Bab 1

127 2 2
                                    

It's hurt to let go, but sometimes it hurts more to hold on ;)


Aku pandang hantaran gabungan warna merah jambu dan peach yang bersusun cantik di depan mata. Lima dulang dari pihak lelaki; kek coklat, tart buah, beg tangan berjenama Kate Spade, jam tangan Fossil dan set wangian Elizabeth Arden. 

Fuhh semuanya berjenama terkenal, menyampah pula hatiku ini. Kalau aku boleh lemparkan ke dinding rumah memang sudah aku buat. Tapi memikirkan tetamu yang semakin ramai di rumah ini, aku cuba mengawal perasaan.

"Babe, kau okay?" Saida tanya aku buat kali entah keberapa ratus sepanjang hari ini. Aku menjeling tajam pada Saida kerana mengajukan soalan kurang bernas itu lagi. Saida mengalih pandangan ke siling. Saida ini lagi dia tahu aku marah, lagi dia mahu tanya.

"Kau rasa?" jawabku pantas disertakan dengan jelingan maut kepada Saida.

"Aku? Err..rasa takut lepas tengok kau" jawab Saida sambil mengangkat dua jari dengan gaya 'peace'.

"Dah tahu takut diam sudahlah, gatal nak tanya soalan lagi "bebelku pada Saida.

"Ala kau ni, di hari perkahwinan yang indah ni takkan kau nak mengamuk Zea? Chill lah beb. Chill.." Saida cuba berjenaka dengan aku.

"Ah takde masa aku nak chill dengan kau. Dah, aku nak blah!" Semakin lama aku rasa semakin tak selesa di dalam rumah ini, di majlis ini.

"Weiii Zea jangan lah weii..ni rombongan nak sampai dah ni. Jangan bikin kecoh please" Saida dengan muka tak bersalah melekapkan kedua-dua tangan dengan gaya 'please'. 

"Ala aku keluar ikut pintu dapur je lah, bukan orang sedar pun." Sengaja aku mengusik Saida. Saida ini sejenis mudah gelabah, seronok tengok reaksi Saida jika digertak begini.

Aku lantas berdiri. Pantas Saida memeluk kaki aku. Kakiku dipeluk erat sambil Saida menggeleng kepalanya berkali-kali.

"Kau apahal Saida? Lepaslah.." ujarku sambil merungkai tangan Saida yang kuat memeluk kakiku.

"Kau duduk ah! Please Zea.." Saida merayu sambil buat muka sepuluh sen.

"Kenapalah aku kena ada kat sini hari ni. Patutnya aku lari pegi Korea ke Jepun ke ada jugak faedahnya"

"Apa kecoh-kecoh ni?" Emak memandang aku dengan penuh tanda tanya.

"Ni makcik, Zea nak lari" Saida mula mengadu pada emak.

"Eh jangan mengada nak lari" kata emak sambil menjeling aku.

"Mak ni percaya sangat dengan Saida ni. Orang nak pegi tandas je lah, Saida ni ha yang over" ujarku dengan selamba, aku ketawa kecil kerana dapat mengenakan Saida.

"Ehh..aku pulak!" Saida mencebik.

Belum sempat Saida membalas kami terdengar riuh di ruang hadapan, tanda rombongan pengantin sudah tiba. Ah, aku benci! Sungguh benci! Tolonglah masa terhenti dan majlis akad nikah ini tak jadi!

*****

Aku tahu masa takkan terhenti. Aku buat muka bosan sementara menunggu majlis ini berakhir. 

"Aku..aku..terima err..nikah.."

"Pengantin lelaki gugup sangat ni. Takpe, istighfar banyak-banyak ye."

"Astaghfirullahalazim.." ujar Shazril sambil meraup muka.

Aku mencebik. Dua kali lafaz pun tak lepas lagi si Shazril ni. Entah-entah sebab aku tak redha agaknya. Perkahwinan ini memang aku tak restu tapi bukan penting pun restu aku.

"Aku terima nikah Amelia Nur Binti Shuaib dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai.."

Aku tersedar dari lamunan saat Shazril melafazkan akadnya. Ye, dah sah jadi suami orang dah kau, Shazril. Dah selamat jadi suami kepada seorang Amelia Nur. Ye, Amelia Nur, bukan Shazea Sulaiman! Shazea Sulaiman iaitu aku memang gila sebab boleh datang majlis pernikahan ex-boyfriend sendiri.

Amelia Nur, gadis manis pilihan Shazril dan juga merangkap dua pupu lelaki itu. Amelia Nur, gadis yang berjaya memiliki Shazril, boyfriend-lapan-tahun aku.

"Saida, kau apasal ajak aku datang sini? Kau memang dah lama hidup ke?" Sambil mata masih memandang upacara membatalkan air sembahyang di depan aku bertanya pada Saida.

"Err Zea..aku kenalah ajak kau. Kau kan BFF aku dari zaman baby sampai tua bangka, kenalah teman aku." jawab Saida.

"Alah, kalau tak bawak aku datang sini kan senang. Cakap je lah aku pergi bercuti ke, sambung belajar ke outstation ke" aku mula mendengus geram. 

Ada ke patut Saida paksa aku ke majlis perkahwinan ex aku, Shazril? Tahulah ex aku tu abang dia dan merangkap jiran selang empat buah rumah dengan aku..tapi masih tak patut kan ajak aku ke majlis ni?

"Move on je lah. Aku bawak kau supaya kau boleh tengok betapa kau patut move on. Abang aku tu bukan best sangat pun" balas Saida selamba.

"Aku ok lah, dalam proses move on tapi kaulah kejam. Bawak aku tengok ex aku nikah dengan perempuan lain. Kalau aku bawak kau pergi tengok Aiman kau tu nikah dengan perempuan lain, kau rasa apa?" Aiman, tunang Saida yang penyabar walaupun Saida tu sengal.

"Tidaaaaak..itu kalau kau buat memang aku meraung lah Zea" Saida mula berdrama.

"Haha..tahu pun! Kau tak fikir perasaan aku. Terusik juga bila tengok angan-angan dulu tak kesampaian."

"Aku ingat kau berhati besi. Nampak hardcore tapi jiwa halus juga ya? Hehe." Mengekek Saida ketawa. Tawa Saida terhenti bila emaknya Puan Kartina memandang ke arah kami.

"Besi pun kalau dah begini permainan kau, memang mengundang lah." Balas aku sambil menjeling Saida di sisi.

Aku tak marah Shazril mendahului aku. Tiada apa yang aku kejarkan atau perlu untuk dibuktikan. Yang aku geram segala persiapan majlis perkahwinan Shazril seperti yang aku impikan! 

Dari pilihan warna tema majlis, barang hantaran, gubahan bunga hampir seratus peratus sama seperti yang pernah aku impikan ketika bersama Shazril dulu. Impian yang kami sama-sama ukir. Cuma sayangnya, yang berada di sisi Shazril saat ini, bukan aku. Terdetik juga dihati yang Shazril sedang mengejek aku. Itu yang buatkan aku tidak selesa terus berada di majlis ini.

*****

Lapan tahun menyulam cinta dengan Shazril, akhirnya dia pilih Amelia. Isteri Shazril sudahlah jelita, tampak sempurna pula. Remuk jugak hati ini tapi aku paksa diri melepaskan rasa cinta itu, biar tinggal kenangan.

Perlahan aku melangkah meninggalkan rumah keluarga Shazril yang hanya berselang empat buah rumah dari aku. Setitik air mataku jatuh ke pipi. Dan..

"Awak.." Aku menghentikan langkah dan berpaling ke belakang, arah suara itu.

"Nak apa?" tanya aku garang. Cepat-cepat aku seka air mata mahal aku ni. 'Ish buat malu je lah'

"Garangnya awak ni.. Ni, saya nak mintak selipar saya." Dengan muka sekupang Encik-Aku-Tak-Kenal meminta seliparnya semula.

"Selipar awak? Apa kaitan dengan saya?" Aku tanya kembali, hairan dengan permintaan lelaki itu.

Lelaki itu tersengih memandangku dan ditunjukkan jari ke arah kakiku..

"Haaa?" aku terjerit melihatkan kain yang aku pakai terlekat pelekat lalat dan sebelah selipar juga terselit di situ. 

"Oh maaaaan!" spontan aku bersuara. Aku heret benda ni dah separuh jalan ni. Malu betul bila fikir sudah agak jauh aku berjalan dengan pelekat lalat dan sebelah selipar. 

Kalut aku cuba mencabut selipar dan pelekat lalat dari kain aku. Lelaki itu memandang ke arah lain, dia menahan ketawa.. Dari sisi tepi pun aku dah nampak merah padam muka dia menahan ketawa. Cis.


***Bab 1: Hati Ada Satu***


Hati Ada SatuWhere stories live. Discover now