"Yo, mengkarung selamat pagi!" Sapa Kirito ramah apabila menyedari kehadiran Shiki yang sedang memasuki ruangan makan untuk bersarapan.

Shiki tersentak mendengar sapaan yang agak biadap itu. Lantas dia yang berkeadaan membelakangi Kirito menoleh perlahan. Mahu melihat siapakah gerangan yang tidak beradab itu. Namun setelah menyedari siapakah itu, anak mata Shiki terlihat membulat apabila menyedari Kiritolah yang menyapanya. Bahkan terlihat lelaki itu sedang berbahagia dengan Miyako. Gadis yang sejak kebelakangan ini kelihatan sedih.

"Eh, hidup lagi kau rupanya? Apa khabar?" Soal Shiki yang cuba untuk bersabar.

Kirito tersenyum paksa. Sakit hati pula ditanyakan soalan sebegitu.

"Baik-baik je. Kau pulak mengkarung? Sihat tak tu?" Balas Kirito.

"Aku sihat je. Hahaha, eh jom sarapan! Kau kan dah lama tak sedarkan diri mesti lapar kan?" Ujar Shiki yang sudah berapi dengan kemarahan.

"Haah, jom sarapan. Nanti kebuluran pulak," Bidas Kirito.

Shiki tertawa seraya menjeling Kirito tajam.

Di ruang makan pula, terlihat yang lain sudah berkumpul untuk bersarapan. Kotaro dengan riak yang tak bersahabat. Yosuke dengan riak bekunya dan Asmodeus yang sentiasa ceria dengan keperibadian comelnya. Manakala Zen dan ayahnya hanya melayan kerenah kebudak-budakan mereka. Adakalanya bergaduh adakalanya diam seribu bahasa.

"Wow merahnya," Komen Kirito yang menyebabkan dia menjadi tatapan semua.

"Kirito!" Sapa Noaki yang tampak teruja dengan kehadiran Kirito.

"Yo, selamat pagi!" Balas Kirito seraya mengambil tempat duduk di hadapan Kotaro.

"Macam mana keadaan kau sekarang?" Soal Asmodeus.

"Semakin membaik," Jawab lelaki bermata merah itu tenang seraya menoleh ke arah Kotaro.

"Tak nak cakap apa-apa ke?" Soal Kirito apabila matanya sempat menangkap riak wajah Kotaro yang sedikit teruja dengan kehadirannya.

"Tak ada," Balas Kotaro dingin.

"Tak rindu aku ke? Seminggu kita tak jumpa tau?" Ujar Kirito lagi. 

Kotaro menggeleng perlahan dengan wajah bekunya. Di pihak Kirito pula, dia yang melihat riak beku adiknya itu tak semena meledakkan tawanya.

"Jual mahal," Bisik Kirito.

"Jadi rakyat Asteria dah balik ke tempat mereka Tuanku?" Soal Kirito yang telah serius. Matanya melirik ke arah Zen yang  bakal ditabalkan menjadi raja tak lama lagi.

"Ya.. semua kerana kau semua. Terima kasih, " Ujar Zen ikhlas bersama senyuman yang nipis.

Kirito mengangguk. Gelagatnya yang penuh kewibawaan seperti seorang raja buatkan tiada siapa yang berani menyampuk di dalam perbualan mereka. Lelaki bermata merah itu tampak mempunyai auranya tersendiri.

"Korang pulak bila nak balik?" Soalnya lagi buatkan Yosuke menjungkit keningnya.

"Kalau boleh secepat mungkin," Jawab Yosuke tenang.

Kirito mengangguk.

"Kejap lagi kita balik lepas sarapan ni... apa pandangan Tuanku Hael?"

Tuanku Hael tersentak apabila dirinya terkait sama.

"Itu pilihan kamu... kami tak ada hak nak halang. Tapi kalau boleh lepas pertabalan Zen nanti dalam jam 9 pagi," Jawab Tuanku Hael. Bukan mahu menghalang tetapi Kirito sudah terlalu banyak membantu mereka. Jikalau lelaki bermata merah itu sudi bolelah dia kenalkan ke seluruh rakyat jelatanya nanti.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Où les histoires vivent. Découvrez maintenant