Fiya menjelirkan lidah serta membaling bantal kecil ke muka aku dan terus berlari keluar dari bilik.

    "Fiyaaa!!!"











     KERETA Myvi ku masuk perlahan-lahan ke dalam perkarangan rumah yang diperbuat daripada papan dan batu itu. Kereta aku parking di hadapan rumah tersebut.

     Aku membuka pintu bahagian pemandu dan meloloskan diri dari perut kereta. Wahh! Segarnya udara dekat sini.

     Bunyi burung berkicauan, ayam berkokok, dan keindahan sawah padi yang terbentang luas dihadapannya membuatkan diri berasa tenang.

     Aku menjengulkan kepala dalam kereta ingin melihat 'orang itu' yang sedang lena dibuai mimpi. Aku yang penat drive, dia boleh membuta je.

    "Woi, bangun." kejutku sambil menampar perlahan bahu Fiya.

     Fiya yang separuh sedar itu terpisat-pisat bangun dari baringan. Dia duduk tegak dan cuba menstabilkan diri. Keadaan masih mamai lagi.

    "Kenapa?" soalnya blur.

    Aku mengeluh. Itulah, tidur tak ingat dunia lagi.

   "Dah sampai."

  "Sampai mana?"

    Aku sudah menepuk dahi. Allahuakhbar... Titipkan lah kesabaran buat aku.

    "Dah. Sampai. Kampung. Cik. Safiya." satu persatu aku sebut.

     Terbuntang biji mata Fiya. Matanya lari melihat keadaan sekeliling. Dah sampai!

    Laju sahaja tangannya membuka pintu kereta. Dia keluar dan melihat suasana sekeliling. Wah! Amannya!

    Aku hanya mampu menggeleng. Macam-macam karenah kawannya yang seorang ini.

    Aku mengeluarkan beg pakaian aku dari dalam bonet. Fiya juga turut mengambil beg pakaiannya.

     "Assalamualaikum!" laungku.

     "Waalaikumussalam! Tunggu sat!" sambut seseorang dari dalam.

     Beberapa minit kemudian, muncul raut wajah yang sudah berbulan-bulan tidak bersemuka.

    "Ya Allah Sha! Dah sampai dah cucu kesayangan Maktok ni..." ucap Maktok dengan gembira.

    Aku senyum sebelum melangkah mendekati Maktok. Tangan tua itu aku salam penuh hormat. Tubuh Maktok aku peluk. Erat.

     Maktok membalas pelukan aku. Dia mencium kedua-dua belah pipi aku beberapa kali.

    "Rindunya Maktok dengan Sha." aku tersenyum manis.

    "Sha pun rindu Maktok."

     "Fiya ni Maktok tak rindu ke?" soal Fiya yang sudah muncung sedepa.

     Ceh! Kacau daun betul Fiya ni. Baru nak berjiwang karat sikit.

    "Alahai muncung dah dia. Mai sini Maktok nak peluk." pujuk Maktok.

     Laju sahaja Fiya masuk ke dalam pelukan Maktok. Macam tak nak renggang. Over tau Fiya ni.

     Tangan Maktok disalam dan dicium. Maktok membalas dengan mencium kedua-dua belah pipi Fiya. Dia memeluk Maktok sekali lagi.

    Okay bila nak habis drama jejak kasih ni?

    "Bila nak habis?" soalku dengan muka tiada perasaan.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now