•I'm Sorry & Goodbye•

Start from the beginning
                                        

Yeonho bangkit dan bukak pintu sliding balkon.

"Hyung" panggil Yeonho dan tu auto buat Minchan terkejut.

"Ehh Yeonho asal bangun?" tanya Minchan pelik.

"Yang hyung asal tak tidur lagi? Dah malam sangat dah ni.. Yeonho tak boleh tidur sebab hyung tak tidur.. Hyung wat pe kat sini?" tanya Yeonho duduk atas lantai sebelah kerusi Minchan.

Dia pun buat apa yang Minchan buat. Peluk kaki dan tengok langit malam.

"Hyung risau kat Kangmin.. Yongseung pernah cerita selepas dia jumpa hyung, Gyehyeon gan Hoyoung, dia jumpa Kangmin kat hospital. Yongseung pindah U, dia mengajar kat U Kangmin tapi dia dapat khabar yang Kangmin masuk hospital. Dia jugak sempat kenal dengan Ravn kawan baik Kangmin. Ravn cerita semuanya kat Yongseung yang Kangmin selalu kena dera gan makcik dia. Kena pukul, kena kurung dalam bilik yang gelap tak de cahaya tak de tingkap, sejuk dan akhirnya orang taman pecah masuk rumah Kangmin sebab risaukan Kangmin n then diorang jumpa keadaan Kangmin yang tak sedarkan diri dengan luka ii besar yang mula membusuk. Dan Ravn cakap setiap bulan mesti akan ada satu bulan Kangmin tak masuk kuliah 2 minggu dan dapat khabar dia masuk hospital n koma 1 bulan. Kangmin tak layak dapatkan ni semua.. Lepas Kangmin jumpa Yongseung, hidup Kangmin tambah bahagia lagi ii bila kita ber7 dah berkumpul semula.. Tapi kenapa sekarang Kangmin sakit lagi? Apa jadi kat dia? Hyung risau... Hyung tak nak kehilangan Kangmin buat kali ke2.. Berat nak terima kenyataan Kangmin sakit... " cerita Minchan dengan suara serak yang cuba tahan nangis.

"Hikss.. "

"Yeonho? Ahh Yeonho maafkan hyung sebab wat Yeonho nangis" ujar Minchan lepas terdengar suara esakan Yeonho.

Minchan terus duduk atas lantai sebelah Yeonho dan peluk si muda.

"Shuhhh shuhhh kita jaga Kangmin sama ii ehhh" pujuk Minchan menepuk pelan badan Yeonho untuk tenangkan si muda.

Yeonho nangis dalam pelukan Minchan. Dia tak percaya dengan semua yang Yongseung ceritakan pada Minchan hyung, Hoyoung hyung dan Gyehyeon hyung.

'Takk.. Kangmin tak boleh derita lagi.. Ni berat buat Kangmin.. Ya Tuhan, bantulah hambamu' ujar Yeonho dalam hati.

Perasaan takut muncul dalam hati dia.

"Sambung tidur gihh.. Esok ada show kan?" ujar Minchan lepaskan pelukan dia.

Yeonho geleng keras.

"Tak nak.."

"Why?"

"Nak dengan hyung.. Nak jaga Kangmin" ujar Yeonho dalam sela ii nangis dia.

"Pagi tadikan dah jaga.. Jangan risau ada Gyehyeon gan Dongheon hyung yang jaga Kangmin.. Esok hyung hantar Yeonho ok.. Jom tidur gan hyung" ujar Minchan bantu bangunkan Yeonho.

Yeonho patuh. Disebabkan katil diorang Queen saiz jadilah Minchan tidur satu katil dengan Yeonho kat katil Yeonho. Yeonho peluk Minchan erat macam tu jugak dengan Minchan.

>>•••<<

Jam dah pukul 8 pagi. Gyehyeon bangun dari tidur dan dia baru teringat tentang Kangmin.

"Haishh asal aku nyenyak sangat tidur sampai lupa si Kangmin" ujar Gyehyeon pelan.

Dia bangun dan pandang Kangmin yang masih belum nampak sebarang reaksi tapi titik yang jadi titik utama baru dia adalah orang yang tidur sebelah Kangmin.

Gyehyeon turun dari katil dan pergi sebelah orang tu. 'Dongheon hyung? Dia tak balik rumah? Bila masa dia datang? Ahhh mesti dia pun tak cukup tidurkan' bisik Gyehyeon dalam hati.

Memory || •VeriVery• Where stories live. Discover now