• 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 •

466 55 20
                                    

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

════ ⋆★⋆ ════

Pertama sekali pihak kami ingin mengucapkan selamat datang ke THE STAR LIFTED CONTEST ini. Seperti yang telah jelas tertera pada namanya, pertandingan ini kami adakan untuk 'mengangkat' bintang-bintang yang sedang bersinar terang seperti anda semua, khususnya dalam bidang grafik dan pengeditan.

Pihak kami percaya, masih banyak bintang-bintang yang cahayanya tersembunyi di balik awan malam. Pihak kami yakin akan ada daripada anda semua yang mampu untuk menyilaukan mata juri-juri dengan cahaya anda. Oleh itu, jangan takut mahu mencuba ya!

════ ⋆★⋆ ════

Ⓣⓗⓔ Ⓢⓣⓐⓡ Ⓛⓘⓕⓣⓔⓓ Ⓒⓞⓝⓣⓔⓢⓣ

⭐ Pertandingan ini kami buka untuk semua orang. Tidak kiralah anda sudah profesional dalam bidang ini mahupun tidak. Namun begitu, tempat adalah sangat terhad. Hanya 20 orang peserta sahaja yang akan dapat menyertai dalam setiap bahagian.

⭐ Bahagian? Sudah pasti anda semua sedang tertanya-tanya bahagian apa yang kami maksudkan bukan? Begini, pertandingan ini akan mengandungi enam buah bahagian iaitu :

1. Bahagian Logo.

Anda semua akan diminta untuk mencipta logo oleh dua orang pengurus kami, iaitu SH & Lisy Rose. Segala perincian akan diterangkan dalam bahagian ini nanti ya.

2. Bahagian Design Baju

Memandangkan admin kami ini memiliki fikiran di luar kotak, kami telah bersepakat untuk melihat kreativiti anda semua dalam bahagian rekaan baju yang akan diuruskan oleh Karl & Cik Dreamer. Jadi, anda yang sudahpun memasang angan-angan ingin menjadi seorang fashion designer, amat digalakkan untuk menyertai bahagian ini.

3. Bahagian Cover and Banner

Bahagian ini adalah bahagian yang paling asas. Seperti pertandingan grafik yang lain, dua orang pengurus kami, iaitu Mrs. Koala & Hazel akan meminta anda untuk mencipta cover dan banner. Namun, jangan pandang rendah pula ya! Asas tidak bermakna ianya akan menjadi mudah!

4. Bahagian Cover Style Novel

Evie Shea & Summer Rayne akan meminta anda untuk mereka cover book yang seperti biasa kita lihat dalam novel fizikal sebelum-sebelum ini. Novel yang selalu kalian baca tu!

5. Bahagian Art Contest

Art contest ini akan diuruskan oleh Didi & Yaz. Jika ada dalam kalangan kalian yang kreatif dan mahir dalam seni lukisan dan sebagainya, maka bahagian ini boleh menjadi satu platform bagi anda untuk menggilap bakat terpendam.

6. Bahagian Wedding Invitation Card

Bahagian terakhir pula Luvpastass dan Lacosté selitkan sedikit unsur bunga-bunga chenta untuk jodoh! Anda akan diminta untuk mereka kad perkahwinan dan siapa tahu mungkin nanti anda tak perlu lagi mengupah perancang perkahwinan kerana anda sudah begitu mahir dalam bidang ini?

════ ⋆★⋆ ════

Demikianlah sedikit sebanyak mengenai bahagian-bahagian yang kami maksudkan. Borang bagi setiap bahagian akan kami muat naik nanti dari semasa ke semasa. Anda semua bebas untuk memilih bahagian yang anda minati, namun setiap peserta hanya boleh menyertai dua bahagian maksimum! Jangan tamak pula ya!

Jadi, tunggu apa lagi? Ajaklah rakan-rakan maya Wattpad anda untuk segera mendapatkan peluang yang sangat terhad ini! Penyertaan anda semua akan kami sambut baik dengan sepenuh hati dan tangan yang terbuka. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

════ ⋆★⋆ ════

𝙶𝚕𝚘𝚠 𝚢𝚘𝚞𝚛𝚜𝚎𝚕𝚏 𝚞𝚙 𝚕𝚒𝚔𝚎 𝚊 𝚛𝚒𝚜𝚒𝚗𝚐 𝚜𝚝𝚊𝚛 𝚋𝚢 𝚓𝚘𝚒𝚗𝚒𝚗𝚐 𝚝𝚑𝚒𝚜 𝚌𝚘𝚗𝚝𝚎𝚜𝚝 𝚗𝚘𝚠!

THE STAR LIFTED CONTEST [CLOSE] Where stories live. Discover now