Melambai matahari

7 0 0
                                    

     Di saat matahari melambai ingin pulang, terlihat satu sosok wanita sedang duduk memeluk rapat tubuhnya sendiri. Kicauan burung bersilih ganti dengan suara tangisan yang tidak henti sejak tadi. Tidak lama kemudian, dia berdiri sambil mengusap airmata di pipinya lalu mencuba sedaya upaya untuk memaksa bibirnya senyum. Bukankah itu satu tanda ketabahan hati dan minda bagi setiap manusia yang tetap mahu meneruskan tika jiwanya tertusuk pedih?.
 
    Gelap semakin menyelubungi bumi, gadis itu melangkah masuk ke dalam rumah yang punyai seribu sepi. Penghuninya punya jasad cuma tiada jiwa kasih sayang terpancar. Seusai solat maghrib dan mengaji dia terus terjatuh dalam hiba apabila ingin mengangkat tangan untuk berdoa. Dia mahu mengadu pada yang Satu tetapi begitu pedih lalu bicara terkunci namun mata berhujan.

Kisah penyepi.Where stories live. Discover now