'Maafkan hyung... Hyung memang jahat... Hyung memang kejam... Kalau boleh tambah lagi hyung pengecut.. Hyung lemah.. Hyung tak kuat teruskan hidup dengan keadaan rumah jadi macam tu.. Maafkan hyung' ujar Dongheon dalam hati dengan diri dia yang masih menangis.
>>Flashback off<<
"Maafkan hyung" ujar Dongheon lirih pandang jalan yang dah sunyi sebab sekarang dah pukul 10 malam.
Dongheon bangun dari tempat duduknya dah jalan balik ke rumahnya untuk rehat.
>>•••<<
Dongheon langkahkan kaki dia ke sebuah company. Tempat baru dia. Jellyfish Entertainment.
"Selamat datang Lee Dongheon. Mari, saya bawak anda kenal lebih mendalam Jellyfish Entertainment " ujar CEO Jellyfish.
Dongheon mengangguk pelan dan senyum.
Mereka jalan sampailah dekat satu lorong.
"Ok saya kenalkan ni bilik meeting"
Tiba ii satu suara merdu sampai kat pendengaran mereka berdua.
"Ahh ini bilik vocal. Artis ii biasanya akan berlatih vocal dekat bilik ni dan sekarang jadual artis baru untuk latih vocal.. Artis baru kami bernama Ju Yeonho.. Dia baru debut 3 minggu yang lalu dengan lagu So Gravity.. Hebat juga dia boleh buat lagu sendiri dan lagu tu sangat mendalam." ujar CEO Jellyfish sambil diorang berdua jenguk dari pintu kaca bilik vocal dan nampak dengan jelas muka Yeonho yang tengah berlatih.
Dongheon awalnya terkejut nama tu diseru dan bila dia tengok muka pemilik nama tu bertambah terkejutnya dan jujur dia sangat rindukan Yeonho dan member yang lain.
"Ok ini ruang terakhir. Studio. Tempat kamu akan ajar Vixx dan backup dance" ujar CEO Jellyfish dengan buka luas pintu kaca tu dan bawak Dongheon masuk.
"Baiklah saya tinggal dulu. Semoga awak selesa dengan tempat baru.. Saya minta diri dulu" ujar CEO Jellyfish dan tinggalkan Dongheon sorang ii dalam studio yang tak sebesar studio lamanya.
Tiba ii dia teringat Yeonho.
Dongheon keluar dan pergi bilik vocal. Dia tengok dari pintu kaca, Yeonho masih berlatih. Tapi dalam beberapa saat lepas tu Yeonho berhenti untuk rehat. Dan ini kesempatan buat dia.
Dia mantapkan hati untuk berhadapan dengan Yeonho sebab dia percaya Yeonho mesti masih marahkan dia.
Tak perlukan masa yang lama Dongheon terus ketuk pintu kaca dan dapat sahutan dari orang dalam.
Dongheon bukak dengan perlahan. Orang yang kat dalam langsung tak pandang sebab tengah minum air dan membelakangi Dongheon.
"Ju Yeonho" panggil Dongheon perlahan.
Yeonho terus pusing belakang dan terkejutnya dia nampak siapa yang datang.
'Dongheon hyung? Macam mana dia tai aku ada kat sini? Kenapa dia ada dekat sini? Macam mana dia boleh masuk?' banyak pertanyaan yang Yeonho tertanya ii dalam hati.
Dongheon senyum manis kearah Yeonho. Yeonho baru teringat yang dia marah sangat dengan Dongheon sebab pergi macam tu je 10 tahun yang lalu.
Yeonho malas nak berhadapan dengan Dongheon, dia takut di sakit hati teringat hal tu.
Yeonho letak kasar botol air atas meja dan bangun niat nak pergi. Baru nak keluar Dongheon tahan tangan Yeonho.
"Lepaskan aku" tegas Yeonho.
"Maafkan hyung" lirih suara Dongheon serba salah penuh dalam dada.
"Aku kata lepaskan aku! " agak sedikit jerit tapi Dongheon tetaplah Dongheon.
"Lepaskan aku lah bodoh !!" Yeonho memberontak dan dia dah menangis.
Dongheon terus peluk Yeonho. Yeonho pukul dada bidang Dongheon. Tapi Dongheon langsung tak de rasa sakit. Dia pun hampir nangis tapi cuba dia tahan.
>>•••<<
"Macam mana hyung boleh ada dekat sini?" tanya Yeonho lepas 15 minit diorang diam san Yeonho yang dah mula tenang dan ucapan dia kembali normal macam dulu.
"Hyung dipindahkan.. Katanya Vixx sangat perlukan hyung untuk bantu diorang tingkatkan lagi tahap dance diorang" terang Dongheon. Yeonho cuma diam je.
"Yeonho " panggil Dongheon pelan.
"Hyung.. Maafkan Yeonho sebab kurang ajar dan kasar dengan hyung.. Maafkan Yeonho" giliran Yeonho serba salah dengan Dongheon. Dongheon belai rambut hitam Yeonho lembut.
"Yeonho tak salah.. Semua salah hyung.. Hyung punca Yeonho jadi macam ni.. Maafkan hyung" ujar Dongheon masih belai rambut Yeonho.
Yeonho senyum lirih.
"Yeonho maafkan hyung" ujar Yeonho dengan senyum manis ke arah Dongheon. Dongheon pun balas senyum manis Yeonho.
Diorang berdua duduk dekat kerusi dalam studio.
"Yeonho.. Lagu Yeonho.. So.. " tak sempat Dongheon nak habiskan ucapannya, Yeonho lebih dulu potong.
"So Gravity lagu ciptaan kita bertiga, hyung, Gyehyeon hyung dan Yeonho dan dinyanyikan ramai ii.. Yeonho sengaja pilih lagu tu untuk dijadikan sebagai lagu debut Yeonho sebab Yeonho nak lagu tu jadi kunci kita semua kembali bersatu.. Yeonho takkan pernah sikitpin lupa dengan kenangan kita.. Dalam lagu tu penuh dengan kenangan pahit dan manis. Saat sorang jatuh, semua orang akan hulurkan tangan untuk bantu. Biar kita bangkit sama ii.. Yeonho rasa waktu semua orang keluar, Yeonho rasa itu adalah mimpi buruk bagi Yeonho.. Yeonho terpuruk dalam rumah tu... Kosong dah tak de sapa.. Lepas hyung keluar, Minchan keluar sebab stress dan Yongseung keluar sebab dia dah tak tahan dengan semua drama ni.. Jadi Yeonho keluar dan buat keputusan untuk fokus pada cita ii Yeonho iaitu jadi seorang penyanyi dan impian Yeonho tercapai dan lagu So Gravity akan jadi kenangan yang abadi buat Yeonho sampai bila ii" ujar Yeonho dengan senyum lirih dia.
Dia pandang diri dia dekat cermin yang agak jauh dari tempat duduk dia dan dia boleh nampak kalau Dongheon tengah tunduk lesu sekarang ni.
"Maafkan hyung sebab semuanya jadi hancur. Kita semua berpisah" lirih Dongheon masih rasa serba salah.
"Ni bukan salah hyung. Semuanya ada hikmah. Hyung.. Jangan tinggalkan Yeonho lagi" pinta Yeonho suara dia berubah serak.
Dongheon pandang mata Yeonho yang dah berkaca, dan dia nampak perasaan sedih dan rindu dalam mata Yeonho terus tarik Yeonho dalam pelukannya.
"Hyun tak akan tinggalkan Yeonho lagi" ujar Dongheon dengan suara serak.
Yeonho dah nangis dekat bahu Dongheon. Dia rasa lega sebab dia dah dapat jumpa Dongheon hyung.. Tinggal Hoyoung hyung, Minchan hyung, Gyehyeon hyung, Yongseung dan Kangmin.
'Tolong kembali'
>>•••<<
>Memory<
•Replace & Meet•
>>•••<<
Hahaha guys sorry part kalini pendek je sebab dah tak de idea sangat tapi enjoy jelah ehhh.. Sorry taw sebab typo bersepah.. Hehehe Happy New Year 🎉😚
YOU ARE READING
Memory || •VeriVery•
FanfictionCOMPLETED Susah senang sama-sama ~ Dongheon Tiada rahsia di antara kita ~ Hoyoung Suka duka kita tetap bersatu ~ Minchan Tetap jadi diri sendiri ~ Gyehyeon Hidup mati tetap kita bersama ~ Yeonho Jangan putus asa ~ Yongseung Setia hingga ke Syurg...
•Replace & Meet•
Start from the beginning
