Umji parking keretanya di tempat letaknya kereta. Langkahnya sampai ke tuan rumah.
"Ok Cik Umji.. ini kunci rumah dia" hulur tuan rumah
Umji memberi senyuman manis lalu mengambil dan masuk terus ke dalam rumah itu.
Pukul 3 petang.
"Lupa nak beli makanan! Aish terpaksa kena beli" keluh Umji lalu mengambil dompetnya.
Sampai dikedai U-Mart
Umji membeli sayur, daging dan buah buahan. "Berapa semua ni puan sowon?" Soal Umji. Tahu sahaja itu Sowon kawan sekelasnya dulu.
"56.70 sen" jawab Sowon
Umji menghulurkan duit itu. Lalu balik ke rumahnya.
Sambil melelapkan matanya. Suatu bunyi bising dari arah jirannya.
Ahhhhhhh!!!
Terkejut buat Umji. Langsung dia sedar dari baringnya. Dia pergi ke jendela untuk melihat apa yang terjadi.
"Bunyi apa tu?" Soalnya sendirian.
Lalu beralih ke tempat tidurnya. "Esok kau tahu jelah Umji"
Esok
"Harini first day kau kena sekolah! Fighting Umji!" Sorak Yerin
Umji hanya mengangguk walaupun sedang call. Cepat Umji berlari ke sekolahnya.
Sampai sahaja di sekolah
"Kenalkan ini murid baru kita!" Kata Saem
Umji mengangguk lalu memperkenalkan dirinya. "Hai nama saya umji.."
Duduklah Umji di tempat belakang. Lalu ditegur orang depan.
"Wey kau kan yang pindah kat rumah nombor 9? Kau tak dengar apa-apa ke?" Soal pelajar tersebut.
Untuk merahsiakan hal tersebut. Umji terpaksa menggeleng. Dia tahu mesti ada masalah dengan orang rumah itu?
"Macam mana kau takde dengar apa-apa? Aku yang pindah situ ada dengar au! Nasib aku dah pindah"
Umji hanya diam membisu.
Dia memperkenalkan dirinya. "Nama aku Yuju!" Kata pelajar itu.
Umji hanya mampu senyum dan mengangguk. Pulang sahaja dari sekolah.
Umji selanjutnya memberi salam sebelum masuk ke rumah. "Haih penatnya"
Dia menukar pakaian lalu menyiram pokok. Sambil-sambil menyiram nampak dia seorang wanita tua seangka 30 lebih tahun? Sedang pergi kearah rumah yang dimana bunyi jeritan malam tadi.
"Makcik!" Panggil Umji
Makcik itu memandangnya. "Apa?" Soal makcik itu
"Kenapa malam tadi ye? Saya dengar bunyi orang jerit"
"Oh itu anak saya dia... dia nak beli aiskrim tapi saya tak kasi.. biasalah budak-budak" kata makcik itu sedikit gagap.
Walaupun Umji masih curiga tapi dia mengangguk. "Hurm.. mungkin jugak"
Selesai kerjanya dia membuat kerja sekolah. "Huwargh!! Ngantuknya..." tiba-tiba
AHHHHHHHH!!!!!
Umji menggeleng kepalanya. "Bising betullah! Aku nak tidur pon tak senang.. haish!!!"
Umji melihat rumah itu dari jendela.
"Kalau setiap melam dia buat macam ni.. aku memang kena pindah" keluh umji lalu tidur di katil.
Esok
"Yahu cuti!!"
Tok! tok! tok!
"Agaknya siapalah yang dok mengetuk rumah orang pagi-pagi buta ni" rungut Umji
Terpapar muka budak kecil yang sedang menangis. "Yah kenapa?"
"Kakak... tolong saya kakak!"
"Kenapa ni?"
"Gini kak.. saya nak cerita"
"Um.. apa kata kita cerita kat ruang tamu ok?"
"Ok"
Di ruang tamu
"Sebenarnya.. saya jerit setiap malam sebab.. hiks sebab saya kena pukul dengan mak saya.."
"Hah apa?!!! Jahatnya mak awak sampai nak pukul? Um.. "
"Kakak.. saya minta tolong untuk bawa saya pergi dari mak saya" rengek budak itu.
"Eh tak bolehlah.. kakak tak boleh bawa anak orang asing tanpa pemberitahuan.. itu dikira penculikkan lah.. tak boleh" tolak Umji
Budak itu semakin nangis. "Baiklah.. nama kamu siapa?"
"Eunha.."
"Oh Eunha.. kalau macam tu apa kata kamu pergi balik rumah dulu? Esok kita bincang lagi ya?" Kata Umji dengan senyuman kecil.
Eunha mengangguk
Makcik itu bernama SinB mengetuk pintu Umji dengan kuat.
"Hah!!"
Umji perlahan-lahan ke pintu. "Ye ada apa?" Soal umji
SinB memarahi Umji apabila tahu anaknya ada di dalam rumah itu.
"Maafkan saya cik.. anak cik yang tiba-tiba datang"
"Saya tak kira!! Lain kali jangan dekati Eunha!"
Bersambung
YOU ARE READING
Jeritan malam| Complete
HorrorPelajar yang melarikan diri dari rumahnya kerana ingin jauh dari keluarga yang sering bergaduh. Pada suatu hari, dia dapat tahu ada rumah kosong jauh dari rumah keluarga dia. Langsung saja Pelajar itu membeli. Tapi yang tidak selesanya pada malam pe...
