CHAPTER: 3

11 1 2
                                    

Kaki ku melangkah ke arah 2 orang gadis tersebut melihat salah seorang dari mereka berdua sangat berani menghampiri kami. Aku tidak hairan jika salah seorang dari mereka ini sangat berani kerana dia telah berani melawanku. Aku mendekatkan diri ke arah gadis cantik ini renungan anak mataku cukup menikam anak matanya sungguh aku katakan hatiku begitu berdebar. Tidak pernah lagi aku mendekati mana2 perempuan hatiku terasa seperti ini.

"Berani betul kau ye datang kat tempat aku?" soal Haraz kepada Elina.

Kelu? Mengapa dia rasa lidahnya kelu bila berada di hadapan lelaki ini? Sedangkan tadi dia berani saja melawan apa yang cuba di sampaikan oleh lelaki ini.

"Why diam? hurmm" Haraz bersuara lagi.

"kitorang salah jalan sebenarnya" Airin mula bersuara.

"Aku tak tanya kau lah aku tanya minah yang kat depan aku ni" balas Haraz sambil kening di sebelah di naikkan.

"Wah patut la tak masuk kelas kat sini rupanya tempat ponteng korang" soal Elina dengan berani.

"Bukan urusan kau kalau kitorang tak masuk kelas pun" jawab Haraz lagi.

"Masalah sangat. Yelah datang sini nak belajar ke nak duduk bersembang kosong je" balas Elina lagi.

"Yang kau nak menyibuk kenapa?" soal Haraz.

Airin dan Amir hanya memerhati Haraz dengan Elina asyik betekak tak habis. Asal jumpa je ada je nak di gaduhkan kalau tak gaduh perang mulut tak ke sudah, sampai tahun depan pun belum tentun akan habis.

"Saja nak bagi tahu, kesian je kat parents awak habiskan duit untuk awak belajar tahu2 anak dorang poteng tak belajar pun" pedas ayat yang di lontarkan Elina kepada Haraz dengan cukup beraninya. Haraz terdiam jadinya kerana Elina mengatakan dirinya sebegitu.

"Suka hati parents aku la nak habiskan duit untuk aku sekali pun. Ada aku kacau duit parents kau ke untuk belajar kat sini" jawab Haraz dengan sedikit sindiran.

"Well tak cakap pun yang awak tu belajar guna duit parents saya. At list saya tak sia2 kan duit dorang dengan ponteng tak tentu pasal" balas Elina lagi. Haraz dan Elina tidak henti berperang mulut ada saja akal untuk membalas.

"Dah la korang sampai bila nak stop ni? tak penat ke asyik gaduh je?" soal Amir dengan pantas sebelum Haraz membalas apa yang di katakan oleh Elina sebentar tadi.

"Aku tak cari gaduh pun. Minah ni yang bising tak tentu pasal" Haraz membalas sambil berjalan meninggalkan mereka bertiga dekat situ.

"Weh, Fal ye pun tunggu la aku" Amir cuba mengejar langkah rakan baiknya itu.

"Cepat la terhegeh jalan lambat tu kenapa?!" balas Haraz sedikit dingin.

"Lek ah, kau yang jalan terus salah aku juga ke?" Amir membalas dengan soalan.

[•••]

Setelah Haraz dan Amir meninggalkan mereka berdua di tempat tadi. Airin sedikit pelik kenapa Elina dan Haraz asal jumpa pasti akan gaduh. Adakah mereka saling mengenali antara satu sama lain. Setibanya waktu pembelajaran tamat Haraz hanya memerhati susuk tubuh gadis yang berani melawan dirinya sejak awal pertemuan lagi. Dia tidak menyangka gadis seperti Elina itu berani menegur dirinya sebegitu rupa. Terkejut juga la bila Elina melemparkan kata2 yang begitu cukup menyedarkan dirinya sejak tadi lagi. Dia sedar dia telah banyak ponteng kelas, bukan bermakna dia malas cuma dia tiada mood hendak bersemuka dengan guru2 yang lain kerana suka memberi tugasan yang banyak dan ingin tugasan itu siap secepat yang boleh. Itu adalah salah satu kenapa dia poteng kelas dan lebih gemar lepak di tempat kegemarannya.

~
Haraz membaringkan tubuh badannya yang terasa letih di atas katil miliknya. Dalam kepala tidak henti memikirkan gadis kacukan yang begitu cantik dan seorang yang berani menegurnya hingga membuatkan dia tersedar akan perbuatan dirinya yang poteng itu tadi.

"Kenapa kau nak ambil berat pasal aku?" soal Haraz sambil memandang syiling biliknya itu.

"Kenapa kau berani sangat lawan aku" soal Haraz lagi. Lagaknya seperti orang tak betul bercakap seorang diri. Setiap kali dirinya menghampiri gadis kacukan itu hatinya merasakan sesuatu tapi dia tidak boleh mentafsir apa yang di rasakan oleh dirinya sendiri. Jika anak matanya bertembung dengan anak mata hazelnut itu jiwanya seolah2 bedegup laju. Adakah dia telah jatuh cinta terhadap gadis kacukan itu.

"Well kau takkan terlepas, berani sangat nak melawan Haraz Naufal" kata Haraz dengan senyuman tidak pudar dari bibirnya.

[skip]
Elina sudah selesai membersihkan diri serta solat merehatkan tubuh badannya di atas katil miliknya. Otak liat memikirkan kenapa dia begitu gemar bertekak dengan seorang jejaka yang selalu menyakitkan hatinya. Sebenarnya dia tak sakit hati sangat pun just dia tak suka orang yang terlalu bersuka2 ketika di colleg. Baginya orang yang poteng kelas adalah pembazir duit dari keluarga biarpun terdiri dari golongan yang berada kerana ibu bapa mereka telah bersusah payah mencari rezeki tetapi anak mereka tidak menghargai dengan secukupnya.

[KEESOKKANNYA]
Elina dan Airin masuk ke dalam kelas seperti biasa. Tapi mata Elina tidak lepas dari memandang lelaki yang asyik memerhati dirinya sejak melangkah masuk ke dalam kelas.

'Apa kena dengan mamat ni asyik pandang aku tak lepas?' soal hati Elina. Dia cuba mengabaikan pandangan tersebut lalu mengambil tempat bersebelahan dengan Airin.

"Weh, Lina asal mamat tu pandang kau?" soal Airin ingin tahu.

"Entah la aku pun tak tahu" balas Elina bersahaja.

"Dia pandang kau tak lepas dohh, tak seram ke?"soal Airin lagi.

"Nak seram apanya otak dia tak betul kot" balas Elina.

"Ke dia suka kau erk?" soal Airin tidak mahu kalah lagi.

"Ishh, kau ni merepek je la" jawab Elina apa yang di katakan Airin itu idak benar.

"Kalau dia suka kau apa salahnya kan" balas Airin sambil kening sebelah di angkat2.

"Dah la, malas aku layan kau ni makin jauh fikiran tu" kata Elina lagi.

'Takpe kita tengok nanti betul ke tak apa yang aku tengok. Tak salah pun kalau mamat tu suka kat Lina sekali pun' kata hati Airin sambil mata memerhati mamat yang dok perhatikan Elina dari tadi lagi.

so here next chapter😊
jangan lupa vote or comment tau😆
sorry juga kalau kurang menarik😅
next chapter bakal menyusul sabar sikit tau👌
oky dah cukup author bebel jgn lyn😂

My Bad Boy [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now