Bab 5

19 0 0
                                    

  It's hurt to let go, but sometimes it hurts more to hold on ;)  

"Kakak packing barang nak ke mana ni? Dah nak balik KL ke? Bukan haritu cakap cuti panjang ke?" Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Emak. Aduh, pening kepala!

"Mak dah lupa ke?" Tanya aku kembali, tak pasti Emak memang betul-betul terlupa atau buat-buat lupa. Tangan aku masih laju membungkus stok sambal bilis, bawang putih goreng dan kopi 3 in 1. Kebiasaanya kalau aku bercuti atau outstation memang aku bawa bekalan makanan sendiri.

"Eh, kita tanya dia, dia tanya kita balik. Meh, makan dulu." Emak mencebik bila soalannya tidak aku jawab. Emak mengangkat kening, tanda mahukan jawapan.

"Ha'ah...awak ni, lupa la tu..." Abah mula bersuara. Teh tarik dicicip sedikit.

"Lupa apa?" ujar Emak terpinga-pinga. Dari riak wajah Emak, aku pasti Emak pasti terlupa.

"Hmm...macam ni, kan haritu kita dah janji...kalau Kakak tolong A to Z kenduri jiran kita yang gilang-gemilang lapan hari sembilan malam tu, Mak dengan Abah approve cuti kakak?" Aku jelaskan butiran perjanjian kami beberapa hari yang lalu.

"Oh, janji yang itu! Ish, budak ni, kenduri tu dua tiga hari je. Ada pulak dikatanya lapan hari sembilan malam?" Bebel Emak sendiri tapi sudah cukup jelas di telinga aku dan Abah.

"Eh, kamu serious ke nak bercuti sorang-sorang? Tak bahaya ke sorang? Dah la jauh. Kamu tu perempuan... Ni berapa hari kat sana? Tinggal kat mana nanti?" Emak meneruskan sesi soal siasat. Haritu kemain iyakan permintaan aku, harini lain pulak kisahnya. Emak oh Emak!

"Bukan sorang lah mak, ada Eshal cuma Eshal tunggu Kakak kat sana. Nanti Kakak hantar itinerari Kakak kat whatsapp eh." Balasku tenang. Faham benar kerenah emak. Emak mana yang tidak risaukan keselamatan anak-anak walaupun usia anaknya dah kategori tua bangka sekalipun.

"Bawak hati yang luka ke Kak? Hehe. Kali ni ke mana?" Usik si Suria yang baru turun untuk sarapan. Budak ni kalau tak cari pasal sesudah subuh memang tak cukup KPI harian dia agaknya. Aku menjeling Suria, malas menjawab.

"Suria, kamu jangan nak cari pasal pagi-pagi ni. Suka benar sakat Kakak kamu." Abah menegur.

"Ala, orang prihatin lah bah.. Haritu dah ke Bali, lepastu pegi Perth ingatkan dah sembuh luka Kakak tu. Selalu setahun sekali dua je, ni travel lagi... Orang tanya pun salah ke?" Suria mencebik tidak berpuas hati.

"Tanya tu tak salah Suria tapi ayat kamu tu berunsur provokasi. Macam nak cari gaduh je."Abah menegur Suria.

"Untuk jawab soalan tu, Bali aku pegi sebab keja, Perth sebab dah lama nak pegi dengan kawan universiti aku dulu. Takde kaitan dengan luka apa semua tu." Aku mengangkat pinggan dan berlalu ke sinki. Malas nak layan Suria, baik sambung packing.

"Suria...tengok, kakak kamu merajuk la tu, dia tak tambah makan pun. Ni favorite dia ni, nasi lemak sambal kerang." Aku dengar perlahan suara Emak mengeluh.

"Apa pulak salah Suria...Kakak tak selera kot, kan makan hati tak habis lagi. Kakak bitter lagi tu, memang la dia tak lalu makan." Suria pantas menjawab. Suria kalau bab bercakap memang laju saja mulutnya. Kebiasaannya atur bicara Suria lebih laju dari otak.

"Suria! Sudah, kamu ni kenapa?" suara Emak meninggi. Mungkin rimas dengan Suria yang tak mahu berhenti bercakap soal yang sama setiap hari.

"Kenapa apa mak? Tak betul ke? Memang Kakak tak habis move on lagi lah." Suria masih tak mahu kalah. Suria memang sedikit keanak-anakan. Kebiasaannya aku biarkan saja Suria sampai dia diam sendiri.

"Kalau ya sekalipun, kamu tak payah nak perli-perli, usik dia lebih-lebih." kali ini aku dengar Abah pula bersuara.

"Tak kena kat kamu boleh lah kamu kata macam-macam. Cuba kamu kat tempat dia." ujar Emak. Kali ini aku tak mendengar balasan dari Suria lagi.

Sesungguhnya aku penat. Sangat penat. Ya, memang nak move on dari hubungan yang lama adalah amat susah. Bukan tekan butang reset pada otak lalu semuanya pulih seperti sedia kala. Kalau semudah itu pasti aku tak perlukan percutian kali ini. Percutian yang aku harap akan membantu aku untuk setidak-tidaknya memaafkan. Memaafkan diri aku dan juga dia.


***Bab 5: Hati Ada Satu***

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 16, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hati Ada SatuWhere stories live. Discover now