Tepat jam 10 malam, Helina Nurtasha mendaki katilnya sambil membawa novel kegemarannya. Sudah hampir 5 kali dia mengulang baca novel itu. Almaklumlah, novel itu merupakan novel pertama yang dibelinya ketika berada di Universiti. Sekarang sudah masuk semester ke empat dia berada di Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Bukannya dia tidak membeli novel baru, tetapi sudah menjadi hobinya baca semula novel yang dia sukai berkali-kali. Kalau boleh 10 kali, 10 kali dia akan baca. Takkan pernah jemu, sebab novel yang dia baca semula itu adalah novel kegemarannya. Dia sangat sukakan plot cerita dalam novel itu.
" Ish Daniel Adam nih.. Manis betul semua ayat yang dia bagi dekat Lutfiya Medina.. Jealous aku.." kata Helina.
" Yang Lutfiya nih pon.. Tak payah jual mahal sangat boleh tak? Kalau aku lah kan.. Dah lama aku terima si Daniel nih.. Dah lah kaya, hensem, semua ada lah.." tambahnya lagi.
" Kau nih, Helina.. Nampak sangat lah nanti kau tu gilakan harta dia.. Apolah.." ujar Juliana yang berada di sebelahnya itu. Dia yang sedang membuat assignment mencelah seketika kerana tidak puas hati dengan kata-kata Helina sebentar tadi.
" Hahahah.. Tak de lah.. Orang tu datang serah diri kot.. Dia tolak mentah-mentah sebab muka orang tu ada iras-iras ex-boyfriend dia.. Tak ke namanya tolak tuah? Manalah aku tak puas hati dengan si Lutfiya nih.." ujar Helina dengan nada yang tidak puas hati.
" Dah, dah.. Yang kau nih aku nak tanya, kau dah siap ke assignment yang lecturer bagi minggu lepas?" tanya Juliana apabila melihat kawan baiknya itu sedang duduk goyang kaki sambil membaca novel kegemarannya tanpa rasa terganggu.
" Julia.. Aku bukan macam kau last-last minute baru nak buat assignment yang lecturer bagi.. Aku awal-awal lagi dah siapkan.. Minggu lepas lecturer bagi, minggu lepas juga aku habiskan.. Malas lah aku nak tangguh-tangguh nih.." ujar Helina dengan sedikit rasa bangga ketika berkata-kata dihadapan kawan baiknya itu.
' Opss.. Nampak riak sangat, Helina.. Jangan riak sangat.. makan diri nanti..' pesan Helina kepada dirinya sendiri yang hampir terpesong dari landasan yang sebenar.
" Alah.. Aku bukannya sengaja Helina oii.. Lain lah kalau aku memang sengaja nak tangguhkan ke apa.. Aku kan busy minggu lepas nak kena handle macam-macam.. Maklumlah.. Aku kan orang penting kat UniKL nih.." kata Juliana dengan rasa bangga. Helina membuat reaksi nak termuntah apabila mendengar Juliana berkata dia merupakan 'orang penting' di UniKL tersebut.
" Dah lah, Julia.. Kalau kau sembang dengan aku, sampai bila-bila pun tak siap assignment kau tu.." ujar Helina yang perasan kawannya itu berhenti menaip setiap kali dia berbicara.
" Ye lah.. Kau je lah kawan yang boleh ajak bersembang buat masa nih, Helina.." ujar Juliana lalu sambung menaip di computer ribanya.
" Hmph.." Helina bangun dari katilnya lalu menuju ke meja belajarnya untuk mengambil thumbdrive yang tersimpan assignmentnya di dalam. Dia terus menuju ke katil sejurus mendapatkan thumbdrivenya lalu diberi thumbdrive itu kepada Juliana yang sedang asyik menaip.
" Amende nih?" tanya Juliana apabila Helina menyerahkan thumbdrive miliknya kepada dia.
" Buat contoh.. Nanti kalau tak tahu tengok lah aku punya buat contoh.." ujar Helina lalu meletakkan thumbdrive itu disebelah Juliana yang sedang memandang kearahnya dengan muka yang kepelikan. Juliana mengambil thumbdrive tersebut lalu dicucuk pada komputer riba miliknya.
" Thanks, Helina.. Susah-susah kau je bagi aku buat contoh guna kau punya assignment.." ujar Juliana sambil menyambung membuat kerjanya.
" Tak susah pun.. Kesian pulak nanti kau buat mende alah nih sampai tengah malam.. Dah lah kelas esok pukul 9.. Tak bangun memang nahas lah.. At least aku boleh kurangkan kerja kau tuh.." ujar Helina sambil menepuk-nepuk bantalnya bersedia untuk tidur.
ANDA SEDANG MEMBACA
Ketika Cinta Kita Bersemi
RomanceHelina Nurtasha, pelajar UniKL yang mengambil jurusan Kejuruteraan . Selepas habis kelasnya, dia pasti akan ke Café Lilo dengan kawan baiknya, Juliana Aesya. Tidak disangka-sangkakan, Helina berkawan baik juga dengan Aisyah yang merupakan adik kesay...
