TEASER 1

1.5K 124 11
                                    

Macam biasa, dia singgah masjid dulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Macam biasa, dia singgah masjid dulu. Solat dhuha dan solat hajat. Berdoa agar mak berlembut hati dengannya. Dia nak sangat jumpa mak. Dia nak sangat mak terima dia.
Bersungguh-sungguh Luqman berdoa. Sampai tak sedar waktu zohor hampir masuk.

Luqman bangkit dari tempat duduknya. Bergerak keluar dari masjid. Niatnya nak tajdid wuduk untuk zohor.

Selesai tajdid wuduk, dia menadah tangan membaca doa selepas wuduk. Ternampak seorang lelaki tua di sebelahnya. Sedang mengambil wuduk. Azan sudah kedengaran. Kuat memecah kesunyian masjid.

Lelaki tua di sebelahnya menegakkan tubuh. Luqman tertarik untuk melihat wajah lelaki tua itu. Macam familiar.

Bila lelaki tua itu memandangnya, Luqman terus berubah muka. Tergamam.

Tuk Ikram.

Lelaki tua itu sedang memandang serius padanya.

Satu rasa gerun serta-merta masuk dalam dada Luqman. Buat tangan Luqman menggeletar. Terasa seperti semua kesalahannya pada Warda tersingkap satu demi satu.

Tuk Ikram menepuk bahu Luqman sekadar menyapa anak muda masjid. Sebelum dia naik ke atas untuk menyertai solat jemaah.

Luqman tertahan-tahan nafas cuba mengawal gementar. Nafasnya turun naik.

"Luqman?" Suara ayah kedengaran menegur. Azan sudah selesai ketika itu. Menjadikan suasana sekitar masjid kembali sunyi.



LUQMAN ANNASAIE 1 © (TERBIT)Where stories live. Discover now