"Apa benda ni? Boleh nampak ke?" Soal Changbin.

"Try dulu" arah Chan dan lelaki itu mula mencuba.

"Omo yah!! Wah jinjja daebak! Nampak woi nampak!!" Changbin berteriak gembira.

"Uish serius ah? Macam mana boleh nampak malam-malam gini?" Soal Minho

"Aku beli mahal tu..limited edition huh habis duit tabung aku hiks" kata Chan sedikit bangga dan bercampurkan sedikit kesedihan.

"Nampak apa?" Soal Minho ingin tahu.

Dengan ganasnya Changbin mencampak teropong itu kepada Minho secara tiba-tiba dan keluar dari kereta lalu berlari ke arah kereta milik Yohan.

"Yahh Changbin!!" Panggil Minho. Sempat lagi dia cuba teropong untuk melihat apa jadi tetapi malangnya dia tidak nampak apa yang berlaku.

"Yahh nampak apa?" Soal Chan ingin tahu juga.

"Aku nampak benda yang pelik!" Kata Minho sambil membesarkan matanya.

"Ape benda?" Soal Chan ingin tahu.

"Masa depan kau gelap" kata Minho sambil tertawa.

"Eh main-main la kau ni!" Chan menepuk bahu Minho

"Ahahahahha sorry sorry" ucap Minho dan memandang ke hadapan semula.

"Eh Changbin tumbuk anak orang!!! Cepat-cepat!!" Dengan segera mereka keluar dari kereta. Minho mengarahkan Chan untuk memberhentikan tindakan Changbin.

End flashback

___××___

Setelah sampai di hadapan pintu rumah mereka, Changbin segera membuka pintu untuk Minjung masuk ke dalam rumah.

Dalam hati Minjung niat untuk meminta maaf kepada Changbin dengan segera tetapi takut dirinya dimarahi oleh Changbin pula.

Dengan keberanian yang ada, Minjung memusingkan badannya untuk menghadap Changbin yang berada di belakangnya.

"Changbin-ah aku-" Minjung belum menghabiskan ayatnya lagi tetapi Changbin terlebih dahulu memeluk gadis itu dengan erat.

"Gwaenchana" tanya Changbin lembut.

Minjung agak terkejut dengan tindakan Changbin dan dirinya juga terkaku seketika.

Changbin melepaskan pelukan dan mula membelek tangan dan muka Minjung. Sungguh takut isterinya ada luka dimana-mana.

Minjung mengharapkan yang Changbin akan memarahinya dan dia takut dirinya tidak dimaafkan, tetapi lain pula jadi.

"Changbin" panggil Minjung. Lelaki itu hanya menggumam.

"Maafkan aku..aku betul-betul minta maaf" ucap Minjung dan Changbin hanya tersenyum manis.

"Tak apa, aku maafkan kau..tapi aku nak mintak satu je..tolong jangan bagi aku risau lagi" pesan Changbin sambil mengusap lembut rambut milik Minjung.

Minjung mengangguk dan memegang tangan Changbin yang sedang mengusap kepalanya.

"Kenapa kau baik sangat dengan aku? Kenapa kau tak marah aku lepas aku buat kesalahan? Kenapa kau lain Changbin?" Pelbagai soal ditujukan kepada Changbin.

"Kenapa kau tanya macam tu? Mesti la sebab kau tu isteri aku dan itu tanggungjawab aku untuk jaga kau..kau buat apa-apa kesalahan pon aku tetap maafkan kau..and last! Aku sayang kau minjung..sayang sangat-sangat"

[√] Beautiful Mess || Seo Changbin Where stories live. Discover now