Prolog

5 0 0
                                        

Kotor, Montenegro, 2017

NAFASNYA berhembus tenang menyaksikan panorama yang terbentang di hadapan mata. Menjadi penghias pendengarannya kini adalah melodi sang burung yang berkicau sambil menari-nari di dada langit. Masing-masing bergerak dalam satu kumpulan yang riang. Sekumpulan pyrrhocorax graculus.

Kelopak hatinya membisik rasa istimewa.

Setiap sesuatu yang Tuhan hadiahkan di hadapan mata, tidak pernah dia berhenti dari mensyukuri. Malahan, tidak semua pasang mata mendapat peluang dengan apa yang dilihat ketika ini.

Segala gundah yang berbuku hampir sirna sejak awal tadi. Mungkin orang lain akan kata dia terlalu berlebihan. Tetapi pandangan jujur dari dirinya, dia begitu bahagia dan tidak kurang rasa teruja.

Percutian kali ini memang menyeronokkan!

"Sorry to disturb you, miss."

Detik itu, ada satu suara yang muncul dari arah belakang. Segera gadis itu menoleh, memberikan senyuman lalu menunduk hormat pada pemuda yang berpakaian T coklat santai.

"What can I help you, sir?" tanya gadis itu molek. Dilayangkan pandangan pada tampang wajah si pemuda. Dalam hatinya ada rasa tertanya-tanya juga. Tetapi gadis itu berfikiran bahawa mungkin si pemuda tersesat dan perlukan bantuannya.

"Cik Rosella Elaine?"

Gadis yang bernama Rosella itu mengangguk. Memang itu nama betulnya. Tetapi, bagaimana pemuda ini tahu, ya? Bingung dia jadinya. Lagipula, riak wajah pemuda itu kelihatan begitu serius.

"Betul. Kenapa ya, encik?" Rosella memberanikan diri bertanya.

"Saya dapat panggilan daripada balai polis dan diberi kebenaran untuk tahan saudari Rosella Elaine atas kesalahan menculik." Pemuda itu tiba-tiba mengeluarkan waran tangkap dari dalam poket seluarnya.

"Eh, sekejap! Encik salah orang. Saya tak buat salah apa-apa!" bantah Rosella apabila tergamam menerima kenyataan tersebut. Bulat pandangannya ditalakan pada wajah sang pemuda. Meminta pengertian.

Apakah?

Sejak bila pula dia buat hal? Setahu Rosella, dia tak pernah melakukan sebarang kesalahan di sini. Jadi tidak wajar untuk dirinya ditangkap sebegitu rupa. Melainkan kalau dia memang benar-benar melakukan kejahatan.

"Jangan berdalih lagi, miss! Apa-apa, kita akan selesaikan di balai. Sila ikut saya sekarang." Ada ketegasan yang terselit membuatkan tubuh Rosella mula bergetar.

Wajahnya sendiri beriak tidak percaya. Dia yang berdiri menghadap pemuda itu kini bercekak pinggang.

"Sorry? Mungkin encik salah orang. Saya tak buat apa-apa salah! Saya tak boleh dihukum macam tu aje. Ini tak adil," balas Rosella lalu mengundurkan sedikit badan ke belakang. Ragu-ragu dia dengan pemuda itu.

Betul ke apa yang dia cakap tadi?

Ataupun itu merupakan satu taktik untuk memerangkap dirinya? Mana tahu kalau pemuda itu merupakan penjahat yang mahu menjadikan dirinya sebagai mangsa sindiket.

Ah, dia keliru! Dia juga merasa tidak pasti dengan serkap jarangnya ini.

"Tiada penjahat yang mengaku dirinya tak bersalah, Cik Rosella."

"No... no. I guess there could be some mistake. Who ever knows?" Rosella menggeleng. Masih tidak berpuas hati.

"Kalau cik enggan mendengar kata, saya minta maaf kalau saya terpaksa guna kekerasan. Ini semua untuk kebaikan cik sendiri." Pemuda itu sudah melangkah setapak ke arah Rosella.

The Daunting RoseNhững tác phẩm khiến độc giả say mê. Hãy khám phá bây giờ