Bab 35 | Keluarga

Bắt đầu từ đầu
                                    

   Kedengaran suara penyanyi itu bergema di segenap dewan besar itu.

   Sepanjang kami berdua berjalan, aku hanya tersenyum manis. Tak, bukan sebab tetamu. Tetapi sebab lirik lagu tu. Macam kena je dengan keadaan aku dan Qash sekarang.

   Setelah tiba di tangga untuk naik ke pentas di mana pelamin berada, aku berhati-hati memijak anak tangga satu persatu.

   Ha, ni yang aku risau ni. Karang ada yang tergolek macam nangka busuk karang. Buat malu je.

   Qash menggengam tangan aku erat. Tak mahu aku terjelepuk jatuh.

   Setelah tiba di anak tangga terakhir, aku menghembuskan nafas lega. Fuh! Berpeluh aku.

   "Are you okay dear?" soal Qash prihatin.

   Aku mengangguk seraya senyum nipis.

   Kami mula berjalan menuju ke arah pelamin, dan perlahan-lahan aku melabuhkan punggung di situ. Fuh! Lega.

   Fiya yang setia di sebelah menyeka peluh di dahi aku menggunakan tisu. Tudung aku dibetulkan. Kain panjang di bahu aku juga dibetulkan supaya tidak berkedut.

   Mata aku memandang segenap ruang dewan tersebut. Tak dinafikan memang ramai tetamu yang datang. Semuanya kelihatan seperti orang ternama.

   Setelah selesai sesi makan beradab, aku dan Qash mula berjalan beramah mesra dengan tetamu.

   Tangan Qash pula tidak lepas dari menggenggam tangan aku. Kemana sahaja dia pergi, mesti tangan aku ditariknya. Aku pula tanpa banyak kata hanya mengikut sahaja kemana dia pergi.

   "Saya nak bawak awak jumpa dengan saudara mara saya." bisik Qash.

   Aku menelan air liur. Bab ni yang aku lemah ni. Bukan apa. Aku risau dengan penerimaan mereka. Iya lah. Aku ni orang biasa je. Bukan anak orang kaya.

   Qash menarik aku ke arah satu meja.

   "Assalamualaikum." sapa Qash dengan senyuman di bibir.

   Aku juga turut mengukir senyuman. Iya lah. Nanti kena cop sombong pulak!

   Semua orang di meja itu menjawab salam.

   "Hah pengantin baru! Amboi, bukan main handsome lagi Qash ya." puji seorang wanita yang agak berumur.

   Qash melemparkan senyuman manis.

   "Tengok lah anak siapa..." selorohnya diselangi dengan tawa.

   Semua orang di situ ketawa besar.

   "Yelah, Qash ni kacak ikut daddy dia. Daddy dia masa waktu muda-muda dulu, macam ni lah rupanya." sahut seorang lelaki juga kelihatan sedikit berumur.

   Qash ketawa kecil.

   Aku? Dah rasa macam kena sumpah jadi batu dah. Tak ada orang nampak aku ke?

   "Jadi, ini lah pilihan kamu tu ya?" tegur seorang wanita yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

   Qash menoleh aku disebelah. Kemudian dia mengangguk.

   "Kenalkan, Qaisara Alysha."

   Aku pula tersenyum janggal. Aku mula bergerak bersalaman dengan para wanita di meja itu.

   "Cantik betul isteri kamu ni. Macam bidadari!" puji salah seorang wanita di meja itu.

   Aku? Tak tahu lah nak rasa kembang ke kecut sekarang ni.

Mr Annoying Vs Miss BekuNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ