Tiba-tiba wajah Saleha bertukar jadi teruja.

    "Ohh ada restoran sendiri? Bagus lah tu. Muda-muda lagi dah pandai berdikari. Senang lah bakal isteri Qash nanti." puji Saleha. Dia menjeling Wawa yang tersipu-sipu malu di sebelahnya.

    Qash hanya membalas dengan senyuman. Kekok la sikit. Niat di hati nak melawat Maktok, tiba-tiba bapa dan ibu saudara Qaisara turut ada sekali.

     Aku di sebelah Maktok hanya jadi pemerhati. Aku dah agak dah. Mesti akan ada drama pagi-pagi ni. Drama nak kenenkan anak dia dengan jejaka tampan. Aku pulak? Dilayan macam anak pungut.

    "Zaman sekarang ni kan Qash, kena pandai cari calon isteri. Anak dara zaman sekarang bukannya boleh harap. Ada yang tak pandai jaga diri, yang malas masuk dapur, yang berperangai macam orang lelaki pun ada." tambah Saleha.

    Matanya menjeling ke arah Qaisara yang sedari tadi hanya menunduk.

     "Cari lah yang sopan santun, pandai memasak, rajin, yang ada rupa perempuan sikit dan yang pandai jaga diri. Contoh macam anak mak ngah ni, Wawa."

     Kan aku dah cakap tadi? Dia mesti akan promote anak dia punya.

    Qash tersenyum janggal.

    "Leha, apa yang cakap macam tu?" tegur Maktok. Bukannya dia tak tahu, anak perempuannya itu menyindir Qaisara.

     Aku tahu mak ngah tujukan semua ciri-ciri buruk itu kepada aku. Sudah terbiasa. Nak rasa sedih? Sakit hati? Dah tak ada gunanya.

    "Maktok, Sha masuk bilik dulu lah. Nak mandi." kataku meminta diri.

   Maktok memandang aku dengan pandangan sayu. Dia tahu cucunya itu terasa hati. Memang tidak patut Saleha berkata seperti itu di hadapan tetamu.

   "Sat lagi pi makan nah? Maktok dah siap masak nasi lemak." pesan Maktok.

   Aku angguk dan terus berlalu ke bilik.

   Selepas setengah jam aku bersiap-siap, kakiku berlalu keluar dari bilik. Camera DSLR Canon aku capai. Aku tidak ke dapur. Sebaliknya ke pintu rumah.

   "Sha nak pi mana tu sayang?" soal Maktok terpinga-pinga.

   Aku menoleh ke arah Maktok lalu tersenyum.

   "Nak pi pondok dekat bendang tu sat. Nak ambil angin."

   "Tak mau makan ka?" soal Maktok lagi. Risau melihat kelakuan cucunya. Dia tahu apa yang Qaisara rasa tika itu.

   Aku senyum lagi. "Nanti balik Sha makan."

   "Qai, kau nak aku temankan tak?" soal Fiya prihatin. Dia tahu sahabatnya itu 'tidak okay'.

   Aku menggeleng. "Aku pergi kejap je."

   Sebaik sahaja habis ayat ku itu, aku terus melangkah keluar dari rumah.

   Qash pula hanya memerhati pemergian Qaisara.











   PEMANDANGAN hijau yang terbentang luas di hadapanku kini melegakan hati aku yang terluka sejak tadi.

   Bukan aku tidak biasa dengan mulut mak ngah. Tetapi sesekali itu, aku terasa juga, seperti aku bukan darah daging mereka. Layanan mereka terhadap aku jauh berbeza.

   Dengan kata-kata pedas dari mak ngah tadi membuatkan aku berasa sedikit kecewa. Aku? Tak pandai jaga diri? Nak kata aku dah rosak ke apa? Haih...

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now