Yeonho tak tahan untuk tak nangis tapi apa yang Yongseung cakap tu betul dia tak makan banyak pun tadi kat restoran pizza sebab tak de Yongseung.
Malam tu diorang berdua makan dengan gurau senda terkadang nangis terkadang gelak. Malam tu jugak diorang tidur sama ii dengan berpeluk kat ruang tamu.
>>•••<<
Pagi ni Yongseung dan Yeonho sarapan sama ii masih dengan senyum manis ceria dan gelak ketawa gurau senda.
Yongseung bantu Yeonho kemas tempat tidur dan kemas barang ii Yeonho yang akan Yeonho bawak pergi Seoul.
Yeonho pun bantu gosokkan baju sekolah Yongseung dan siapkan barang ii sekolah Yongseung.
Diorang pagi ni bangun terlalu awal.. Lebih awal dari biasanya sebab diorang nak wat aktiviti rumah sama ii so diorang tak nak lepaskan peluang dan masa yang ada sebelum diorang berpisah.
Siap semua diorang selfie dulu dan post kat instagram n twitter.
Diorang keluar rumah sama ii. Mak Yeonho dah tunggu depan rumah dengan senyum manis.
"Ma " Yeonho peluk mamanya dengan rindu. Mama dia pun peluk Yeonho dengan sayang.
"Ma.. Ni kawan Yeonho.. Nama dia Kim Yongseung my bff" ujar Yeonho kenalkan Yongseung kat mamanya.
"Hi Yongseung.. Oh yea ermm Yongseung gi sekolah naik apa?" tanya mama Yeonho ramah.
Mama Yeonho memang ramah so tak mustahil dia boleh dapat rezeki banyak sampai boleh buat bisnes kan.
"Jalan kaki je sebab dah biasa" balas Yongseung ramah.
"Kalau macam tu mari makcik hantar naik kereta biar cepat sampai. Alang ii tu boleh lah lepaskan rindu dengan Yeonho sebelum dia pergi Seoul" saran mama Yeonho.
"Jom jom jangan bantah" Yeonho tarik Yongseung untuk ikut naik kereta. Diorang berdua duduk kat seat belakang. Mama Yeonho senyum je.
'Mesti berat kamu nak lepaskan anak makcik kan.. Maafkan makcik Yongseung, ni pilihan Yeonho.. Makcik percaya satu hari nanti kamu berdua akan bertemu kembali' ujar mama Yeonho dalam hati dengan senyum lirih pandang cermin kereta yang terus nampak Yeonho dengan Yongseung yang bergurau senda.
Sampai kat sekolah Yeonho ikut Yongseung turun. Ramai budak ii sekolah pelik tengok Yeonho dengan Yongseung kembali akrab.
"Jaga diri lek lok taw.. Jangan asyik fokus je dengan rubik tu.. Duduklah kat tempat duduk lama.. Jangan lupakan aku.. Jangan miss makan.. " ujar Yeonho pegang tangan Yongseung erat untuk tahan nangis.
"Cerewet aku taulah.. Kau pun jangan lupakan aku bila dah berjaya jadi artis nanti.. Nanti dah ada duit banyak bawak aku gi jalan ii pusing satu dunia" balas Yongseung dengan gelak dia untuk tepis perasaan sedih.
"Wahh kau banyak cantik.. Tapi tak pe sebab kita bff aku akan tunaikan tapi tak delah pergi satu dunia.. Pokai aku nanti" ujar Yeonho dan diorang berdua pun gelak sama.
"Ehh sini tangkap gambar dulu" ujar mama Yeonho yang pun ikut keluar dari kereta dan siap ii nak tangkap gambar.
Baru satu.
"Ok satu lagi" ujar mama Yeonho tapi aktiviti dia terhenti.
"TUNGGU MAKCIK, YEONHO, YONGSEUNG !! KITORANG PUN NAK JUGAK!! " jerit semua member kelas Yeonho dan Yongseung yang lari ke arah diorang.
"Ahh yes semalam korang tangkap gambar tak perfect kan so makcik akan tangkap gambar korang semua sebab sekarang baru perfect " ujar mama Yeonho dan dia ambil gambar kelas anaknya dengan pelbagai gaya diorang.
"Ok lah aku kena pergi dulu.. Kejap lagi pun dah nak bunyi loceng " ujar Yeonho.
Semua member kelas dia peluk Yeonho. Lelaki sajelah perempuan tak. Yang perempuan cuma senyum je.
Last sekali Yongseung. Pelukan tu terlalu lama, erat, ketat, dan penuh rasa rindu sayang dan sedih.
Diorang berdua cuma senyum lirih dalam pelukan masing ii.
"Dah ii lah tu dramanya.. Jangan buat aku ikut nangis sekali lah " marah member kelas Yeonho dan Yongseung yang dah lap air mata.
Hampir separuh member kelas Yeonho nangis.
Yeonho dengan Yongseung sama ii lepaskan pelukan.
"Take care" serentak Yeonho dengan Yongseung.
Yeonho masuk dalam kereta dan bukak tingkap. Dia lambai semua kawan ii dia termasuk Yongseung. Yang lain pun ikut lambai Yeonho jugak.
Lepas jauh dari sekolah Yeonho nangis kat seat belakang. Mama dia yang nampak pun ikut sedih.
"Maafkan mama sayang" ujar mama Yeonho.
"Tak.. Mama tak salah.. Ni keputusan Yeonho " ujar Yeonho dengan senyum hambar dia.
'Aku berharap kita bertujuh dapat kembali lagi macam dulu satu hari nanti' ujar Yeonho dalam hati.
>>Flashback Yeonho Off<<
>>•••<<
>Memory<
•Flashback MYY•
>>•••<<
Sorry guys kalau banyak typo dan hambar.. Tpi enjoy jelah ehh hehehe..
YOU ARE READING
Memory || •VeriVery•
FanfictionCOMPLETED Susah senang sama-sama ~ Dongheon Tiada rahsia di antara kita ~ Hoyoung Suka duka kita tetap bersatu ~ Minchan Tetap jadi diri sendiri ~ Gyehyeon Hidup mati tetap kita bersama ~ Yeonho Jangan putus asa ~ Yongseung Setia hingga ke Syurg...
•Flashback MYY•
Start from the beginning
