LoHA 18 🌸

148 7 6
                                    

Kringgg ! Kringgg !

' Hadoii nak tido tak senang la ! sape pulak call pagi-pagi ni !' jerit hati kecil Hana .

" Hello ? "

" Hello kak Hana .. sorry call awal pagi , ni Suria ni .. "

" Oh Suriaa .. ye ada apa call kakak awal pagi ni ? Ayah Mak sihat ke ? "

" Dorang sihat kak .. ni kami ada kat terminal bas KK dah ni , Ayah asyik suruh turun bandar nak jenguk kakak katanya "

" Alaa susah - susah je .. ah , yelah kejap kakak datang ambik korang eh .. setengah jam sampai "

" Ok kak ! Bye "

Selesai bercakap dengan Suria , Hana terus membersihkan diri sebelum memandu ke terminal bas untuk menjemput keluarga angkatnya itu .

Sedikit sebanyak terasa dirinya dihargai dan disayangi , sanggup keluarga angkatnya itu turun semata-mata untuk menjenguknya . Padahal dua tiga hari yang lepas Mak Siti ada menelefonnya bertanyakan khabar . Hana teringat keluarganya , seandainya Papa masih ada , tentu Papa juga akan turun ke Sabah untuk melihat keadaannya .

Selepas menjemput Pak Sudir , Mak Siti dan Suria di terminal bas , Hana membawa mereka makan di MarryBrown ..

" Eh .. Ayah kata tadi nak jenguk Seth jugak kan ? Dah alang-alang pukul 11 pagi ni , baik kita terus ke hospital je .. macamana ? " ujar Hana sambil tersenyum memandang wajah tua dihadapannya .

" Ah , boleh jugak nak Hana .. Boleh lawat lama sikit .. " balas Pak Sudir sambil mengangguk-angguk kepalanya mengiyakan cadangan Hana .

" Hana dengan Seth macamana ? Dah ada ura-ura ka ? " tanya Mak Siti sambil tersengih-sengih . Pak Sudir menyiku lengan Mak Siti membuatkan Hana ketawa kecil .

" Kami takde apa-apa la Mak .. Kawan je .. Dia pun takde cakap apa-apa kat saya .. Malu la kalau saya dulu yang mula  " ucap Hana sambil tersipu malu , pipinya sedikit merah . Menyerlahkan kebohongannya !

" Hm zaman sekarang boleh ja kalau perempuan yang mulakan Hana .. " balas Mak Siti dan sekali lagi lengannya disiku Pak Sudir .

Hana terdiam . Suria memandang serba salah . Akhirnya Hana berdiri dan memesan bubur untuk Adam dan membayar .

" Ok jom ! Kita terus ke hospital , sebelum tu Ayah Mak dengan Suria ada nak beli apa-apa tak ? "

" Takde Hana .. kita terus bertolak jelah .. Buah tangan untuk Seth pun Suria dah beli tadi .. " balas Pak Sudir  , sepanjang perjalanan hanya celoteh Suria saja yang kedengaran . Mak Siti terdiam mungkin diberi amaran oleh Pak Sudir untuk tak celupar .

" Hana .. Mak minta maaf kalau tadi menyinggung perasaan Hana ya nak ? " ucap Mak Siti tiba-tiba ketika di parking hospital ..

" Eh takde lah Mak .. tak salah pun, betul lah apa yang Mak kata tu .. Dah jom masuk ! " ajak Hana melegakan keadaan .

Hana menghantar keluarga angkatnya ke wad Seth sebelum dia menapak ke wad Adam . Rakannya itu tentu gembira dengan bubur yang dia bawakan .

" Hello jejaka malaya terakhir ! Hahaha , you buat apa tu ? " ucap Hana sesampainya di wad Adam

" Eh hai gojes ! Tengah makan buah ni .. You bawak apa untuk I Hana ? " tanya Adam dengan senyuman lebar . Cantiknya Hana dengan dress off shoulder merah dia !

" Bawak bubur MarryBrown je untuk you . Tak sempat nak masak , tadi ambik family kat terminal " balas Hana sambil menghulurkan bungkusan bubur kepada Adam

" Ohh .. takpe , you bawakan bubur ni pun I dah gembira dah .. Tapi I takde selera la Hana .. nanti I makan eh " ujar Adam lagi sambil tersengih , muka Hana sudah cemberot sebelum telefonnya berdering .

Life of Hana Arista : Pelarian Membawa Kebahagiaan .Where stories live. Discover now