Bab 30 | Persiapan

Start from the beginning
                                    

   Aku dan Fiya juga turut membantu. Anak dara kan? Mesti lah kena tunjuk rajin sikit. Nanti kalau duduk goyang kaki, mahu kena piat telinga dengan Maktok!

   Tema dulang yang dipilih ialah warna gold and grey. Warna tu aku yang pilih memandangkan Qash tak kisah tentang itu. Aku memilih warna gold  manakala Qash pula memilih warna grey.

   Dulang berwarna silver itu aku capai. Kain pasang satin berwarna kelabu aku letakkan di atas dulang. Kemudian beg kertas di sebelah aku diambil. Sekotak jam tangan lelaki berjenama DW dikeluarkan. Kemudian kotak itu dibuka, dan diletakkan elok di atas dulang. Bunga berwarna putih pula diselitkan di keliling dulang. Siap!

   Aku ni tak lah pandai sangat menghias. Ni pun, main hentam je. Asalkan nampak cantik dan kemas.

   "Sha, bilik Sha tu bila nak dihias? Barang-barang dah ada ka?" soal Che Som.

   Aku yang dari tadi hanya menundukkan pandangan pantas mendongak memandang Che Som.

   "Barang dah ada. Cuma tak tahu bila nak hias. Sha pun bukan reti menghias sangat." balasku dengan senyuman nipis.

   "Laa... Awat tak habaq awal-awal? Anak Che Som tu boleh tolong. Zurin. Sha macam tak kenai dia pulak... Dia kan suka kalau bab-bab hias ni." ujar Che Som.

   Aku terdiam berfikir. Haah eh? Asal aku tak pernah terfikir pasal tu?

   "Err... Tapi, dia tak sibuk ke?" soalku teragak-agak.

   "Tak aih... Dia boleh ja nak tolong. Nak buat bila? Hangpa hias sama-sama nanti."

   "Esok malam lah... Boleh?"

   Che Som mengangguk.

   "Boleh. Nanti Che Som bagitahu dia."

   Aku mengukir senyuman nipis. Selesai satu masalah!

   "Terima kasih Che Som."

   Che Som mengangguk seraya membalas senyuman aku.

   "Eh, tak nampak pula si Leha. Dia tak mai ka?" soal Mak Jah hairan.

   Aku yang mendengar hanya diam. Aku mengerling Fiya di sebelah, dia juga turut memandang aku.

   Bercakap tentang Mak Ngah. Sejak Qash datang melamar aku beberapa bulan lepas, Mak Ngah jarang datang ke rumah Maktok. Entah kenapa. Mungkin kecewa sebab bukan anak dia yang Qash pilih?

   "Tak tau lah Jah. Dia sibuk kot. Esok, lusa dia mai lah tu." jawab Maktok bersahaja.

   Mak Jah aku lihat terangguk-angguk kepalanya.

   "Ha Sha, Qash mai hari apa?" soal Maktok.

   Tangan aku yang sibuk membuat doorgift itu terhenti. Aku memandang ke arah Maktok.

   "Hari Rabu kalau tak silap. Sehari sebelum majlis akad nikah."

   "Dia duduk dekat mana kalau mai sini? Hotel?" soal Mak Jah.

   "Dak aih... Dia duduk rumah mak saudara dia. Mak saudara dia tu duduk dekat kampung ni jugak..." terang Maktok.

   Aku hanya mengangguk mengiakan kata-kata Maktok.

   "Ooo... Senang lah kalau lagu tu... Tak payah nak duduk dekat hotel bagai." sahut Mak Jah.

   "Bakal suami hang tu kerja apa Sha?" tiba-tiba salah seorang jiran Maktok menyoal.

   Hmm... Dah mula dah sesi soal siasat...

   "Err... Dia ada restoran sendiri." jawabku teragak-agak.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now