Bab 1: Jaga Dia Untukku

7.2K 200 50
                                    

"It's okay. Nanti saya sampai sana, saya tengok sendiri fail tu. Sekarang awak letak atas meja saya. Lagi 15 minit, saya sampai."

Belum sempat pembantu aku itu menjawab, aku mematikan panggilan. Mahu tunggu dia punya 'aaa..', buang masa. Lantas aku mencampak telefon pintarku ke atas katil dan terus bangun. Tuala yang disidai pada birai katil, aku rentap sambil kaki melangkah laju ke arah bilik air.

Sepatutnya aku cuti hari ini. Ergh..

Entah mengapa Tuan Kassim itu mahu bertemu dengan aku. Sebelum ini kalau aku kata aku tidak mahu datang ke pejabat, dia akur saja. Sekarang, siap paksa-paksa. Malas betul aku mahu layan. Susah sangatkah beri aku rehat selepas tamat operasi semalam di Jalan Tun Abdul Razak? Pukul 5 pagi baru sampai rumah.

Nampaknya aku kena demand sedikit dengan Tuan Kassim itu. Nanti naik lemak, semua kerja dia suruh aku buat. Terpaksalah aku menggunakan ugutan yang sama nanti.

Aku nak berhenti.

Kalau dia dengar ayat itu, mesti berderau darah. Aku tidak kisahlah kalau tidak dapat duit pencen kerana bersara pada usia ini. Come on, aku sudah penat buat harta. I'm 28 and I have everything.

Tuan Kassim tu? Bini tiga, anak lapan, pangkat tinggi. Entah bila dia mahu bersara daripada memaksa aku ini. Penat.

🇧🇳

"You're the same Mateen. Mateen yang Daddy hantar dulu, Mateen ini jugalah yang balik ke sini. You wasted my money, son."

Mateen hanya menunduk. Tidak berani untuk dia bersemuka dengan paduka ayahanda yang ketat wajahnya. Dalam bilik bacaan itu, hanya ada dia dan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Wakeel yang sebelum ini bermain catur di atas meja, diminta untuk keluar sebentar.

Mateen tahu. Dia dalam masalah.

Baginda sultan berpusing, dari menghadap jendela besar yang menghadap sungai, dia kini bersilang tangan sambil merenung tajam anakanda ke-10 kesayangannya itu.

"If you think you can lie to me, you're totally wrong, Mateen." ujar baginda. Keras.
"Dad, just once, okay? I.."
Baginda memotong, "I don't care! It's not your heli, Mateen! It's army's. How could you simply gave a ride to your cheap girlfriend?"
Mateen akhirnya bertentang mata dengan ayahandanya, "She. Is. Not. Cheap."

Lelaki berkemeja-T hitam itu naik jengkel. Mahu saja dia lari ke London dan menetap di sana semula andai begini hebatnya kawalan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Itu tidak boleh, ini tidak boleh. Dia penat dikongkong selepas selesa bebas di kota London. Benar, home sweet home. Tetap jiwanya serasi dengan kota itu, bukan lagi Bandar Seri Begawan.

"Oh, she's not cheap? Sleeveless blouse, shorts, clubbing every night. That's not cheap?" desak baginda.
"Dad. Don't judge her, please. You don't know her personally, never spend even a minute with her and barely talk to her. And then? You simply said that she's cheap?!" bidas si anak.
Baginda tersenyum sinis, "Daddy makan garam dulu daripada kau, Mateen. If you think she loves you unconditionally, you're totally wrong. Tunggu sikit lagi, you will see her true color."

Sofia, gadis kelahiran Sepanyol yang bertakhta di hati Mateen selama beberapa bulan ini. Pertemuan mereka di Sotogrande membawa kepada episod cinta yang baharu. Mudah serasi dan melengkapi antara satu sama lain. Sehari tanpa Sofia, rasa kosong.

Mateen mengalihkan pandangan, malas untuk bertekak dengan ayahandanya. Dia masih menghormati baginda namun biasalah jiwa anak muda, rasa memberomtak itu kuat dalam dirinya. Ayahanda tidak akan mudah memahami hati perasaan seorang lelaki berjiwa bebas seperti dia.

Bayang MateenWhere stories live. Discover now