Petua Sihat Wanita

136 1 0
                                    

4 PETUA SIHAT DALAMAN WANITA
.
1. Rebusan Serai dan Halia🌿
- Ambik 3 batang serai
- 4cm halia @2 ketul
Diketuk kedua bahan di atas.
Direbus dgn 3 gelas air dijadikan sehingga 1gelas air . Tunggu suam diminum.
** Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali.
Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh2 badan. kolestrol tinggi dan sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan di siang hari.
.
2. Rebusan Sireh🌿
- Ambik daun sireh 3 ke 5 helai.
Di rebuskan dengan 3 gelas air dan jadikan 1 gelas. Tunggu suam dan di minum.
**Tambahan : boleh dicampurkan dgn bunga cengkih 3 kuntum.
Untuk menghilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.
**Rebusan ini seeloknya di amalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.
.
3. Rebusan sireh dan daun Inai🌿
- 3 ke 5 helai daun sireh.
- segenggam daun Inai.
Direbus dgn 3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam.
**Rebusan ini sesuai paling sesuai digunakan bagi perempuan yang mengalami keputihan dan lendiran yang banyak. Juga berbau.
Elok di amalkan selepas haid.
.
4. Rebusan Halia Serai cengkih dan🌿 kunyit
- 2 / 3 batang serai di ketuk
- 3cm halia (tua/muda).di ketuk
- 2cm kunyit di ketuk
- sedikit kulit kayu manis / bunga
cengkih /bunga lawang
- daun pandan sehelai
- sedikit gula batu.
.
*** gula batu boleh di ganti dgn
madu jika suka.
****Rebusan ini seeloknya di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid.
.
Cukup sekali sebulan shj.
Bagi mewangikan kewanitaan anda dan menyegarkan badan.
Segala resepi dan ramuan di atas , anda boleh amalkan mengikut kepada keperluan dan kesesuaian badan anda.
.
Sy tidak syorkan ambik setiap hari. Sila aturkan mengikut keperluan badan sendiri.
.
Ini adalah amalan untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf. Membuang toksik dan lemak . Dan tersangat banyak khasiat.

Petua Alami Warisan TradisiWhere stories live. Discover now