Bab 2: Bicara Manis Menghiris Kalbu

3.2K 166 21
                                    

Karpet merah dihampar sehingga ke tangga jet di hangar diraja. Pegawai-pegawai istana dan ahli kerabat beratur sepanjang laluan untuk menyaksikan keberangkatan Pengiran Muda Abdul Mateen ke Kuala Lumpur, Malaysia. Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Dr. Al-Muhtadee Billah, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Pengiran Muda Abdul 'Azim, Pengiran Anak Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah dan Pengiran Anak Puteri Fadzillah Lubabul Bolkiah tersenyum melihat Mateen yang berkemeja biru muda, berkaca mata hitam dan berambut rapi.

Semangatnya berkobar-kobar. Dia nekad. Jiwa tenteranya semakin marak.

Dia bersalaman dengan ahli keluarganya. Dicium pipi kiri dan kanan lalu dipeluk erat. Satu persatu. Sempat Kak Aze, Kak Fadz, Azim mengirimkan kata-kata semangat dan doa untuk adinda bongsu mereka. Menghampiri pintu jet yang terbuka, Mateen menatap wajah ayahandanya. Sepasang mata tua itu dipenuhi satu harapan.

Mateen menyambut tangan kanan paduka ayahanda lalu mengucup perlahan. Dia kemudiannya berlaga pipi sambil tangan memegang bahu. Ego diletak tepi buat seketika kerana biar apa pun yang berlaku, ayah tetap ayah.

"Jangan malukan Daddy." pesan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Mateen membalas, "I won't."

Dengan anggukan kecil, baginda mendoakan keselamatan anakanda tercinta dalam hati. Tidak pernah hilang rasa cinta dan kasih baginda kepada setiap anakanda. Melihat Mateen yang kini sudah dewasa, sudah ada tanggungjawab sendiri, sudah berani mempertahankan negara, baginda sebak. Ternyata ketegasannya selama ini berbaloi.

Mateen menaiki tangga jet itu dan mengambil tempat di sebuah kerusi kulit berwarna khaki. Seorang pramugari peribadi dari Royal Brunei Air sentiasa bersedia di galley pesawat ringan itu. Dari jendela, Mateen melihat insan-insan kesayangannya yang melambai tangan dengan senyuman lebar. Rasa rindu mula membina dalam jiwa Mateen biarpun dia belum berlepas lagi. Bagaimana pula setahun tanpa mereka?

Dia berjanji. Dia akan pulang membawa satu kejayaan. Demi menuntut kepercayaan yang tinggi daripada paduka ayahanda.

Ya.

Ring...

Mendengar runut bunyi panggilan masuk, Mateen segera mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarnya. Tertera nama Sofia pada skrin.

Lekas dia menjawab, "Hello, Sofia?"
"Hey, dear. In airport?" tanya Sofia. Lembut.
"Already on my seat." jawab Mateen.

Ada senyuman di bibirnya.

Sofia membalas, "Me too. Safe flight, baby."
"You too. Call me when you're in Doha later." pesannya.
"Yes sure."

Perginya Mateen ke Kuala Lumpur, Sofia juga perlu pulang ke Madrid setelah lama menginap di The Empire Hotel & Country Club. Hajah Mariam tidak begitu senang sekiranya teman wanita Mateen tinggal di Istana Nurul Izzah setiap kali berkunjung ke Brunei. Tidak mahu ada mulut-mulut yang mengata. Biarlah ada ikatan yang kukuh atau sekurang-kurangnya sudah ada perancangan untuk berkahwin, barulah dia izinkan. Hubungan Mateen dan Sofia pun masih muda, tidak nampak lagi ke mana hala tujunya.

Cukuplah bukan ke lembah hina. Nauzubillahiminzalik.

🇲🇾

Aku nak balik.
Faizal: Tunggu kejaplah, puan.
Dah setengah jam ni. Dia fikir dia anak raja, semua orang boleh tunggu dia?
Faizal: Alaa, puan. Dia on the way dari airport Subang tu.
Peduli apa aku? Janji Melayu betul. Kata nak sampai pukul 12, ni dah pukul berapa? Kalau gini perangai dia, suruh dia balik naik jet dia tu.
Faizal: Puan sabarlah sikit.

"Luah perasaan nampak?"

Aku menoleh ke arah Tuan Kassim yang mengintai perbualan WhatsApp antara aku dan Sarjan Faizal. Lelaki dengan rambut beruban sedikit di bahagian tepi itu, tersenyum. Segera aku mengunci telefon dan meletakkannya di atas meja mesyuarat. Aku memeluk tubuh, dingin.

Bayang MateenDonde viven las historias. Descúbrelo ahora