Pip!

Panggilan terus di matikan oleh Hyunjin tanpa sempat Han berkata apa-apa .

___________

Seseorang lelaki yang berpakaian serba hitam itu memasuki bilik pengawasan cctv yang berada di Time Square Mall . Dia melihat kiri dan kanan memastikan bilik itu kosong dari pengawal yang bertugas di situ. Lelaki itu bergerak ke arah pantauan cctv. Dia mula mengetik sesuatu dan hingga layar komputer di depannya bertukar menjadi satu rakaman cctv sebulan yang lalu. Mata lelaki itu sedikit membulat.

Derapan yang mula terdengar dan suara orang sedang bercakap di luar bilik membuatkan lelaki itu terus memadam data cctv itu dan di gantikan dengan rakaman cctv kosong. Lelaki itu menarik kebawah topi yang ia pakai sebelum keluar dari bilik itu

" encik? " langkah lelaki itu terhenti apabila salah satu pengawal itu menyapanya. Lelaki itu memusingkan tubuhnya menghadap dua pengawal itu yang sedang memandangnya pelik

" iya? " soal lelaki itu seperti tidak tahu apa-apa

" maaf sebelumnya, encik buat apa ya di bilik kawalan cctv? " soal pengawal itu

" saya cari anda berdua " jawab lelaki itu membuatkan kerutan di hadi kedua pengawal itu bertambah dalam

" untuk apa ya encik? " soalnya lagi

" saya nak kamu berdua tolong periksa cctv pada jam 10:30 a.m. Ada anak kecil yang hilang pada saat itu " jawab lelaki itu santai. Dua pengawal itu mengangguk faham sebelum mengajak lelaki itu masuk semula ke dalam bilik kawalan

Dua pengawal itu memeriksa dengan teliti di setiap penjuru Mall namun tiada kelibat anak kecil pun di situ. Pengawal itu memusingkan tubuhnya menghadap lelaki itu

" kami dah periksa di setiap penjuru serta di setiap kedai yang berada di Mall ini tiada anak kecil yang berkeliaran sendirian Encik " terang pengawal itu

" ohh baiklah kalau macam tu saya pergi dulu terima kasih " lelaki itu menunduk sedikit dan berlalu pergi. Dua mengawal itu memandang antara satu sama lain sebelum mengangkat bahu masing-masing


___________

Yunjin duduk di depan meja solek sambil melihat pantulan dirinya di cerman. Makcik Lee sedang menyikat rambut lurus Yunjiee kerana wanita itu baru sahaja selesai mandi. Yunjiee yang biasanya akan berborak dengan Makcik Lee sekarang hanya mendiamkan diri

" Cik Yun mari Makcik Lee bantu berbaring di katil " kata Makcik Lee setelah selesai menyikat rambut Yunjiee. Yunjiee hanya mengangguk kecil. Makcik Lee terus memapah Yunjiee menuju ke arah katil. Yunjiee terus duduk di atas katil. Makcik Lee membantu menaikan kaki Yunjiee yang terlihat begitu menyeramkan akibat luka dan bengkak yang kelihatan teruk. Makcik Lee mengalirkan air matanya membuatkan Yunjiee berkerut

" kenapa Makcik Lee menangis? " soal Yunjiee

" Makcik Lee kesian pada cik Yun, ini pasti sakit " kata Makcik Lee sambil matanya melihat ke arah kaki Yunjiee

" maafkan Makcik tak boleh buat apa-apa Tuan Hyunjin sangat berbahaya ketika marah " Makcik Lee memegang tangan Yunjiee. Dia menatap Yunjiee dengan penuh simpati

 THE PERSONALITY || Hwang Hyunjin حيث تعيش القصص. اكتشف الآن