Bagus Minum Air kelapa ni untuk mematikan/memuntahkan racun/bisa-bisa santau/sihir yang ada didalam tubuh badan. Caranya seperti berikut.
Pastikan air kelapa muda. Jangan letak gula atau air batu (ori). Sebelum minum baca Ayat seperti berikut :-
1. Al-Fatihah 1x.
2. Surah Toha Ayat 69 7x.
3. Berdoa contoh ( Ya Allah Jadikan Air kelapa ni sebagai penawar bagi segala penyakit dan racun bagi segala ganggun jin dan syaitan yang ada ditubuh badan ku in)
4. Minum dengan pelahan-pelahan, sekiranya ketika minum anda terasa mual dan hendak muntah. Jangan di tahan muntah tersebut. Muntah sahaja (mungkin yang keluar itu adalah racun/bisa-bisa santau/sihir yang ada didalam badan anda.
5. Amalkan minum air kelapa ni, seminggu 3 kali. Insya AllahSurah Toha Ayat 69
وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى
Terjemahan:- "Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada".
Bagi yang ingin mengunakan kaedah tersebut boleh tulis diruang komen "izinkan saya untuk beramal". Insya Allah nanti saya ijazahkan.
Insya Allah.. ini hanya sebagai salah satu ikhtiar bagi merawat segala penyakit yg ada didalam tubuh badan kita. Jaga iktikad kita, Kebergantungan kita hanya pada Allah swt. Sesungguhnya Allah yg menyembuhkan.