1

144 15 15
                                    

Aku Ayra Adrian, ramai panggil aku Aya. Macam tayar kan? Tau.

Baik. Aku berumur 15 tahun. Ya aku tau ada pt3 huhu. Bersekolah di SMK AYOH PINK. Dilangit ya anak anak. ENGKO ADO?

Aku ada dua abang. Aidil Adrian dan Aiman Adrian , berumur 17 . Oh lagi satu mereka ni kembar. Kesian aku je muka lain. Kekadang kena cop jumpa tepi kedai emas.

Aku ni single dulu. Ya dulu. Aku berpunya sejak tahun lepas. Dia sebaya dengan aku. Sekolah lain.

Character tu sembang nanti, jom ikut aku pergi sekolah.

"WOI DIK LAMA NYA! AKU NAK GERAK DAH NI!" jerit Aidil. Dasar abang perangai macam tempoyak basi.

"Sabar la wahai Putera Katak. Aku nak salam ibu dengan ayah dulu" balasku.

"Assalamualaikum ibu, ayah. Aya gerak lu. Pape roger"

"Menyempat je" balas ibu. Aku tersengih macam kera dapat rambutan. Kemudian aku keluar menuju ke kereta abang Aidil lalu ke sekolah.

"Assalamualaikum bang" ucapku sambil mencium tangan abang abangku. Mereka cuba menyentuh awning tudungku yang hampir sejam aku mengemaskannya sebelum keluar rumah tadi.

"Kau sentuh, kau mati" ugut aku. Mereka ketawa.

"Sembang kencang itik pun boleh jadi ayam" perli abang Aiman. Aku mencebik.

"Dah dah. Jom masuk sekolah" kata abang Aiman. Kemudian kami masuk ke kawasan sekolah.

Aku masuk ke kelas dan seperti biasa  aku menuju ke meja aku.

"Yo Aya" panggil Aisya dan Nisa. Mereka ni kawan baik aku.

"Yo sahabat sahabatku" balas aku.

"Wee korang dengar cerita tak pasal ada budak baru tu?" soal Aisya. Nisa mengangguk.

"Dengar cerita dia hensem wee" kata Nisa pula.

"Aya, kau taktau ke? Senyap je" soal Aisya. Aku mengangkat bahu.

Malas nak ambil tau pasal lelaki lain. Aku ni setia HAHAHA.

"Bangun! Selamat pagi cikgu Siti" ucap ketua kelas diikuti bersama pelajar pelajar yang lain.

"Selamat pagi juga. Boleh duduk" balas cikgu Siti. Kami mengucapkan terima kasih lalu melabuhkan punggung diatas kerusi.

"Baiklah, seperti yang awak semua sedia tau, kita ada pelajar baru. Dia akan jadi murid baru kelas kita" ucap cikgu Siti.

"Farish, sila masuk"

Seorang pelajar lelaki masuk kedalam kelas. Eh asal semua perempuan ternganga ni?

Aku mengangkat muka lalu melihat pelajar baru tersebut. Ya Allah, indahnya ciptaanMu.

Kulit berwarna kuning langsat. Rambut yang lurus kebawah. Mata hazel. Tambahan pula tali leher serta beg berwarna hitam jenama Puma.

"Assalamualaikum, hai. Nama saya Farish Aizat. Hope kita boleh berkawan" ucapnya sambil tersenyum manis menampakkan barisan giginya yang putih itu.

Eh pelajar perempuan oke tak ni? Author pun tak oke takkan character boleh oke?

"Farish boleh duduk disebelah Qalish" kata cikgu Siti. Farish mengangguk lalu pergi ke meja disebelah Qalish iaitu ketua kelas.

Lalu sesi pembelajaran pun bermula.

Bunyi loceng menandakan waktu rehat kedengaran. Maka pelajar pelajar pergi ke kantin.

Selepas membeli makanan, kami duduk dimeja kami. Ya meja kami. Takde siapa boleh duduk situ kecuali kami.

"Aya, asal kau macam takde perasaan je bila Farish masuk kelas? Dia hensem kot" soal Nisa curiga.

"Biasa je dia tu aku tengok" balasku. Alah takpe, orang taktau.

"Ya ya je kau. Entah entah dalam hati tengah melompat lompat sebab jumpa orang hensem" kata Aisya. Eh dia boleh baca fikiran aku ke?

Sedang berbual kami terdengar bunyi tepukan serta siulan para pelajar lelaki. Apa yang kecoh sangat tu?

Rupa rupanya ada sekumpulan pelajar perempuan sedang menuju ke kantin. Muka cantik patutla bising kemain.

Kami mengendahkan mereka lalu sambung berbual. Makanan tadi semua dah habis.

Pelajar pelajar perempuan yang tadi menuju ke meja sebelah kami. Dia menghalau pelajar dimeja tersebut pergi.

"Woi blah kau. Aku nak makan sini" kata pelajar perempuan itu.

"Kau pergi la meja lain. Sini kitorang punya" kata salah seorang dari pelajar yang duduk dimeja itu.

"Kesah apa aku? Blah sebelum aku rembat kau"

Aku yang tak tahan sabar menegur perempuan itu.

"Wee aku rasa tak perlu kot sampai nak rembat anak orang. Pasal meja banyak lagi yang kosong"

"Kau sape? Tiba tiba datang nak cover orang. Blah la kau" balas perempuan tu. Aku boleh hilang sabar ni.

"Aya, biarkan dia, kita masuk kelas jom" ajak Nisa. Aku mengendahkannya.

"Kau pergi cari meja lain la! Kitorang nak makan kat sini!" halau murid dimeja tersebut.

"Eh perempuan, kau sape nak halau aku ha?" tengking pelajar itu.

"Kau tak kenal lagi ke aku siapa? Bapak aku penyumbang terbesar kat sekolah ni. Aku boleh suruh pihak sekolah buang kau sebab kurang ajar" ugutnya.

"Woi kau ingat bapak kau sorang je ke penyumbang kat sekolah ni?" soal aku. Angin ni.

"Kau siapa bodo nak masuk urusan aku" balas perempuan itu.

"Woi perempuan, kau tak dengar ke aku cakap blah BLAH LA!" tengking pelajar itu kepada murid yang duduk dimeja.

"Kau memang" dia mengambil makanan murid itu lalu mencampaknya dimuka murid tersebut.

"Woi!" aku menolak pelajar perempuan itu sehinggan jatuh.

"Auchh!" patutla terjatuh atas tangan sendiri.

"Sakit!" ngadu pelajar itu. Eh sakit ke?

"PELAJAR!"

---------

enjoy!

maaf kalau typo , aku baca sekilas je HAHAHAHA

tata :3

- AYRA ADRIAN -Onde histórias criam vida. Descubra agora