Bab 3

6.8K 683 112
                                    








Madinah, Arab Saudi.

HARI ini ialah hari Luqman akan bertolak ke Malaysia. Dalam seminggu ini, ramai sahabat datang menziarahinya di Villa Aisyah.

Nampaknya Ameer dah war-warkan berita kepulangannya ke merata tempat. Sampai penuh rumah arwah ayahanda itu.

Majlis sederhana turut dibuat. Meraikan Luqman buat kali terakhir sebagai penduduk Nabawi. Sebelum pulang ke tanah air.

Luqman siap menguruskan bagasi. Tak banyak barang dia bawa balik. Sebab semuanya dah tersedia di sana. Rumah pun dah tersedia. Ameer sediakan penthouse untuknya di Malaysia. Cuma dia belum menerima pemberian itu. Dia mahu menetap di rumah mak ayah di kampung.

"Dah siap?" Muncul Ameer di sebelah. Ameer datang ke lapangan terbang bersama adiknya. Saadah kelihatannya sudah berkumpul dengan wanita-wanita di sana. Mereka semua mahu menghantar Luqman.

"Dah. Tinggal untuk kabin je." Luqman tunjuk beg galas di belakang.

Sementera menunggu pintu dibuka, mereka duduk- duduk di bangku dahulu.

"Tiba-tiba aku tak mahu kau balik." Ameer bersuara. Mereka sedang sama-sama perhati pesawat berangkat dari jendela kaca.

Luqman tertawa. Sejak semalam lagi dia sedar Ameer keruh semacam. Pastilah Ameer sedih, mereka akan berpisah. Sebelum ini mereka seperti belangkas. Ke mana-mana pun bersama. Nanti mereka pasti sama-sama rasa kehilangan. Tiada teman di sisi.

"Banyak perkara aku kena perbetulkan di kampung, Meer." Balas Luqman.

Ameer bersandar. "Ya. Termasuk masalah Mawar Perindu."

Luqman terus berubah wajah dengar nama itu. Tergamam. Dia fikir Ameer dah lupa perihal tu. Dia fikir dia sahaja yang risau dan resah memikirkan bagaimana dia nak menghadap gadis itu nanti. Rupanya, Ameer juga fikirkannya.

"Kirim salam pada Mawar bila jumpa nanti." Ameer bersuara kemudiannya.

Luqman terdiam. Mawar Perindu, gadis itu pernah jadi sahabatnya. Dia sendiri tak tahu apa khabar gadis itu sekarang. Dah lapan tahun tidak dengar berita.

Luqman senyum pahit kemudiannya, "Entah dia ingat aku lagi tak.. Dan kalau dia ingat aku, mesti dia bencikan aku." Perlahan suaranya.

Ameer jadi diam mendengarnya. Serba salah pula bangkitkan nama Mawar Perindu.

Dia menepuk bahu Luqman. Sekadar beri semangat.

"Gate dah buka." Ameer bersuara sebaik ternampak Muhammad datang ke sini. Semacam dah dapat teka tujuan Muhammad ke sini. Dan tepat seperti Ameer kata, Muhammad datang memberitahu gate sudah dibuka.

Luqman bangkit. Bergerak ke balai berlepas. Berpelukan dengan sahabat-sahabat yang sentiasa ada di sisi. Orang terakhir ialah Ameer. Lama dia peluk sahabatnya itu. Ameer menepuk belakangnya.

"Kau kena kuat." Hanya tiga patah, tapi cukup mendalam.

"Insyaallah." Luqman tersenyum.

Mereka leraikan pelukan.

"Jazakallah, Ameer. Jazakallahu khairal jaza'. Takkan terbalas semua budi kau sekeluarga."

"Barakallahu fik. Tak ada apalah. Nanti free, datang Madinah."

Luqman tertawa, "Mestilah. InsyaAllah." Dia takkan mudah-mudah lupakan negara keduanya ini.

Mereka bergamitan kemudiannya. Melambai dengan ukhwah fillah yang takkan terputus. Walaupun berjauhan.






LUQMAN ANNASAIE 1 © (TERBIT)Where stories live. Discover now