Fiya yang sedang bernyanyi kecil tersentak dengan teguran itu. Pantas dia menoleh.

    "Ish kau ni... Terkejut aku!" marah Fiya. Orang tengah sedap menyanyi ni, Qaisara kacau daun pulak!

    Aku tidak membalas kata-kata Fiya. Aku duduk di kerusi meja makan sambil memerhati tingkah laku Fiya. Sumpah hari ni Fiya nampak pelik.

   "Kau ni kenapa?" soalku.

   "Kenapa apa?" soal Fiya balik.

   "Ni, tiba-tiba rajin masak banyak-banyak ni. Kau nak buat kenduri ke apa?" perli aku.

     Fiya memutarkan bebola matanya.

    "Tengkorak kau! Tak ada lah. Aku actually tengah cuba resepi baru!" katanya sedikit teruja.

Oh?

   Patut lah semangat.

   "Resepi mana kau ambil ni?" soalku ingin tahu.

    "Dari youtuber favorite aku lah. Che Nom."

    Aku mengangguk perlahan. Ya, aku akui. Aku pun kadang-kadang suka ikut resepi dari Che Nom tu. Resepi dia semuanya sedap-sedap.

   "Yeay dah siap!" pekik Fiya tiba-tiba.

   Terhinjut bahu aku kerana terkejut. Eh perempuan ni kalau aku sesah dia, apa pun tak dapat!

    Fiya menghampiri meja makan. Mangkuk sederhana besar yang berisi lauk yang baru dimasaknya diletakkan di atas meja perlahan-lahan.

    Aku mengintai lauk yang baru dimasak oleh Fiya. Oh! Apa eh nama lauk ni? Aiseyh lupa pulak!

    "Okay, biar aku bagitahu satu-satu nama lauk yang aku masak." kata Fiya bersemangat.

   Aku hanya layankan sahaja si Fiya ni.

   "Okay, lauk yang pertama! Kita ada daging masak hitam berempah." terangnya dengan gaya seperti ala-ala peserta Masterchef gitu.

    "Lauk yang kedua ialah kailan ikan masin."

    "Lauk yang ketiga! Oh! Ni makanan favorite kau. Sambal bilis garing!"

    Aku yang tadi duduk bersandar terus bertukar posisi. Aku menongkat dagu.

    "The last one! Memperkenalkan! Ayam masak butter yang tersangat marvelous by Che Nom!" kata Fiya ceria.

    Aku dari tadi hanya menjadi pemerhati menunjukkan wajah tiada perasaan. Tangan aku naik menggaru pipi yang terasa gatal.

    "Dah habis dah rancangan memasak kau?" soal aku mulai bosan.

    Fiya menjuih bibir. Dasar kawan tak reti support kawan!

    "Kau ni, memang tak reti nak support aku kan?" rungut Fiya tidak puas hati.

    Terangkat sebelah kening aku.

   "Kau nak aku buat apa? Terlompat-lompat macam beruk?"

   "Tak ada lah. Atleast tepuk lah tangan ke, jerit 'wuu wuu!' ke?"

    Aku memutarkan bebola mata ke atas.

   "Malas aku. Ni bila boleh makan ni?" soalku.

   "Okay, jom serbu!"

   Aku mula menceduk nasi ke dalam pinggan. Kemudian tangan aku laju menceduk lauk kegemaran aku terlebih dahulu. Sambal bilis!

    Kemudian mangkuk berisi ayam masak butter aku capai. Diceduk sedikit ke dalam pinggan. Aku mula menggaul nasi dan disuapkan ke dalam mulut.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now