Bab 19 | Panic Attack

Start from the beginning
                                    

    "Apa yang tak adil? Apa yang kamu dapat, mereka pun dapat. Sampai bila kamu nak jadi macam ni Leha, Kamal? Bilanya kamu berdua ni nak berubah? Daripada dulu sampai sekarang, masih sama. Cemburu tak bertempat!" marah Maktok.

    "Tengok? Yang jahat semua kami! Habis tu, cucu mak tu baik sangat lah? Dengan perangai serupa jantan! Berkepit dengan kawan lelaki! Pakaian pun macam lelaki. Macam ni ka mak kata baik?" cemuh Saleha.

    Sakit hatinya apabila ibunya membela anak saudaranya yang paling dibenci.

    Aku yang hanya menekur lantai dan mendiamkan diri sejak tadi mula berkaca mata. Rasa sebak di hati dengan kata-kata pedas dari mulut ibu dan bapa saudara sendiri.

    Perut aku pula sejak dari tadi lagi rasa sakit mencucuk aku abaikan. Sakit di perut tidak setanding dengan sakit di hati.

     Apa salah aku pada mereka? Aku tak pernah berdendam dengan keluarga mereka. Apatah lagi hendak membenci. Walau seteruk mana pun mereka melayan aku, mereka tetap darah daging aku.

Tap!

     Setitis air mata aku jatuh di atas tapak tangan. Aku cuba untuk menahan air mata menjadi semakin lebat. Tak mahu ibu saudara aku menganggap aku meminta simpati.

    Terasa sakit di dada menahan tangisan.

    Fiya yang terperasan dengan perubahan wajah Qaisara segera menghampiri gadis itu. Dia tahu, sahabatnya itu sedang berduka. Hati gadis itu berkecai.

     Fiya duduk di birai katil dan menarik aku ke dalam pelukannya. Bahu aku diusap perlahan.

     Aku masih kekal menunduk. Perasaan sedih aku semakin tidak dapat dibendung lagi. Air mata aku kembali mengalir di pipi.

     "Jaga sikit mulut kamu tu Leha! Mak tak pernah ajar kamu jadi kurang ajar macam ni! Jangan sampai mak tampar kamu!" keras Maktok memberi amaran.

     Kesabarannya sudah tahap paling rendah. Anaknya itu sudah semakin melampau.

     Saleha mendengus kasar. Tanpa kata, dia terus berpaling keluar dari wad. Diikuti dengan Kamal dan Wawa.

     Maktok mengeluh berat. Terasa kesal dengan sikap anaknya yang semakin menjadi-jadi itu. Hairan, sejak kecil lagi dia memberi didikan yang baik pada anak-anaknya. Namun, anaknya itu masih biadab dengannya.

     Maktok memusingkan badan menghadap cucunya yang berada dalam pelukan Fiya. Terpancar riak wajah simpati di wajah tua itu. Luluh hatinya apabila melihat Qaisara Alysha menangis.

    Bukan mudah cucunya itu mahu menangis. Setahu Maktok, cucunya itu cekal dan tabah. Apabila melihat cucunya bersedih, dia juga turut berasa sedih.

     "Maktok minta maaf bagi pihak Mak ngah kamu Sha. Maktok tak sangka yang dia boleh kata begitu pada Sha." luah Maktok dengan nada sayu.

     Aku menggeleng kepala. Air mata aku diseka. Senyuman nipis aku hadiahkan buat Maktok.

     "Mak ngah tak salah, Sha yang salah. Memang Sha dah banyak susahkan Maktok, Pak ngah dan Mak ngah. Sha minta maaf kalau sepanjang hidup Sha ni, Sha dah banyak menyusahkan semua orang. Sha sedar diri Maktok... Sha sedar, Sha tak sebaik Wawa. Sha banyak kekurangan."

     "Dan Sha minta maaf kerana tak dengar kata Maktok. Tapi Sha tak minta perkara macam ni berlaku. Kalau boleh, Sha tak nak pun menyusahkan Maktok. Maktok dah bersusah payah jaga Sha dari kecil hingga besar. Maaf, kalau selama ni Sha agak kurang ajar. Sha minta maaf..."

     Maktok tanpa kata pantas menarik aku ke dalam pelukannya. Aku hanya terkaku, hati aku kini terasa sebak. Sakit. Tiada siapa yang tahu apa yang aku rasakan kini.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now