"Kringgggg.. Kringgg.. Kringg.." Jam loceng berdering menandakan waktu pukul 5.30 pagi. Tangan Iwan mula meraba-raba jam locengnya lalu menutup jam tersebut lalu menyambung tidurnya. Tiba-tiba, bunyi pintu diketuk dari luar mula kedengaran.
"Iwan, bangun cepat.. siap-siap.. nnti turun sarapan ye" kata Puan Shahila kepada anaknya.
"Baik ibu, sekejap lagi Iwan turun".. jerit Iwan sambil mula bangun dan kemas katil.
Puan Shahila mula tersenyum sambil mengangguk kecil. Lalu Puan Shahila terus ke dapur untuk siapkan sarapan pagi untuk keluarganya.
Pada jam 6.45 pagi, Iwan turun sambil membawa barang-barangnya turun ke bawah. Lalu ibunya bersuara.. "Take time sayang.. Sarapan dulu..." Itulah personaliti Puan Shahila, seorang ibu yang sangat penyayang dengan anak lelakinya. "Ibu, ayah mana?" tanya Iwan. "Ayah kamu ada hal pagi ni. Jadi dia tak dapat nak temankan kamu daftar nanti. Hari ini ibu yang temankan kamu mendaftar ye." Balas Puan Shahila sambil tersenyum.
Iwan mengangguk faham sambil mula menyantap sarapan yang disediakan oleh ibunya.
"Ibu.." Panggil anak puan Shahila yang bongsu, Shahrizal yang berumur 4 tahun.
"Alololololo anak ibu yang comel ni.. meh makan.. kejap lagi Mak Muna datang jagakan ijal ye". Anak bongsunya hanya mengangguk kecil kerana masih mamai dari tidurnya..
Setelah selesai, Iwan dan ibunya mula bergerak ke sekolah baru untuk daftar. Iwan sebenarnya berumur 16 tahun. Keluarganya terpaksa berpindah atas sebab bapanya terpaksa ditukarkan kerja ke Kuala Lumpur. Kebetulan Iwan dapat masuk ke sebuah sekolah berasrama penuh. Jadi mudah urusan keluarganya untuk berpindah.
Setibanya di sekolah, ada mata-mata yang mula memerhati Iwan dari tingkap kelas masing-masing.
Sampai sahaja di sebuah kelas, guru yang membimbing Iwan mengetuk pintu kelas tersebut.
"Sekejap ye kelas", kata Puan Zainab yang mengajar subjek Bahasa Melayu di kelas 4 Teknikal.
"Maaf menganggu Nab. Ini pelajar baru yang pengetua bagitahu kelmarin, namanya Shariwan", kata Puan Saodah selaku guru kaunseling.
"Owhh.. baiklah.. Terima kasih ye Kak Dah" balas Puan Zainab.
"Okay kelas, hari ini kita ada pelajar baru bernama Shariwan. Nanti kamu kenal-kenal lah dengan dia. Aiman, nanti kamu bantu Shariwan apa yang patut ye." Kata Puan Zainab kepada Aiman.
"Baik puan" balas Aiman. Makan kelas pon berjalan seperti biasa.
Waktu sekolah pon sudahpun tamat. Aiman menemani Iwan ke bilik kaunseling untuk mengambil barangnya yang ditinggalkan pagi tadi di bilik kaunseling. Asrama hanya dibuka hanya selepas waktu sekolah tamat bagi mengelakkan pelajar ponteng kelas. Pihak kaunseling sudah pon membantu Iwan berkaitan hal-hal asrama. Jadi Iwan hanya perlu membawa barangnya ke dalam bilik yang ditetapkan oleh pihak asrama.
Sewaktu berjalan ke bilik kaunseling, Aiman melihat tangan Iwan yang memegang buku teks.
"Iwan, kau dulu ada join mana-mana sukan ke? Berurat doh tangan kau" Soal Aiman.
" Aku join olahraga je. Itu pon dah berhenti time Form 3 haritu sebab PT3." Balas Iwan. Tubuh badan Iwan memang agak ketara kehebatannya. Walaupun Iwan menyertai olahraga, namun tubuhnya tidak gelap macam orang lain oleh kerana Iwan berdarah orang putih yang diwarisi oleh moyangnya. Iwan juga mempunyai sixpack yang tidak begitu ketara kerana kulitnya yang putih.
"Tapi kau pon ape kurangnya. Puji-puji lak.. padahal diri sendiri lagi hebat. Kau atlet gak kan? Aku ada nampak muka kau kat papan sukan sekolah tadi." Sambung Iwan lagi.
"Aku join bola sepak je. Takde lah hebat mana tapi boleh laa.. wakil negeri🤪🤪"
Kata Aiman dengan muka berlagaknya.
"Berlagak gila. HAHAHAHAH" balas Iwan sambil ketawa. Akhirnya mereka tiba di bilik kaunseling. Mereka pon mengambil barang Iwan dan menuju ke asrama.
Asrama mereka dekat sahaja dengan sekolah. Jadinya, mereka hanya berjalan kaki sahaja ke asrama.
Suasana asrama begitu riuh rendah mengalahkan suasana di pasar malam. Ada yang berlari. Ada yang baru lepas mandi kerana baru pulang dari sekolah. Ade juga yang termenung di koridor-koridor sambil merenung nasib🤣🤣🤣.
Sewaktu menaiki tangga asrama, buku teks yang dipegang oleh Iwan tiba-tiba terjatuh berselerak di tangga.
"Haishhh.. jatuh pula buku ni." Berkata Iwan di dalam hati.
"Kau okay tak Wan?" Tanya Aiman yang sudah berada di tingkat dua sambil melihat ke bawah.
"Aku okay. Buku aku jatuh doh. Kau naik je bilik aku dulu. Jap gi aku datang." Kata Iwan.
"Okay2" balas Aiman.
Ketika Iwan mengutip buku teksnya, tiba-tiba ada tangan yang muncul sambil menghulurkan separuh buku teks yang telah dikumpulkan oleh pelajar tersebut.
"Nah.. buku kau. Lain kali hati-hati".. kata pelajar tersebut. "Okay baik. Terima kasih".. kata Iwan sambil mengambil buku tersebut dan berlalu pergi.
Pelajar tersebut hanya tersenyum melihat gelagat Iwan. "Comel je" kata pelajar tersebut.
Bersambung...
Okay guys.. This is my first time writing a story. Hope you guys enjoy😇😇😇
YOU ARE READING
DUNIA BARU?
FantasyAMARAN!!🔞🔞🔞 Cerita ini mengandungi babak-babak terlarang. Harap semua terhibur dengan cerita ini. Cerita ini mengenai seorang pelajar bernama Iwan yang mula berani mengambil langkah untuk masuk dalam dunia songsang. Segalanya bermula apabila dia...
