Luluh hatinya apabila melihat keadaan Qaisara sekarang. Lemah dan tidak bermaya.

    "Kenapa mimpi tu datang balik Fiya? Kenapa lepas beberapa tahun, mimpi tu muncul?" rintih aku dalam tangisan.

     "Aku benci dia! Dia punca aku jadi sampai macam ni. Dia punca aku hampir mati lemas. Semuanya berpunca dari dia! Aku benci dia Fiya!"

    Fiya jadi bingung mendengar Qaisara meracau-racau sebegini. Apa yang sudah berlaku?

     "Shh... Qai.... Kau jangan macam ni. Susah hati aku. Bertenang Qai. Tarik nafas, dan hembus perlahan-lahan." pujuknya lagi.

     Aku hanya menurut kata-kata Fiya. Nafasku di tarik perlahan-lahan, dan dihembuskan.

     Setelah beberapa kali aku mengulangi perbuatan yang sama, aku sudah kembali tenang. Nafas aku mula teratur. Tubuh aku juga sudah tidak lagi menggigil.

     Aku meleraikan pelukan. Tangan aku naik mengelap hingus yang meleleh di hidung. Aku pasti hidung aku sudah menjadi merah. Bawah mata aku bengkak akibat terlalu lama menangis.

    "Feeling better?"

    Aku mengangguk.

    Fiya tersenyum lega.

   "So what's wrong? Kau mimpi apa sampai meracau teruk macam ni? Wanna share with me?"

    Aku hanya mendiamkan diri. Mimpi tadi masih bermain di fikiran. Aku sedaya upaya cuba mengusir bayangan kenangan pahit itu.

    Fiya mengeluh berat.

   "Qai... Jangan diam macam ni. Kau buat aku risau lah. Cerita lah dengan aku."

    Aku pandang wajah Fiya. Jelas terpancar riak kerisauan di wajahnya.

   Aku menarik nafas sebelum bersuara.

   "Aku mimpi aku lemas dalam sungai."

    Kedengaran Fiya mengeluh kecil.

   "Qai... Kau pun tahu, mimpi kan mainan tidur."

    "No! Mimpi ni memang pernah terjadi dalam hidup aku Fiya! Aku trauma!" bangkang aku keras.

    Aku mencengkam kuat dada aku. Masih terasa bagaimana sesak dada aku semasa lemas. Sakit.

    "Apa maksud kau Qai?" soal Fiya tidak mengerti.

    Aku mula menceritakan kisah gelap aku kepada Fiya sepertimana yang aku menceritakan kepada Qash.

   Ternyata jelas sekali Fiya kelihatan terperanjat mendengar cerita aku. Dia menekup mulutnya.

    "Aku rasa sakit Fiya bila masa silam tu muncul dalam mimpi aku. Sakit... Aku rasa terseksa sangat. Aku dah cuba buang kenangan pahit tu dari fikiran aku, memori aku. Tapi aku tak mampu Fiya..." rintihku sayu.

    Tiada siapa yang tahu perasaan aku ketika ini. Sakit.

     "Sebab tu jugak aku tak sertai korang mandi sungai tempoh hari. Bukan aku tak nak, tapi aku takut Fiya. Masa silam tu dah cukup buat aku rasa serik."

    Fiya masih setia mendengar.

     "Aku benci lelaki tu Fiya. Kerana dia aku jadi sampai begini. Kerana dia jugak aku kena hadap sakit ni sorang-sorang... Semua sebab dia..."

     Fiya mengusap bahu aku perlahan, cuba menenangkan diri aku yang terasa sebak.

     Mungkin bagi orang lain, ini hanyalah perkara biasa. Tapi tidak bagi aku.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now