"Tadi awak gelak. Jangan pura-pura berlakon dengan saya" dahi Hana berkerut. Suka betul tarik tali dengan dia. Ingat dia tak dengar ke tadi. Telingannya belum tersumbat lagi untuk dengar lelaki tu gelak!

"Apa-apa jelah. Ni aku dari tadi nak kata dengan kau. Tapi disebabkan dari tadi lagi kau ignore aku dengan tiba-tiba bukak topik pelik tadi terus tergantung ayat aku nak kata apa. Hujung minggu ni aku nak bawa kau jumpa Ayahanda dengan Bonda aku. Yang ni bukan arahan tapi paksaan. Kalau kau tak nak ikut aku akan heret kau jugak" ugut Hayzack selamba.

"What?" terjerit kecil Hana. Matanya membulat besar. Kenapa cepat sangat? Dia dahlah belum bersedia lagi nak jumpa ibubapa lelaki di sebelahnya.

"Kau yang nak sangat kahwin dengan aku kan? Lagi pun aku dah bagitahu Bonda pasal kau. Don't worry babygirl Bonda aku orangnya lembut cuma Ayahanda seorang je itu pun tegas" kata Hayzack cuba menenangkan apa yang ada di fikiran gadis kecilnya.

"Tapi baju?" itu sebenarnya yang ada dalam fikiran Hana sebenarnya. Sudahlah dia kena halau sehelai sepinggang. Mana dia nak cekau baju?

"Yang tu jangan risau. Cuba kau tengok depan rumah kawan kau tu" mata Hayzack menghala pada depan pintu rumah Nisa.

Hana yang mendengar menjenguk pada tempat yang Hayzack pandang. Mulutnya terlopong. Mana datang semua beg-beg tu. Kalau Nisa yang beli sudah semestinya kawannya akan membawa masuk. Tapi ini dekat luar. Pelik!

"Itu semua kau punya. Don't worry aku sendiri yang suruh pekerja perempuan aku beli untuk kau. Barang tu semua under aku. Dress untuk pergi ke rumah Bonda aku pun aku dah belikan untuk kau. Tudung semua dah ada. Kau just kena pakai je okay babygirl" terang Hayzack sambil mengalih pandang ke arah muka Hana.

"But why? Kenapa susahkan diri semata-mat—"

"Anggap je barang tu semua sebagai hadiah aku pada kau" celah Hayzack terlebih dahulu.

"Thank you" muka Hana tersebik mahu menangis. Terharu sebenarnya.

"Welcome babygirl"


CAWAN air diletak di atas meja hadapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




CAWAN air diletak di atas meja hadapan. Hana mengalih pandang ke muka Nisa yang bebas tanpa sebarang fabrik.

"Kenapa pandang muka aku macam tu?" soal Hana sambil mengangkat kening sebelah. Baju tidur yang tersarung ditubuh dipandang sekilas. Terbit senyuman manis di seulas bibirnya.

"Kau tak nak cerita ke dekat aku kenapa tiba-tiba datang rumah aku dengan beg baju yang baru beli tadi. Jangan kata kau lari dari rumah Hana?" tanya Nisa bernada sangsi.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now