Lepas semua orang dah masuk dan kafe beroperasi macam biasa, Hoyoung dan Gyehyeon datang ke kaunter panggil semua staf Minchan dan Minchan.
"Ok disebabkan korang pun dah berpindah ke tempat baru, kafe baru, jadi Hoyoung dah sediakan baju baru untuk korang semua" ujar Hoyoung dengan ceria.
Staf Minchan ofkos lah suka.. Tipulah tak suka. Baju baru dan lagi lawa.
Minchan happy juga tapi dalam masa yang sama dia sedih sebab baju yang memang dah 4 tahun diorang pakai terpaksa di lepaskan dan Gyehyeon faham tentang tu.
"Jangan risau.. Baju lama ni korang masih boleh pakai tapi ikut hari.. Di sebabkan korang cuma cuti hari Jumaat jadi baju baru pakai setiap hari Sabtu, Isnin dan Rabu.. Baju lama korang boleh pakai setiap hari Ahad, Selasa dan Khamis.. Lagipun sayang kalau buang baju lama.. Masih cantik.. Dan Gye tau korang semua pandai jaga barang kan" ujar Gyehyeon terus buat Minchan senyum.
Minchan pun dapat baju baru.. Baju khas layaknya seorang bos.. Memang dia bos punkan.
"Thnxs sekali lagi untuk korang ber2.. Tapi kenapa bazir duit? Cuma untuk Minchan dan staf?" tanya Minchan.
Cakap sambil tarik 2 orang sahabat dia duduk kat satu meja baru.
"Jawapan dia mudah je.. Pembalasan budi yang baik" ujar Gyehyeon dengan senyum dia.
"Tu jawapan bagi Gyehyeon.. Bagi aku sebab pembalasan sahabat yang baik" balas Hoyoung dengan senyum manis.
Ahh Minchan rasa macam nak nangis je sekarang ni.
"Kau terlalu baik wehh.. Kau selalu tolong aku kalau kat dapur.. Kau penceria hidup kitorang.. Tanpa kau, hidup memang sunyi.. Kau tu penghibur hidup orang.. Kau selalu buat orang tersenyum.. Tengok, sejak kau ada pun hidup Gyehyeon berubah 360° daripada dingin datar terus jadi penceria lagi macam dulu.. Dan kau satu ii nya BFF aku yang aku ada.. Walaupun aku dah ada anak bini sekalipun, kau tetap no 1 bagi aku" ujar Hoyoung terus peluk Minchan.
Minchan balas peluk Hoyoung dengan air mata bahagia dia.
"Dan bagi Gye.. Gye buat semua ni sebab hyung dah banyak tolong Gye.. Macam yang Hoyoung hyung cakap, hyung penceria hidup orang.. Tanpa hyung, mungkin Gye dah jadi pembunuh masa ibu meninggal.. Hyung sanggup amik cuti seminggu semata ii nak jaga Gye kat sini... Jadi hyung dah banyak korbankan untuk kitorang dan sekarang masanya kitorang balas jasa baik hyung.. Tapi percayalah.. Berjuta ii won sekalipun kitorang keluarkan untuk hyung tetap harga dia tak semahal kasih sayang hyung untuk kitorang semua" ujar Gyehyeon terus peluk Minchan.
Tangan Gyehyeon capai tangan Hoyoung untuk sama ii peluk.
Minchan? Dia nangis sebab terharu.. Dia mungkin salah cakap haritu sebab tak tau tujuan sebenar Gyehyeon dan Hoyoung yang nak robohkan kafe lama dia.. Tapi sekarang dia dah tau dia rasa bersyukur sangat ada keluarga macam diorang berdua. Walaupun dia anak tunggal, mak dah tak de dan ayah dah dipenjarakan dia masih ada keluarga VeriVery yang mampu bagi kebahagiaan untuk diri dia sendiri.
Tanpa Minchan, VeriVery takkan kembali lagi.. Tengoklah kafe Minchan yang jadi saksi pertemuan antara Minchan dengan Gyehyeon, Hoyoung dan Yongseung.
Hoyoung, Minchan dan Gyehyeon kongsikan kebahagiaan bersama.
Tengoklah sekarang.. Bangunan office diorang pun sebelah ii je.. Bangunan Hoyoung, bangunan Minchan dan bangunan Gyehyeon.. Tapi tak boleh dipungkiri lah kalau bangunan Gyehyeon yang paling besar.. Dah syarikat tu memang syarikat yang dah lama didirikan so banyaklah perkembangan dia.
"Jap.. Nak tanya.. Korang kata tempat kafe lama Minchan tu akan jadi hotel? Hotel sapa?" tanya Minchan pelik.
Hoyoung dengan Gyehyeon pandang antara satu sama lain pastu senyum.
"Tu kan tempat kau.. Tanah tupun kau yang belikan.. Jadi hotel tu, milik kau" ujar Hoyoung bangga.
Minchan sekali lagi dibuat ternganga dan terkejut.
"Tutup mulut tu kang masuk shiba dalam tu nangis hyung" ujar Gyehyeon tolong tutupkan mulut Minchan.
"Tak.. Korang tak bergurau kan" ujar Minchan tak percaya.
"Woi giler ke apa kitorang nak rampas tanah orang.. Yea hotel tu hotel hyung.. Walaupun duit kitorang tapi hotel tu atas nama hyung sendiri.. Jadi sekarang bagitau kitorang, hyung nak letak nama apa kat hotel tu?" tanya Gyehyeon bagi satu kertas.
Isi kertas tu memang isi pembangunan hotel. Minchan tak bodoh dia bukan orang yang terburu ii. Dia baca dulu dan dia senyum.
"Buat apa nak letak nama lain kalau ni dibangunkan bersamakan" balas Minchan dengan senyum dia.
Hoyoung dengan Gyehyeon pelik tak faham maksud Minchan.
Minchan terus tulis nama hotel yang akan di letakkan iaitu....
♢VeriVery World Hotel♢
Hoyoung dan Gyehyeon yang tengok sendiri nama tu terus senyum n auto peluk Minchan.
Yes. Hari ni hari bahagia buat diorang bertiga. Hari bersejarah untuk Minchan, Hoyoung dan Gyehyeon.
Sahabat yang baik akan sentiasa ada untuk sahabatnya. Sahabat bukan sekadar sahabat biasa tapi sahabat adalah KELUARGA ❤
>>•••<<
>Memory<
•1 Year Later•
>>•••<<
Sorry part kali ni pendek je.. Dah kehabisan idea tapi enjoy jelah ehh.. Sorry kalau ada typo bersepah.
I SKY YOU ❤💜💙
VERIVERY
❤
VERRER
YOU ARE READING
Memory || •VeriVery•
FanfictionCOMPLETED Susah senang sama-sama ~ Dongheon Tiada rahsia di antara kita ~ Hoyoung Suka duka kita tetap bersatu ~ Minchan Tetap jadi diri sendiri ~ Gyehyeon Hidup mati tetap kita bersama ~ Yeonho Jangan putus asa ~ Yongseung Setia hingga ke Syurg...
•1 Year Later•
Start from the beginning
