12-Isaac

5 0 0
                                    

    Badan Ezra mula membesar.Badannya di penuhi sisik bewarna hitam.Tumbuh ekor yang besar bewarna hitam dan berduri duri.Mucul dua sayap bewarna hitam dari bahagian belakang badannya.Muka Ezra berubah seperti Naga.

   Arthur,Malcolm dan Lucas terkejut melihat kejadian itu."Isaac?tapi macam mana.Bukan kah dia dah mati beribu tahun yang dulu."Kata Reynold dalam hati.Nicholas terkejut melihat perubahan itu."Kau..kau..macam mana kau hidup lagi?"tanya Jaziel dengan keadaan yang seperti tidak percaya apa yang dilihatnya.

    Tidak beberapa jauh dari situ kelihatan Leviathan dan Ceberus sedang memerhati."Macam mana manusia boleh jadi Demons?Isaac pulak tu.Bukan ke sepatutnya Isaac dah mati beribu tahun dulu?"tanya Leviathan.Siapa sangka Ezra yang selama ni membenci sangat dengan Demons kini diri nya sendiri bertukar menjadi Demons.

     Ezra yang dalam rupa naga itu memandang tepat ke arah Jaziel.Secara tiba tiba kaki Jaziel terbakar oleh api yang bewarna hitam."Inferno!memang sah tu Isaac."kata Reynold.Jaziel yang sedang terbakar segera melepaskan Marilyn dan segera mencuba memadamkan api hitam itu."Itu Inferno,ianya takkan boleh dipadamkan kecuali aku yang ingin memadamkannya sendiri."kata Isaac.

    "Nampaknya Isaac dah ambil alih tubuh Ezra."kata Ceberus.Dengan kelajuan yang luar biasa,Isaac tiba tiba muncul depan Jaziel dan menumbuknya sehingga Jaziel terbang ke atas.Menggunakan kedua sayapnya di belakang Isaac terbang dengan Laju kehadapan Jaziel dan mengeluarkan pedangnya yang dipenuhi oleh api inferno itu.Lalu dengan cepat Isaac memotong leher Jaziel.Tidak habis di situ,Isaac memetik jari nya dan serta merta seluruh tubuh Jaziel dipenuhi api Inferno.

    Jaziel pun perlahan lahan lenyap menjadi abu.Isaac pun turun semula ke darat.Tiba tiba Nicholas datang dan memotong leher Isaac.Namun pedangnya tercampak akibat leher Isaac yang begitu keras dan serangan Nicholas tadi tidak memberi kesan sedikit pon.Nicholas terpaku melihat kekerasan kulit Isaac,belum sempat berbuat apa apa Isaac telah melibas Nicholas menggunakan ekor nya yang berduri itu.Akibat libasan yang kuat itu,menyebabkan Nicholas tercampak jauh lalu pengsan.

     Reynold dengan laju muncul di depan Isaac dan mengeluarkan cahaya yang cukup terang.Isaac menutup matanya akibat terlalu silau.Reynold menggunakan kesempatan itu untuk menyerang Isaac,namun serangannya dapat di tahan oleh Isaac menggunakan tangan kosong kerana kulitnya yang keras bersisik itu.Reynold dengan cepat mengundurkan diri nya jauh supaya tidak terkena serangan seterusnya.

     Isaac perlahan lahan datang ke arah Reynold.Isaac mengeluarkan pedangnya yang memancarkan api inferno.Tiba tiba Marilyn datang di depan Isaac dan menangis sambil meminta supaya kembalikan Ezra.Tiba tiba mata Ezra kembali kepada warna asal.Secara perlahan lahan Ezra kembali ke rupa manusia nya.Reynold tidak membuang kesempatan,dia terus memegang Ezra dan Marilyn.Dengan kelajuan cahaya mereka berdua pun hilang dari tempat itu.

     Ceberus dan Leviathan masih lagi memikirkan apa yang sebenarnya terjadi kepada Ezra.Lalu mereka pun beredar dari situ.

   Setelah tiba di rumah,Ezra meminta Reynold untuk tinggal dengan nya dan memberitahu apa yang jadi sebentar tadi.Marilyn pun pulang kerumah dahulu kerana hari sudah malam.

     "Kau bertukar jadi demon tadi."kata Reynold.Ezra yang sangat benci demon kini diri nya sendiri menjadi salah satu dari mereka."Macam mana aku boleh jadi demon?"tanya Ezra bingung.Lalu Reynold pun memegang kepala Ezra dan secara tiba tiba mereka berada di suatu tempat yang lain.

     "Kat mana kita ni?"tanya Ezra."kita kat alam bawah sedar kau."kata Reynold."Isaac!" jerit Reynold.Tiba tiba muncul Isaac di depan mereka berdua."tadi kau bertukar jadi macam ni lah."kata Reynold kepada Ezra.

    "Kau!kenapa kau ada kat alam bawah sedar aku hah!"jerit Ezra kepada Isaac."Aku memang dah ada kat sini dah lama dah.Aku hidup dengan kau dari kau kecil lagi.Kau ingat kenapa aku kembalikan kau pada keadaan asal lepas Marilyn pujuk?Sebab aku kenal dia macam mana kau kenal dia.Kita ni satu jiwa Ezra,aku adalah kau dan kau adalah aku!"balas Isaac.

    "Macam mana kau boleh ada dalam diri dia?bukan kah kau dah mati beribu tahun yang dulu?"tanya Reynold bingung."Keturunan Ezra telah buat satu perjanjian dengan aku di mana mereka takkan bunuh aku dengan syarat aku jaga keturunan mereka.Sebelum ini aku bertuankan ayah Ezra,tetapi selepas dia mati aku pindah masuk ke tubuh Ezra."kata Isaac lagi."Tapi kenapa sekarang kau baru muncul?"tanya Ezra.

     "Selama ni takde benda yang buat kau marah dan hampir membunuh kau.Aku akan keluar bila kau suruh ataupun kau dalam keadaan marah dan lemah."balas Isaac.Lalu mereka pun kembali ke alam nyata semula.

   "Dah faham?"tanya Isaac.Ezra kebingungan sedangkan dia tiada di alam bawah sedar tetapi masih mendengar suara Isaac."Aku boleh bercakap dengan kau tanpa siapa dengar dan hanya kau seorang sahaja yang dengar."kata Isaac lagi.Ezra pun mengangguk tanda faham.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now