Pernah tak kita rasa kenapa dan mengapa sesuatu perkara terjadi dalam hidup kita?
Pernah kita persoalkan?, 'kenapa benda ni terjadi pada aku?' 'apa dosa aku hingga terima nasib ini?'
Dalam diam, kita sedang persoalkan kehidupan kita.
Aku juga manusia biasa. Sering alpa. Banyak kurangnya. Tak pernah sempurna. Kita semua sama. Selalu melakukan dosa, mungkin dalam sedar atau jauh dari sudut pandangan kita.
Sering aku dengar, rentetan manusia mengeluh. Sedangkan aku, juga pernah mengeluh tentang 'Kenapa?', 'Mengapa?', 'Apa?'.
Aku terduduk, diam. Termenung.
Terfikir sejenak dek kerana terlintas suatu logik akal.
Mungkin kah apa yang terjadi ini cuma untuk memberi kita sesuatu peringatan?, atau memberi pengajaran, atau juga memberi kita suatu cabaran, untuk kita cuba tempuhi.
Aku mula percaya yang semua perkara berlaku ada hikmah disebaliknya. Aku mula sedar yang setiap apa yang terjadi bukan sekadar sengaja.
Takdir yang Tuhan susun itu cantik. Seluas yang kau tk pernah bayangkan. Dan aku mula berfikir bahawa tak semua perkara yang jadi itu buruk akibatnya.
Selama mana kita yakin dengan Tuhan, selagi itulah kehidupan kita sentiasa ada sinar cahaya.
Percayalah walaupun kehidupan itu tak sentiasa nya indah. Tapi yang membuatkannya indah itu bila kau boleh terima segala apa yang terjadi dan bersangka baik dengan Tuhan.
YOU ARE READING
Mungkin?
PoetryHidup ini penuh dengan tanda tanya, kadang-kadang kita selalu bertanya, tapi tiada siapa yang mampu menjawab segala persoalan itu.
