lelaki itu mengerutkan kening. Pelik. Perempuan ni memang suka usya orang ka?

Bunyi petikkan jari menyentakkan lamunan dahlia.

" Kau ingat aku stalk kau ke? Ibu kau hantar tadi." terus terang dryan berkata. Nanti salah faham pulak.

Dahlia meng'oh'kan kata kata dryan. Kemudian suasana menjadi sunyi.

" Balik nanti datang kelas aku." Dahi dahlia berkerut. Kenapa aku kena pi kelaih dia pulak takdak keja ka .

" Takmau aku. " balas Dahlia singkat. Sapa ja nak pi aku bukan macam ulat bulu duk menggedik dengan jantan. Terajang apa tak dapat.

" Baba dengan ibu kau ada hal. Kalau kau taknak balik tidur kat sekolah ni "

Ada yang patah.

Apatu?

Hati Dahlia....

Sampai hati nak tinggal aku

" Halah halah hish. " dryan berdehem sebagai jawapan sebelum berlalu pergi meninggalkan dahlia keseorangan.

Masuk sahaja dalam kelas semua orang memandangnya pelik atau lebih tertumpu pada lunch box dalam pegangannya.

Cikgu Taufiq duduk ditepi meja tangan dia lipat ke dada. " Ambui dahlia dah ada boyfriend eh.."

Wooooooooooo....bunyi siulan dan kicauan burung yang dibuat buat teramatlah menyemakkan telinga seketul Dahlia.

Dahlia angkat lunch box tersebut. "Ni..?"

" Ibu saya suruh dia mai tolong hantaq ja bukan ada apa pun " sambung dahlia. Kalau dia diam lagi bising semua makhluk ciptaan allah yang ada dalam kelas.

" Ye ye la tuu..." eh cikgu ni eh...eh...eh

" La cikgu betuila, sat ni hampa diam sat mulut tu aku tarik satgi." semua orang terdiam beberapa saat kemudian kedengaran bunyi tawa.

Semua orang suka dengan loghat utara Dahlia guna. Bak kata Alif comel comel gitu tapi bila kena tengking boleh terkencing. Pekat sangat loghat dia bila dia bebel.

Tacod.

Hm.

Sis redha.

Takpa Alif.

Redha.



























*

C || Mr. Ice PrefectWhere stories live. Discover now