Chance

391 40 79
                                    

Bermula dengan hidupku yang tak pernah nak merasai sebuah kebahagiaan.

Sejak kematian eomma semasa melahirkan aku, sikit pun appa tak bagi kasih sayang kepadaku.

Tidak seperti keluarga lain.

Aku seharusnya perlu mencari kerja untuk menjana hidupku. Appa langsung tidak membantu sedangkan dia duduk denganku.

Tidak mengapa, mungkin appa ingin aku berdikari.

Maka, setelah aku pulang ke sekolah, aku terus ke restoran tempat aku kerja. Dan malam pukul lapan baru boleh balik. Itupun kalau pelanggan tak ramai.

Kadang-kadang kerja sekolah tak sempat disiapkan. Aku dipandang rendah oleh pelajar lain. Tidak kira Senior atau Junior.

Aku keseorangan tanpa teman. Aku ingin berkawan dengan mereka tapi apakan daya, mereka sendiri tidak mahu berkawan dengan aku.

Dari grade 1 sehingga grade terakhir.

Keseorangan.

Eh tidak, ada seorang ini.

Dia terlebih mesra dengan aku, sedangkan dia tahu pasal diri aku yang tidak seberapa. Dia kata dia tak kesah.

Tapi dia terlambat. Dia ingin kawan dengan aku semasa diri aku yang baharu.

Aku menjadi dingin dengan semua. Tidak ambil kesah dengan keadaan sekeliling. Tidak macam dahulu.

"Awak, kenapa awak sorang-sorang dekat sini?"

Aku menjeling tajam ke arah dia. Dia tak menunjukkan apa-apa reaksi melainkan senyuman yang lebar.

Dah lama aku ingin tersenyum sebegitu...

Terang lagi kan bersuluh aku tengah belajar di dalam kelas yang sunyi.

Entah lah, mata tu kena tambah lagi agaknya.

"Ey, jangan jeling-jeling. Nanti mata tu juling, ha kan dah merana"

Membebel pulak. Aku memutarkan mata.

"Choi Hyunsuk, jangan kacau aku. Kau dipersilakan keluar sebelum aku tendang punggung berharga kau"

"Tak nak. Appa saya ambil lambat. Jadi, saya teman lah awak"

Makin aku arah, makin itulah dia degil. Bukan nak ikut pun.

Ini yang makin menyampah.

"Hyunsuk aku serius" kataku dengan tegas sambil mengangkat kaki kanan untuk menendang Hyunsuk.

"Aip, awak tu perempuan. Ayu lah sikit"

Maaf, perkataan itu tiada dalam kamus hidup aku.

Dengan kekuatan kaki aku, aku menendang betis dia.

Secara refleksi Hyunsuk mengaduh sakit.

Tu baru betis. Belum ehem kau aku tendang.

"Auch.... Apa ni! Jangan lah tendang" Hyunsuk mencebikkan bibirnya.

Ya Tuhan.

"Haih, menyesal aku belajar dekat sini" aku bangun dari duduk lalu mengemas bahan pembelajaran.

Selesai kemas, aku terus keluar dari kelas itu.

Ouf, tidak dilupakan jugak khinzir jadian tadi mengikuti aku dari belakang.

"Kim Haera! Kenapa tak tunggu saya?"

"Buat apa nak tunggu kau?" aku menyoal tanpa memandang dia yang dari tadi meletakkan kepalanya di atas bahu ku.

Itu yang daripada tadi junior pandang kitorang dengan pandangan judge hard .

Maklumlah, si Hyunsuk ni famous. Siap ada fan club dia sendiri.

chance , choi hyunsukNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ