Fiya tersengih kemudian dia mencapai sebiji buah kurma.

   "Aku lupa lah Qai. Excited sangat nak makan masakan air tangan Qaisara Alysha ni."

    Aku hanya abaikan kata-kata Fiya. Aku mula menceduk nasi tomato dan lauk.

    Fiya juga turut melakukan perkara yang sama selepas habis menjamah buah kurma. Suapan pertama Fiya aku perhatikan.

   "Ya Allah Qai! Sedap gila kau masak!" puji Fiya dengan nada teruja.

    Aku tersenyum senget.

   "See the leg lah..."

   Fiya tayang raut wajah menyampah.

    Kemudian kami diam menikmati hidangan di atas meja.

    "Hah, Qai."

    Aku mendongak memandang Fiya.

   "Apa?"

   "Bila kita nak balik kampung?" soalnya.

    Aku diam seketika.

   "Raya hari apa?"

   "Jumaat." balas Fiya.

    Jeda.

   "Hari selasa? Kau okay?" cadangku.

    Fiya menjongket bahu.

   "Aku tak kisah. Aku ikut je. Kau pun tahu kan, aku bukan ada sesiapa dah. Dengan family kau je lah tempat aku tumpang kasih." balas Fiya.

    Tiba-tiba aku terasa sayu. Aku faham perasaan Fiya. Tak punya keluarga. Saudara terdekat pun entah ke mana. Adik beradik tak ada. Sama macam aku.

   "Tak ada istilah tumpang-tumpang ni Fiya. Ni bukan teksi nak tumpang. Kau dengan aku dah macam adik beradik. Tak payah nak cakap macam tu."

    Fiya tersenyum kecil.

   "Terima kasih Qai sebab sudi jadi kawan aku." ucap Fiya ikhlas.

    Aku mengukir senyuman nipis seraya mengangguk.

   "Sebelum kita gerak ke kampung, kita ziarah kubur ibu dengan walid kau dulu." kataku.

    Fiya mengangguk.

    Kemudian masing-masing diam menikmati hidangan di atas meja.

    "Oh Qai." panggil Fiya.

    "Hmm."

    "Kejap lagi pergi tarawih tak?" soalnya.

    Aku tidak menjawab, sebaliknya mengangguk.

   "Kenapa?"

   "Nak ikut." pinta Fiya.

   "Hmm." balasku ringkas.

    Selesai berbuka, aku dan Fiya mula bersiap untuk ke masjid. Tetapi sebelum itu, aku dan Fiya menunaikan solat maghrib terlebih dahulu.










     SEUSAI solat tarawih berjemaah di masjid, aku dan Fiya mula menapak keluar dari tempat solat bahagian perempuan.

    Kedudukan tudung bawal yang tersarung di kepala aku betulkan. Baju kurung juga aku betulkan. Risau lah, mana tahu kain terselak ke apa.

   "You know what Qai?"

   Aku mengerling sekilas ke arah Fiya di sebelah.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now