DUA PULUH TIGA🌌 (ending 🌈)

Start from the beginning
                                    

Pemandangan laut dari dalam bilik membuatkan Minjung kagum dengan keindahan di depan matanya. Pandai sungguh Changbin memilih tempat.

"Wah cantiknyaa~" ujar Minjung sambil tersenyum senang. Changbin yang baru sahaja letak beg bagasi terus datang menghampiri isterinya lalu memeluk erat pinggang gadis itu dari belakang.

"Suka?" Soal Changbin dan Minjung sekadar hanya mengangguk.

"Terima kasih Changbin" ujar Minjung. Changbin tidak membalasnya dan hanya sekadar tersenyum lebar. Sudah cukup melihat Minjung gembira membuatkan dia terasa lega.

"Awak rehat dulu..nanti petang saya nak bawak awak ke sesuatu tempat" kata Changbin dan melepaskan pelukannya lalu keluar dari bilik sebentar.

Minjung hanya sekadar mengangguk dan masih melemparkan pandangannya di luar. Sungguh indah sehingga tidak dapat langsung mengelak dari memandang.

___××___

Minjung menukar pakaiannya kepada pakaian biasa sahaja memandangkan Changbin sudah memberitahunya bahawa hanya berpakaian seperti biasa dan jangan menonjol, jadi dia hanya mengikut arahan sahaja.

"Dah siap- eh? Hoodie?" Changbin melihat Minjung yang hanya berpakaian hoodie dan juga mengenakan seluar jeans.

"Kenapa? Awak yang cakap biasa je kan?" Jawab Minjung.

"Tak saya cuma cakap je..sabar jap" Changbin pergi ke arah bagasinya dan mencari sehelai hoodie lalu memakainya.

"Tada!! Dah sama kan?" Changbin menayangkan hoodienya kepada Minjung.

"Eung, sekarang kita boleh pergi kan?" Minjung menggenggam erat tangan Changbin. Kemudian mereka berdua mula bergerak keluar.

Masa mengambil selama 15 minit untuk sampai ke destinasi jadi Minjung membuat keputusan untuk melihat sahaja pemandangan laut dari luar tingkap kereta. Kalau tidur kejap lagi kesian dekat Changbin pula. Halah 15 minit je pon..buat apa nak tidur kan?

"Jom dah sampai" Changbin keluar dari kereta setelah mematikan enjin kereta dan begitu juga Minjung.

"Uwahh" Minjung menekup mulutnya saat melihat pemandangan yang sangat cantik di hadapannya.

"Jom kita jalan sampai hujunggg~sekali" ajak Changbin sambil memegang erat tangan Minjung. Gadis itu hanya mengangguk dan mereka berdua berjalan dengan suka ria sambil menikmati permandangan di atas skywalk itu.

(Nah author belanja gambar)

(Nah author belanja gambar)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampai sahaja di penghujung, Changbin menyuruh Minjung duduk di sebuah buaiyan yang tersedia siap khas untuk pengunjung di situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampai sahaja di penghujung, Changbin menyuruh Minjung duduk di sebuah buaiyan yang tersedia siap khas untuk pengunjung di situ.

Seusai  sahaja gadis itu duduk, terus sahaja lelaki itu menghayun dengan perlahan dan makin lama makin laju.

"Yah! Yah!! Seo Changbin!! Kau nak mampus kee!!!!arrghhhhh" Jerit Minjung dek kerana takut terpelanting dalam laut.

Changbin yang sedang menghayun itu hanya ketawa jahat apabila melihat Minjung menjerit seperti orang gila.

"NAK TURUN!! EOMMA!!" jerit Minjung sekuat hati dan akhirnya buaiyan itu terhenti jugak.

Minjung turun dari buaiyan itu lalu memandang Changbin tajam.

"Ni kalau aku mati siapa nak sayang kau?" Soal Minjung dan Changbin hanya tersenyum lalu memeluk gadis itu.

"Mianhae chagiya..janji tak buat lagi" ujar Changbin lalu melepaskan pelukan.

"Dah jom" Minjung ingin pergi dari situ dan Changbin sempat menahannya.

"Jap jangan pergi lagi..kita duduk sini sampai malam sebab pemandangan cantik tau kalau malam" Changbin menarik gadis itu duduk di buaiyan.

"Yah yah jangan cakap awak nak hayunkan lagi sekali..kalau tak penumbuk melayang japgi" Minjung memberi amaran siap kepada Changbin.

"Aniya..kita duduk sama-sama la haih" Changbin mengambil tempat di sebelah Minjung. Nasib muat untuk dua orang.

Sudah 1 jam mereka duduk di situ sehinggalah malam menjelma.

"Changbin-ah" panggil Minjung seraya merehatkan kepalanya di bahu lelaki itu.

"Eung?" Changbin memandang Minjung yang berada di sebelahnya.

"Macam mana kalau suatu hari nanti, saya buat hal lagi?atau saya buat awak sakit lagi? Awak akan sayang saya lagi atau tak?" Soal Minjung secara tiba-tiba.

"Untuk pengetahuan awak Mrs. Seo Minjung..dengar sini! No matter what will happen..no matter what you've done and no matter what you will do! I will always love you Minjung. I swear" Changbin mengangkat tangan kirinya tanda dia sudah bersumpah dan pegang janji-janjinya.

Minjung tersenyum puas setelah mendengar penjelasan dari lelaki itu. Sungguh dia beruntung dapat lelaki seperti Changbin kerana sanggup mencintai wanita sepertinya.

"Terima kasih, Changbin" ucap Minjung dan memeluk Changbin erat.

"if you swear to always love me, saya pon bersumpah akan sentiasa berada disisi awak..forever! And always love you like there's no much time." Luah Minjung dan Changbin tersenyum lebar.

Pada malam itu bulan, bintang dan juga laut sudah menjadi saksi antara mereka berdua yang telah bersumpah akan setia bersama-sama sehingga ke akhir hayat mereka.

___××___

[ THE END  : ) ]

[√] Beautiful Mess || Seo Changbin Where stories live. Discover now