Bab 3: Tak Pernah Hilang

3.4K 141 20
                                    

Motosikal berkuasa tinggi yang aku tunggang hampir dua puluh minit ini akhirnya tiba ke destinasi, rumahku syurgaku. Sampai saja di hadapan pondok pengawal keselamatan, aku lekas mengangkat tangan dan tersenyum lebar. Uncle Rajoo yang menjaga keselamatan kawasan perumahan aku sejak dua tahun lalu, membalas dengan senyuman manis. Dari cermin, aku lihat Mateen juga tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya. Dengan aku, kemain lagi masam mencuka. Ini kira baguslah aku sudi menumpangkan dia di rumahku yang tidak seberapa.

Menyusuri deretan rumah teres dua tingkat, aku akhirnya memperlahankan motosikal dan memasuki pekarangan rumahku. Pintu pagar sedia terbuka, tanda Kak Yati baru selesai menyiram bunga. Mateen yang duduk di belakangku, memerhati sekeliling. Unit rumah teres dua tingkat yang diubah suai menjadi semi-D. Tanah yang lapang dilitupi rumput replika, dihiasi pula pokok bonsai dan bunga kertas. Di hujungnya ada sebuah gazebo dan kolam ikan kecil. Ikan emas belaan Mak sejak dahulu lagi. Di hadapan pintu rumah, kereta Honda City milikku dan Toyota Vellfire milik arwah Ayah diparkir sebelah menyebelah.

Tanpa membuang masa, aku memarkir motosikal bersebelahan dengan kereta arwah Ayah kerana besar ruangnya. Memang situ pun tempatnya.

"Turun." arahku kepada Mateen.
"Huh?"
Dia ini...
"Jangan nak buat-buat pekak. Turun sekarang." arahku tegas.
"Oh. Okay." balasnya.

Dia turun daripada motosikal Harley Davidson kesayanganku ini lalu menanggalkan helmet kura-kura yang melindungi kepala. Tak sesuai betul. Muka macam nak telan orang tapi ada kura-kura atas kepala. Tetapi tidak mengapa. Kalau kemalangan, pecah kepala dia, aku yang kena jawab.

"Assalamualaikum.." suaraku.

Seketika kemudian, aku mendengar derapan selipar dari dalam rumah. Pintu dibuka lalu pagarnya ditolak. Kak Yati, pembantu rumah warga Indonesia yang setia bekerja denganku sejak lapan tahun lalu, sedang tersenyum lebar.

Salamku dijawab, "Waalaikumusalam. Lambat balik, Lina?"
"Jalan jammed, kak. Ada road block pulak tu." jawabku sambil menanggalkan helmet. Beg galas Charles & Keith yang aku letak dalam peti, aku ambil bersama.
"Ohh..patutlah. Mak tu tunggu aje bila Lina mau balik." ujarnya.
Aku menanggalkan kasut but hitamku sambil bersuara, "Laaa..mesti Mak lapar. Kak Yati tak bagi makan dulu ke?"
"Hmm..tak mau. Mak mesti nak Lina suapkan juga." jawab wanita berusia lewat 40-an itu.

Apabila aku sibuk di pejabat atau terlibat dalam operasi, Kak Yati akan menjaga Mak sepenuhnya. Aku tahu kadangkala Mak mahu aku yang jaga dia tetapi apakan daya, aku perlu bekerja.

Kak Yati tiba-tiba membisik, "Siapa tu? Boyfriend?"

Aku naik aneh. Kak Yati memandang Mateen yang masih kusyuk melihat landskap rumahku sedari tadi. Langsung tidak bersalaman dengan Kak Yati terlebih dahulu. Tegur sapa pun tidak. Haishh...payahlah aku mahu bekerja dengan lelaki yang tidak reti hormat perempuan ini.

"Bukanlah. Kawan kerja. Dari Brunei." jawabku.
"Oh...dia tinggal sini dengan kita? Atau tumpang makan aje?" tanya Kak Yati.
Aku merapikan rambut yang kusut kerana helmet tadi, "Dia belum ada tempat tinggal lagi dekat sini, kak. Buat sementara waktu, dia tinggal dengan kita. Lepas ada rumah nanti, dia pergilah."
"Oh...gitu. Ganteng orangnya. Kulit mulus, badan tegap, mata garang." puji Kak Yati habis-habisan.
Aku ketawa, "Amboi, kak! Nak try?"
"Ish...Lina. Akak ni mau sebaya mak dia." jawabnya tersipu-sipu malu.
Aku menggeleng kepala dengan ketawa yang berbaki, "Dahlah, kak. Kita masuk. Mak mesti lapar tu."
"Haaa yalah yalah. Ajak kawan tu masuk sekali, Lina." arahnya.

Kak Yati terlebih dahulu masuk ke dalam rumah, mungkin mahu menyediakan hidangan makan malam nanti. Aku menghampiri Mateen yang leka meneliti pokok bonsai dengan langkah demi langkah. Aku bersilang tangan, tidak senang melihat dia yang seronok betul usha rumah aku. Tahulah tidak sebesar rumah dia.

Bayang MateenWhere stories live. Discover now