Bab 28 | Keputusan

Start from the beginning
                                    

   "Jika kau kuat percaya akulah jodoh mu,
Jaga mu selalu..."

    Spontan kepala aku berpusing menghadap Qash yang santai bernyanyi kecil lagu yang dimainkan radio.

   Ada satu perasaan aneh yang mengalir di tangkai hati aku. Aku tak tahu perasaan apakah itu.

   "Aku tahu lah suara aku sedap. Tapi jangan lah tenung aku macam tu, hilang fokus aku nak memandu ni." tegur Qash dengan senyuman senget di bibir.

   Aku jadi termalu sendiri. Aku mengutuk diri sendiri di dalam hati. Sejak bila entah aku dah pandai tenung anak teruna orang ni. Ah mana nak sorok muka ni?

   "Kau suka lagu tu ke?" soalnya.

   Aku mengangguk.

   "Suka. Lirik dan melodi lagu tu membuai perasaan."

   Qash mengangguk faham.

   "Kenapa kau nampak macam terpaku je bila dengar aku nyanyi tadi?"

   "Aku tak sangka kau tahu lagu tu." jawabku.

   Terjongket sebelah kening Qash.

   "Kenapa kau tak sangka pulak?"

   Aku menjongket bahu.

   "Yelah. Aku ingatkan kau ni jenis tahu lagu omputih je." kataku selamba.

   Timbul ketawa kecil dari bibir lelaki itu.

   "Qaisara... Aku ni walaupun nampak macam moden, tapi jiwa aku masih minat lagu melayu kita. Don't judge the book by it's cover, butterfly..." ujarnya lembut.

   Aku terdiam selepas Qash berkata begitu. Ya, aku mengaku. Aku ni suka main serkap jarang kadang-kadang.

   "Sorry..." gumamku perlahan.

   Qash menghadiahkan senyuman manis buatku.

   "It's alright, butterfly."

   Tak, aku tak faham. Kenapa dia suka panggil aku 'butterfly'? Apa dia nampak aku ada sayap ke?

   "Kenapa kau suka panggil aku butterfly?" soalku ingin tahu.

   Namun hampa. Qash hanya senyum sambil matanya fokus pada jalan raya.

   Aku memutarkan bebola mata. Boleh pulak dia senyum-senyum! Nasib baik kacak. Eh?

   Setibanya di salah satu gerai makan, kami berdua mencari tempat duduk yang agak tersorok sedikit. Aku sebenarnya rasa terpegun sikit dengan restoran yang di pilih Qash ni. Reka bentuknya sangat cantik.

   Dan dari apa yang aku tahu, ini restoran makanan Thai. Tapi kelihatan agak mewah juga.

   "Apasal kita tak pergi je makan dekat kedai mamak ke apa?" soalku.

   Buku menu di tangan aku belek. Pelayan tu entah pergi mana lepas tinggalkan buku menu di meja.

   "Biar lah nak makan dekat mana pun. Janji perut kenyang!" jawab Qash selamba.

   Ah menyampahnya aku dengar jawapan dia!

   Selepas membuat pesanan, kami hanya menunggu. Aku mengeluarkan telefon dari beg silang aku. Aplikasi Instagram aku buka.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now