Bab 3

33 1 0
                                    

It's hurt to let go, but sometimes it hurts more to hold on ;)  


"Ingatkan kau yang kahwin dengan abang Aril. Itulah, dulu bukan main bercinta last sekali kena tinggal..kesian" Raudah, sepupu Shazril yang duduk di depanku bersuara sinis. Bukan aku tak tahu, memang Raudah dari dulu tak sukakan aku.

"Dah bukan jodoh." Balasku pendek. Aku tak berhutang penjelasan dengan sesiapa pun. 

"Cliche jawapan kau..ni mesti kau tak move on lagi kan?" Sengaja Raudah cuba mengumpan reaksi aku.

"Dah tu kau nak aku jawab apa?" Malas nak melayan perangai Raudah. Raudah ni dari kecil annoying bawak sampai ke usia 21 tahun ni pun masih sama.

"Entahlah...tapi itulah aku kesian kat kau Zea." Raudah sengaja mengulang perkataan 'kesian'. Ini mesti kes takde point tapi gigih juga nak cuba sakitkan hati orang, sudahnya diulang-ulang saja perkara sama.

"Kesian kenapa?" Sinis aku bertanya. Aku tak rasa aku perlu dikasihani atas sebab putus cinta.

"Iya lah, kau bercinta lama-lama dengan Abang Aril lepastu kena tinggal. Dah tu dia kahwin lagi awal dari kau. Lelaki takpe tapi kau perempuan. Payah lah nanti, kau dah la makin tua...takut tak laku je. Nanti silap-silap lelong pun takde orang nak!" Laju Raudah meluahkan 'hujah' yang dirasakan bernas. Tak, tak bernas pun. Memang aku dah agak pun ini yang akan dikatakan oleh Raudah. Typical!

"Kau dah kenapa?" Tiba-tiba tinggi suara Saida marahkan Raudah. Mungkin Saida rimas mendengarkan kata-kata dari Raudah.

"Kenapa apa?" Raudah yang tak mahu kalah ikut meninggikan suara.

"Yang kau nak cari pasal dengan Zea ni kenapa Odah?" Balas Saida cuba membela aku. Saida dengan Raudah ni macam anjing dengan kucing. Pantang berjumpa mesti bergaduh. Angin timur barat betul sepupu dua orang ni.

"Eh yang kau pulak nak marah aku kenapa Saida?" Ujar Raudah masih tak mahu kalah dengan Saida.

"Kau saja kan nak cari pasal dengan Zea. Kau memang dengki dengan dia dari dulu kan?" Soalan Raudah dibalas dengan soalan.

"Elehh sayang sangat lah kat BFF kau ni...aku tanya je, takkan tanya pun salah?" Raudah buat muka meluat. Raudah, sejenis manusia yang takkan tanya orang yang dia tak suka melainkan untuk menyakitkan hati.

"Eh, korang dah kenapa?" Tanyaku sedikit berbisik kepada Saida dan Raudah.

Malu bila tetamu yang mula duduk di meja sebelah mencuri pandang pada meja kami. Kalau dah mula curi pandang tu maknanya dah curi dengar. Mungkin tak perlu curi dengar, memang sudah cukup kuat suara dua gadis ini untuk didengar orang sekeliling kami.

"Kenapa apa?" Serentak Saida dan Raudah membalas soalanku. 'Aikk, seia sekata pulak budak berdua ni. Aku pulak yang dimarahnya...'

"Dah la. Malas aku nak dengar korang bertekak." Pantas aku bangun mahu meninggalkan meja makan. Lama-lama di sini boleh tebal seinci muka aku.

"Eh nantilah." Raudah tarik tangan aku, pantas menghalang aku dari pergi.

"Kau nak apa Odah?" Aku malas nak melayan soalan Raudah ni tapi kalau duduk dengan makcik-makcik lagi teruk aku kena dengar soalan cepumas mereka. Sekurang-kurangnya dengan Raudah aku boleh membalas balik.

"Gosip la." Ujar Raudah sambil menjeling Saida di sisi.

"Gosip apa?" Raudah ni tak padan dengan usia baru setahun jagung dia punya kepoh macam wartawan Melodi. 

"Kenapa kau dengan abang Aril putus? Siapa yang curang? Kau eh? Tapi kalau kau yang curang mesti kau yang kahwin dulu jadi maknanya abang Aril yang curang? Betul tak? Ataupun kau sebenarnya songsang? Eii seram!" Bertubi-tubi soalan Raudah. Rugi kalau bakat terpendam dia ni tak digilap. Bakat guris perasan orang dengan soalan menyakitkan hati.

"Ala tu semua tak penting. Yang penting memang dah putus. Once and for all." Tenang aku balas soalan Raudah. Malas aku nak terangkan kepada sesiapa. Aku ada hak untuk berdiam diri, kan?

"Yeke?" Tanya Raudah seakan tidak percaya. Siap mencebik bibir tu!

"Yelah, dah jadi laki orang kot nak tunggu apa lagi? Kau gila?" Pantas aku membalas.

"Macam tu je move on? Senang sangat!" Ujar Raudah tidak berpuas hati dengan jawapan aku.

"Eh, apa masalah kau Odah? Zea dah jawab pun tak puas hati lagi?" Saida mencelah. Aku tersenyum pada Saida. Raudah buat muka menyampah.

"Ya dan yang pasti..aku ada benda nak bagitau kau Odah. Penting!" Aku buat muka serius untuk mendapatkan perhatian Raudah sepenuhnya.

"Apa tu?" Raudah terus pandang aku dengan penuh berminat. Ha, mudah je nak tarik perhatian dia..buat muka serius, nada serius dan...

"Odah, kau kena tahu, at the end Aril tak pilih kau juga! Jadi tak payah lah nak provok aku. Kau tu yang tak boleh move on kan?" Tanyaku pada Raudah sambil mengangkat kening.

"Dan lagi...aku paham yang kau lagi susah nak move on sebab mana-mana pergi pun kau akan jumpa lovebirds tu sebab korang sepupu. Mesti pedih hati kau Odah. Aku, takpe setakat attend kenduri ni je, lepasni takde kaitan dah. Goodluck Odah!" Ujarku sambil menepuk bahu Raudah, kononnya memberi semangat.

"Eh...apa..apa kau cakap ni Zea?" Balas Raudah tergagap. Raut muka Raudah mula berubah. Kelat.

"Takpe..takpe, aku faham Odah. Bertahun kau nak caras Aril dari aku tapi tak berjaya. Dah kami putus pun kau tetap tak berjaya jugak." Sambungku lagi sambil membuat muka pura-pura kesal.

"Ehh mana..mana...mana ada" Raudah cuba membela diri. Nak bela diri macam mana kalau dah tergagap tiba-tiba.

"Kau nak aku bacakan koleksi pantun kau kat sini ke?" Tanyaku cuba mengusik Raudah.

"Aku..takkk." Raudah kehilangan kata-kata. 

"Ok, aku petik satu ya...ehemm." Aku terus membetulkan suara.

Hitam-hitam si tampuk manggis,

Sayang hamba tiada hujungnya,

Sungguhpun hitam dipandang manis,

Abang Aril ini hamba yang punya.

Aku berpantun siap dengan gaya tangan sekali. Saida di sebelahku gelak terkekek-kekek. Raudah terkesima, mungkin terkejut aku tahu pantun yang dia titipkan untuk Shazril. Pantun yang dah diubahsuai untuk memikat Shazril. Kreatif budak Raudah ni sebenarnya.

"Ala Odah, kau tak payah la terkejut. Kau kena ingat si Aril tu sebelum jadi laki orang, dia boyfriend aku nak dekat satu dekad tau. Of course aku tahu Odah. Of course!" Balasku selamba. Puas hati aku dapat kenakan Raudah.

"Kasihaaaaaaan" Saida pantas menyampuk sambil mengeleng-gelengkan kepala.

"Kau tahu Odah, pepatah melayu ada cakap, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Jadi Odah, kalau taknak aku ungkit lagi apa yang aku tahu, tak payah la pura-pura nak bersembang dengan aku kalau niat kau tu nak menyakitkan hati" Ujarku lantas bangun mahu meninggalkan meja makan. Saida juga bangun mengikuti aku. Raudah kami tinggalkan dengan wajah terkulat-kulat.


***Bab 3: Hati Ada Satu***  

Hati Ada SatuWhere stories live. Discover now