Bab 23 | Takbir Raya

Start from the beginning
                                    

   Dulu, aku selalu rasa Allah tak adil. Kerana ambil mereka dari aku. Kenapa sekejap sangat Allah pinjamkan mereka untuk aku? Kenapa?

   Dan sekarang, aku dah dapat terima qada' dan qadar Nya. Aku redha. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku.

   Fiya mengangguk perlahan. Wajahnya sudah basah dengan air mata. Sama juga seperti aku.

   "Aku bersyukur sebab Maktok sudi terima orang luar macam aku ni dalam keluarga kau. Dan aku bersyukur, Maktok sayang aku macam cucu dia sendiri... Aku memang dah tak ada sesiapa. Terima kasih Qai."

   Aku memaut bahu Fiya.

  "Jangan cakap macam tu Fiya. Aku tak pernah anggap kau orang luar. Kau, aku dah anggap macam adik beradik aku sendiri. Aku ni anak tunggal. Sama macam kau. Kita dah macam adik beradik. Susah senang sama-sama." pujukku.

   Aku mengesat air mata aku yang sedari tadi asyik mengalir di pipi. Perasaan pada malam raya ni memang lain betul.

   Fiya tersenyum nipis sebelum menarik aku dalam pelukannya. Aku hanya membiarkan.

   Setelah agak lama kami berkeadaan begitu, Fiya meleraikan pelukan.

   Dia mengesat sisa air mata di pipi. Hidungnya dikesat.

   "Arh! Cengengnya aku hari ni!"

   Aku tergelak kecil.

  "Itulah. Aku pun join sekali drama sinetron kau malam-malam macam ni."

  "Kau lah yang mula dulu!" tuduh Fiya.

  "Siapa suruh kau ikut aku menangis sekali?"

   Fiya mendengus perlahan.

  "Dah tu? Aku pun nak sedih-sedih dengan kau jugak."

   Sekali lagi aku ketawa. Haih... Ada saja jawapan dia ni.

   "Dah lah, jom masuk. Aku rasa Maktok nak buat ketupat palas kejap lagi. Nanti kita tak tolong, mahu tiga jam kena berleter. Sanggup?"

   Laju Fiya menggeleng.

   "Tak sanggup aku! Dia membebel lima minit pun aku dah rasa taik telinga dah mula cair."

   Aku ketawa geli hati. Semua tak sanggup bila Hajah Waffiyah dah mula berleter.

    Baru sahaja ingin berlalu, aku dan Fiya ditahan oleh seorang kanak-kanak lelaki.

   "Eh! Kak Sha nak pi mana?"

   Terjongket sebelah kening aku.

   "Nak masuk dalam lah. Awat?"

   Aku dengar dia berdecit.

  "Ala, awal lagi. Jom lah main meriam buluh dengan Mael. Kawan Mael dah siapkan dah tu. Jom lah."

   Aku menggeleng kepala.

  "Tak kuasa akak nak layan hang. Baik akak masuk dalam, tolong Maktok." tolakku.

   "Alah, boring lah Kak Sha ni!" rungut Mael dan dia terus berlari ke arah rakan-rakannya.

   Eh eh si botak ni. Pandai dah nak kata aku boring lah apa lah. Nasib baik rambut kau tak ada. Kalau tak, aku cukur sampai berkilat!

   "Anak toyol mana tu? Cakap serupa samseng sangat." soal Fiya tidak puas hati.

   Terus terhambur tawaku. Anak toyol dia panggil?

   "Tu Mael. Anak jiran sebelah. Dia tu memang samseng. Tak padan dengan baru darjah empat. Rasa nak siat-siat je kepala dia yang botak tu."

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now