BISIK

498 19 2
                                    

"Baju-baju saya dah sidai, kalau hujan nanti tarik penyidai masuk ke bawah bumbung saja. Saya nak ke pasar sekejap kemudian terus ambil mak awak. Nak kirim apa-apa tak?"

"belikan saya kuih kuaci nanti."

"saya nak nasi lemak daging hitam,bang!" laung Haris dari atas sofa.

"Emm." Akmal masuk ke dalam kereta tanpa banyak kata.

"sudahlah tak kerja,sedap-sedap je suruh aku beli nasi lemak dia. Lahanat betul!" sumpah Akmal sebaik sahaja kereta keluar dari pagar rumahnya.

Akmal memandang jam tangannya,cuba menyusun masa agar dia datang dengan tepat ke perhentian bas nanti untuk mengambil ibu mertuanya. Terkenangkan itu bibirnya segera mengeluh berat.

"lepas satu..satu..bilalah nak aman hidup aku ni? Hmmh.."dia mengeluh berat. Talifon bimbitnya di capai lalu mendail nombor seseorang.

"Hello Assalamualaikum? Woi..bangun-bangun! Jom teman aku makan. Dalam sepuluh minit lagi aku sampai. Cepat bangun!" jeritnya sebaik saja panggilan di angkat dari pihak sana. Talian di matikan dengan pantas bersama ketawa kecil.

XOXOXOX....XOXOXOX...XOXOXO...

"hah? Membuta apa dah pukul Sembilan ni weh?" tangannya menghulur salam.

"kau tak pa lah ada bini..aku ni solo lagi..bangun lambat pun bukan ada kerja nak buat pun." Azri menenyeh mata sambil melihat cermin.

" mak pilih kau tak nak..padan la muka kau."

"eh,tak nak aku dengan si Ema tu. Dekat depan mak bukan main lagi sopan santun. Bila mak hilang je dan kena sengat ulat bulu,menggedik semacam jer. Geli!" Azri menggeletik geli.

" yang lain-lain tu?" usik Akmal lagi.

"aah, tak nak-tak nak. Tapi kalau Najiha aku nak la. Hahahahah." Azri ketawa mengekek.

"uish! Tinggi cita rasa kau. Jiha tu bukan kaleng-kaleng,PHD oi.." Akmal membelok stereng ke kanan.

"PHD tapi sambut kerani kira ok lah tu..dari situ dah boleh Nampak sifat tak memilih dia tu,jenis bersyukur ni payah nak cari." Azri tersenyum-senyum membayangkan Najiha rakan sekerja kembarnya itu.

"yelah kau..jom,makan. Lepas ni ikut aku ambil mak Laila pulak." Akmal melangkah keluar dari keretanya.

"mak mertua ko nak datang? Hahahaha..habislah kau..hahaha.." Azri ketawa mengekek. Bukan dia tak kenal siapa mak mertua kembarnya itu. Satu kampung kenal,itulah yang susahnya bila kita kahwin dengan orang sama kampung. Baik buruk kita susah nak di jaga, mulut orang bukan boleh di tutup begitu saja.

"nasib kau lah,Mal..."

"entah apa la niat dia kali ni. Serabut otak aku tau."

"sabarlah..kalau nak lari meh lari ke rumah aku. Hahahha.."

"ye lah tu..eh, kau jangan bagi tahu sesapa eh kau kerja kat sini. Aku tak nak Laila tahu kau ada kat sini. Cukuplah dengan si Hani di opis tu. Seksa aku nak bernafas ada spy tak bertauliah dia tu." Akmal menjeling keretanya sesekali.

"eh....tak hingin aku. Tak aman hidup aku nanti." Balas Azri. Dia faham benar dengan perangai Kakak iparnya itu,kaki cemburu. Dia pun pelik dari mana mulanya perangai kuat cemburu kakak iparnya itu sedangkan dahulu dia baik-baik saja. Tidak pedulikan cakap-cakap orang kampung,semua kepercayaan di berikan sepenuhnya pada abangnya. Tapi sejak dua tahun ini sikap itu mulai berubah. Kakak iparnya menjadi seorang yang panas baran,kuat cemburu dan suka berfikiran buruk jika apa-apa berlaku. Dan oleh kerana itu dia mempunyai dua nombor talifon yang salah satunya di khaskan untuk keluarga kakak iparnya sahaja. Dia tidak mahu menjadi mangsa panggilan-panggilan marah dari kakak iparnya itu. Cukuplah ibunya saja yang rajin menyahut panggilan dari Laila,tidak dia.

"Hello,Assalamualaikum,mak..oohh..ya,ya..sekejap lagi saya sampai. Saya tengah hantar barang sekejap. Baik..baik..Waalaikumsalam.." panggilan di matikan. Akmal mengangkat kening ke arah Azri,keduanya saling melepas nafas berat.

"Jom,lekas." Ajak Akmal.

XOXOXOXOXO......XOXOXOXOX.....XOXOXOXO....

"Azri buat apa kat sini? Mak tak bagi tahu pulak kau ada kat sini. Kerja kah?" Munah mengibas-ngibas tudung ke muka. Bahang panas masih terasa menyerbu muka.

"Saya datang hantar resume,mak cik. Esok saya baliklah." Balas Azri sambil melempar senyum manis.

"Ohh,,jadi tidur di rumah Akmal la malam tadi?" soal Munah lagi.

"Eh,tak lah..saya sewa hotel dekat dengan tempat hantar resume tu. Hotel dekat dengan pasar juga,dapatlah beli barang yang mak kirimkan sambil-sambil tu.." jawab Azri kembali sambil memaniskan muka. Akmal yang sedang memandu berusaha sebaik mungkin mengawal mimik wajahnya.

"Ni nak ke rumah Akmal ka?" soal Munah lagi.

"Ya,makcik. Ingat nak rehat-rehat rumah abang sekejap sebelum balik. Lagipun barang saya yang hari tu ada lagi yang belum saya kemaskan. Ingat nak bawa balik semua lah. Luas sikit rumah abang, tidak semak dengan barang saya saja. Malu jugak saya. Hehehe.."

Fuhhhh..dalam ayat kau bagi,Ri,,good job!!

Sorak Akmal dalam hati. Bibirnya di kemam kuat supaya tidak kelihatan dia sedang tersenyum.

"Emm, mak cik datang ni ada hajat apa? Datang check up hospital ke?" soal Azri.

"Eh,tak ada lah..tu pakcik kau..bulan lapan ni dia ada check up hospital sini. Mak cik datang nak ajak Haris balik.. tu kandang ayam ayah dia tak ada orang nak jaga sekarang ni. Pak cik kau selalu sakit dada kebelakangan ni. Doctor kata mungkin terhidu habuk dari kandang ayam tu..pekerja indon dia tu lari ke mana entah bulan lepas. Dapat-dapat gaji terus hilang. Balik indon agaknya budak tu."

"Lari,makcik? Ish ,boleh buat repot polis tu." Azri pura-pura terkejut.

"Yela..ikut hati ni nak je buat repot. Tapi pakcik kau tak nak.. kasihan budak tu katanya.. kalau ikut hati makcik ni memang makcik repot dah. Geram! Adakah tinggal macam itu je. Bagi lah alasan dulu..beritahu kata nak berhenti ke..ni tidak..eee,geram betul makcik. Kalau jumpa kat celah pasar tahulah macam mana makcik nak ajar." Munah menumbuk penumbuknya ke lutut.

"Sabar,makcik..sabar...tinggi darah nanti. Eh,ha...hari tu mak ada bagitahu yang Haris dah habis belajar. Dia minta praktikal kat mana nanti?" Azri pura-pura bertanya.

"Itu lagi sorang,Ri...hishhh, susah lah budak sekarang ni. Suruh belajar dia main-main. Praktikal apanya Azri oi...kena buang dah sebab bergaduh dengan budak liar. Penyakit betullah. Sekarang ni makcik nak bawa dia balik kampung. Nak tak nak dia tetap kena balik jugak. Ayah dia bukan kuat dah pun. Nak harap makcik lagi lah tak larat."Munah mencebik bibir.

"Nanti kau cakap sikit dengan Haris tu,Mal. Mak dah tak nak dia duduk sini. Mak nak dia balik juga."

" Insya Allah,mak..nak dia tu..dia cari kerja pun tak dapat-dapat lagi. Nak je dia balik tu rasanya.." jawab Akmal. Berbunga rasa hatinya. Mahu saja dia bertakbir kerana terlampau gembira. Tapi mampu bertakbir di dalam hati saja buat masa ini.

"Mal,esok hantar aku kat pasar boleh? Aku nak beli barang yang mak pesan siap-siap. Balik hotel packing terus je. Senang balik nanti tak kelam kabut." Azri masih meneruskan lakonannya,mantap sekali!

"Boleh..pukul berapa kau nak ke pasar?"soal Akmal.

"Dalam pukul sepuluh macam tu lah..pasar pun bukan bukak awal sangat."

"Boleh-boleh."Akmal mengangguk bersama senyuman yang hanya keduanya yang mengerti. Dalam hati masing-masing sudah berdekah dengan ketawa.

Xoxoxoxoxox....xoxoxoox..xoxoxo..

"BISIK"Where stories live. Discover now