CHAPTER : 4

8 1 0
                                    

Sesi pembelajaran bermula seperti biasa ada yang berbual,tidur,layan phone dan banyak lagi dalam kelas tersebut bukan kerana malas hendak mendengar apa yang di sampaikan oleh pensyarah di hadapan membuatkan beberapa pelajar tidak minat bila pensyarah tersebut memberi penerangan panjang lebar,biasa la bukan semua pelajar suka focus dalam kelas tersebut dan banyak juga yang kurang minat dengan penerangan yang di sampaikan kerana ianya penerangan yang sama sejak minggu lepas.

Haraz dan Amir mula ingin ponteng kelas tersebut lagi, tapi niat mereka terbantu akibat nama mereka di seru oleh pensyarah itu.

"Amir dan Haraz saya nak awak berdua masuk dalam kumpulan Airin dan Elina memandangkan korang berdua jarang ada dalam kelas saya" kata pensyarah itu.

Mereka tidak banyak membantah malah hanya menurut di mana kumpulan mereka di tempatkan. Haraz menayang muka selamba dan dingin memandang Elina yang berhampiran dengannya. Amir yang duduk bersebelahannya itu menyikunya untuk menyampaikan sesuatu lalu Haraz menoleh.

"Asal kita lambat keluar tadi? Ni semua salah kau" kata Amir tidak puas hati kerana dia tidak gemar mendengar leteran panjang pensyarah mereka itu.

"Aku pula? Kau la yang lambat angkat kaki dari tempat kita tu" kata Haraz tidak mahu kalah.

"Aku kau salahkan? Woii, kau yang main phone tak sedar nak blah. Salah aku juga ke?" soal Amir masih tidak puas hati muka dah berkerut.

Belum sempat Haraz membalas kata2 Amir Elina mencelah perbualan 2 rakan karib ini dari terus membebel tak kesudah.

"Boleh tak korang diam and bagi perhatian kejap? Nak ponteng lagi la tu" balas Elina sambil menjeling Haraz yang tidak jauh dari dirinya.

"Suka hati aku la nak ponteng sekali pun, ada malasah dengan kau ke?" soal Haraz mata tidak lepas memandang Elina.

"Masalah, sebab awak ada dalam kumpulan saya" kata Elina tidak mempedulikan pandangan Haraz terhadapnya.

"Aku tak suruh pun kau terima aku dalam group kau" sindir Haraz.

"Dah la korang asyik nak betekak je, tak penat ke hah?" soal Airin yang penat mendengar pergaduhan kecil Elina dan Haraz.

"Ada aku cari gaduh ngan kau?" soal Haraz lagi mata cukup memberi perhatian dengan apa yang di terangkan.

"Dah la tu Fal, kau ni" Amir pula membalas setelah Haraz menyoal Airin.

Sebenarnya Amir tidak menyukai Haraz berkasar dengan Airin kerana dia dalam diam menyukai Airin. Dia tahu yang dia belum layak meluahkan rasa hatinya terhadap Airin, kerana Airin jauh beza dengan perempuan2 yang dia kenal. Airin mempunyai watak yang sopan mengambil berat tentang rakannya membuatkan dia tertarik dengan seorang wanita yang bernama Airin.

"Ye la aku diam" kata Haraz akhirnya. Dia juga malas nak cari gaduh dengan Elina sebab hati dia rasa kesian pada gadis itu.

Keluhan dia lepaskan entah kali ke berapa pun dia tak pasti. Bila kelas ni nak habis selalunya awal je habis bisik hati Haraz. Sedang Haraz memberi perhatian matanya tidak lepas dari melihat Elina yang tidak agak jauh dari dirinya. Dirinya bagai terbuai kerana tidak lepas memerhati gerak geri Elina yang menyiapkan nota yang di berikan oleh pensyarah.

"Woi Haraz kau tak balik ke?" soal Amir.

"Hah? balik?" soalan di balas soalan.

"Ye la balik, kau tak nak balik ke? ke nak duduk sini sampai ke esok?" kini Amir pula menyoal Haraz.

Haraz tersedar dari lamunannya terus berdiri sambil mengemas barang2 untuk di bawa pulang. Sedang ralit Haraz mengemas dia jadi tertanya2 akan gadis yang di perhatinya sebentar tadi. Amir yang perasan akan kelakuan Haraz terus menyoalnya.

"Kau cari siapa?" soal Amir ingin ke pastian.

"Mana Elina? Erk...maksud aku mana minah 2 orang tu pergi?" soal Haraz pula.

Amir seperti dapat menghidu soalan Haraz yang merupakan atau lebih tepat soalan mengenai Elina.

"Dah balik la, kan waktu balik ni kau asal? tu la mengelamun lagi" balas Amir.

"Oh, mana ada aku mengelamun suka hati kau je
kata aku mengelamun" Haraz membalas tidak mahu kalah.

"Tak mengelamun konon, habis yang tak sedar kelas dah habis tu apa? Bukan mengelamun ke namanya tu?" Amir menyoal sambil sebelah kening dia naikkan tanda tidak percaya apa yang di katakan oleh Haraz sebentar tadi.

"Lantak kau lah nak percaya ke tidak" balas Haraz acuh tak acuh. Sebenarnya dia nak sorok malu je kan dah kantoi dengan kawan baik sendiri mengelamun sampai tak sedar waktu kelas dah tamat.

"Aku saja nak test kau plus saja nak tahu sebab apa kau mengelamun tak sedar waktu kelas dah tamat." jawab Amir sambil tersengih kepada rakannya itu.

"Hmmmm" balas Haraz sambil kaki melangkah keluar dari kelas tersebut di iringin dengan Amir.

Mereka sama2 berjalan menuju ke tempat letak kereta di colleg itu. Hari ni Amir tumpang Haraz memandangkan keretanya berada di bengkel kerana keretanya tidak dapat di hidupkan di awal pagi tadi so Amir menumpang Haraz untuk ke colleg sekali. Selalunya mereka berdua memang menaiki kereta masing2 sebab waktu tengah hari Haraz kekadang balik ke rumah parentsnya. Sewaktu dalam perjalan ingin pulang Amir mula bersuara saja ingin menghapuskan rasa sunyi antara mereka berdua.

"Kau tau tak tadi masa kau mengelamun tu, Elina ada tanya kau tak nak balik ke. Tapi kau diam je" kata Amir saja berbasa basi.

"Ye ke? kenapa aku tak perasan?" soal Haraz hairan.

"Ye la dah kau mengelamun so aku la yang jawab soalan dia" kata Amir dengan selambanya.

"Apa yang kau jawab?" soal Haraz ingin tahu lagi.

"Aku jawab kau suka dia" kata Amir selamba.

"Hah? kau biar betul" soal Haraz sambil menekan break kereta dengan kuat. Terkejut punya pasal habis kereta kesayangannya berhenti mengejut di lebuh raya, nasib jalan raya yang mereka lalu tak berapa nak banyak kereta.

"Woii kau ni !? ye pun jangan la break mengejut sakit jantung aku" balas Amir geram dengan kelakuan sahabatnya itu.

"Dah kau yang bagi jawapan macam tu, memanga la aku terkejut" kata Haraz dengan selamba.

"Aku gurau je la, tak aku jawab dekat dia balik la dulu sebab kau memang dah tak sedar waktu kelas dah tamat" balas Amir sambil menjeling sekilas sahabatnya itu.

"Tu la lain kali jagan gurau macam tu, kita kat jalan raya ni kalau jadi apa2 tadi kan susah tu" balas Haraz sambil meneruskan perjalanan yang terbantu tadi. Amir punya pasal dia break mengejut tadi tu la lain kali nak bergurau kat rumah bukan dekat jalan raya boleh melayang pula nyawa kita nanti betul tak para readers sekalian. saja author selit bebelan kecik kat situ buat peringantan sikit😝oky sampai tu je kita bebel.




so guys jgn lupa vote n comment tau😊
sorry juga author lambt update🙏
kurang sihat biasa la kn😩klau tk mmg awl author update😧
tq jga sbb menanti chapter seterusnya😊

My Bad Boy [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now